Tautan Ukhwah

Thursday, October 6, 2011

Kembali Menyintai-Nya

                                                                   

Bicara dua orang sahabat..

“ Amir, kau paling sayang siapa dalam hidup kau?”

“ Ape nie Lan.. mesti la Allah, pas tu, mak ayah aku, & kawan-kawan aku” , sambil mengerling ke arah sahabatnya itu.

                                                  

“ Em..tp..awek kau? Kau tak sayang dia ka?”

“ Err..mesti la aku sayang dia Lan..dia buah hati aku..”

“ Mir..mesti kau jaga gila buah hati kau tu kan?”

“ Haha..mesti la. Aku tak akan buat dia sakit hati dengan aku, aku akan buat dia senang bila bersama dengan aku, sebab aku sayang gila kat dia Lan..”

“ Oo..macam tue..Mir..aku nak tanya la..antara Allah dan buah hati kau, kau cinta dan sayang lebih kat sape?”

“ Wei..apa la soalan kau nie..mesti la Allah..Dia pencipta kita..”

Azlan merenung ke wajah sahabatnya itu sambil memegang bahu Amir.

“ Mir..aku tanya kau sekali lagi, siapa yang kau paling cinta?”

“ Allah !!!”, jawab Amir.

                                                     

“ Mir..betul ker??? Aku susah nak percaya..”

“ Wei..apa nie Lan..sahabat baik kau pun, kau xkenal ke? Kita kawan dari kecil, sekolah sama-sama..dan hinggalah sekarang..kita kan sahabat baik?”

“ Mir..law betol kau sayang dan  cintakan Allah, kenapa kau sakiti Dia?”

“errr…apa aku dah buat Lan?”

“ Mir..kita selalu ke majlis ilmu, tazkirah..ku yakin kau tahu Mir..”

“ Aku masih tak tahu..” Wajah Amir berpeluh-peluh.

“ Cuba kau sebut apa yang Allah tak suka?”

“ Benda yang haram, buat apa yang Allah larang..bla..bla..bla..”

“ Kau couple, keluar berdating, berpegang tangan dan jalan berdua haram tak?”

                                             

Terkedu Amir buat seketika.

“ Mir..kau rasa-rasa Allah suka ke macam tue?”

Amir semakin menundukkan kepalanya.

“ Mir..kalau betul kau sayang dan cintakan Allah..kau sepatutnya buat macam kau buat kat buah hati kau..jge hati Dia, buat apa yang Dia suka dan tinggalkan apa yang Dia benci. Mana bukti kau sayangkan Allah? Padahal kau buat benda yang Dia tak suka…Inikah yang kau katakan kepada aku yang kau lebih sayang dan cintakan Allah?”

“ Lan..aku tak sanggup kehilangan awek aku..”

“ oo…kau sanggup berjauhan dengan Allah..sedangkan tadi kau mengaku kau lebih sayangkan Dia???”

Amir semakin mengerutkan dahinya dan memandang sahabatnya itu.

“ Mir..fikir-fikirkanlah…apa tujuan Allah menciptakan kita. Tak lain, tak bukan adalah untuk menyembah kepada-Nya. Kalau kau nak terus bercouple dan teruskan dengan gaya hidup kau sekarang ini..kau jangan cakap kat aku yang kau cintakan Allah ! Itu namanya hipokrit.”

Tiba-tiba Amir terjatuh, tersungkur atas lantai, seolah-olah lututnya tidak berfungsi lagi. Bergegas Azlan mendapatkannya.

“ Allah..Allah..Allah..,” perkataan yang terbit dari bibir Amir.

“ Mir..aku sayangkan kau sebagai sahabat aku kerana Allah., aku nak bersama-sama dengan kau meraih redha dan cinta Allah, dan menuju syurga-Nya,”

                                               
“ Allahuakbar! Aku berdosa ! Aku berdosa ! Astaghfirullahalazim..Apa yang aku dah buat? Menyentuh perempuan yang bukan muhrim seolah-olah menyentuh babi..HARAM! Masyaallah..Lan..Mulai saat nie, aku akan bertaubat..aku akan jadi pencinta-Nya..aku nak buktikan kepada Allah, yang aku betul-betul sayang dan cinta kepada-Nya..”

“ Alhamdulillah…bersyukur kepada-Nya yang membuka hatimu, wahai sahabatku. Kembali dengan taubat bukanlah kemunduran tetapi kemajuan, kembali dengan taubat bukanlah kelemahan tetapi kekuatan kawalan dan kembali dengan taubat bukanlah kesalahan tetapi kesedaran positif.”

“ Lan..Allah masih mahukah untuk mengampuni dosa-dosa aku?”

“ Mir..dalam surah Asy-Syura, ayat 25-26, Allah telah berfirman :

uuqèdur Ï%©!$# ã@t7ø)tƒ spt/öq­G9$# ô`tã ¾ÍnÏŠ$t7Ïã (#qàÿ÷ètƒur Ç`tã ÏN$t«Íh¡¡9$# ãNn=÷ètƒur $tB šcqè=yèøÿs? ÇËÎÈ Ü=ÉftGó¡our tûïÏ%©!$# (#qãZtB#uä (#qè=ÏHxåur ÏM»ysÎ=»¢Á9$# Nèd߃Ìtƒur `ÏiB ¾Ï&Î#ôÒsù 4 tbrãÏÿ»s3ø9$#ur öNçlm; Ò>#xtã ÓƒÏx© ÇËÏÈ
Ertinya :
“ Dialah yang menerima taubat hamba-hamba-Nya dan mengampuni seluruh dosa-dosa dan mengetahui apa-apa yang kamu perbuat dan menerima ibadah orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan menambah kepada mereka dari kurnia-Nya. Dan orang-orang yang kufur, bagi mereka seksa yang pedih.”

          Akhirnya, mereka berpelukan ukhwah , menitis air mata kerana ingin menggapai cinta dan redha-Nya.

**********
Pembaca yang dirahmati Allah,

          Pengajarannya di sini, belum terlambat untuk kita bertaubat. Tahukah kalian bahawa suara yang paling merdu di sisi-Nya di akhirat adalah suara orang yang bertaubat kepada Allah s.w.t. Ingatlah, setiap detik perbuatan yang kita lakukan diperhatikan-Nya, Allah Maha Melihat. Bahkan, orang yang paling bodoh adalah orang yang masih melakukan maksiat sedangkan dia tahu ada malaikat yang sentiasa mencatit setiap amalannya. Marilah kita muhasabah diri. Moga-moga kita tergolong dalam kategori orang-orang yang beriman kelak.

Wallahualam.

2 comments:

  1. salam sayang nabilah...

    Wah.. makin maju nampak..
    Berubah wajah...
    Cantik blog ^_^ hehehe..
    Fatin sokong nabilah dari belakang=)

    Best perkongsan kali ni..
    Tersentuh bila membacanya..
    Kita kata kita sayang Allah, tapi perbuatan kita tu adakah betul2 mencerminkan sayang kita pada Allah?

    hhuhu.. banyak yang kena muhasabah,
    tambah2 bila balik bercuti panjang ni..
    iman sering teruji..

    Teruskan berkongsi.. Fatin jadi orany yang setia di kotak komentar ini ^_^

    ~permata yang dicari~

    ReplyDelete
  2. waalaikumuslm..
    alhmdulillah..
    jazakillah shbtku syg..
    moga ALLAH merahmtimu..

    ReplyDelete