Tautan Ukhwah

Friday, October 18, 2013

BENCI & PISANG?



                                           


Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas esok hari. Oleh itu, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.

Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastik yang berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa 3 biji, ada juga 5 biji dan paling banyak 8 biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang mereka benci.

                                                   



Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya,” beritahu Cikgu Maryam.

Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg. Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk. Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?” tanya Cikgu Maryam.

Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi , bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

                                                        



Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana sahaja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu,” tanya Cikgu Maryam.

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci dariapda membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik daripada membenci. 

Kesimpulannya, jangan letak pisang dalam beg.^_^ jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati. Macam pisang yang makin membusuk, begitu juga hati.

“Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu ada seketul daging bila baik nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan bila jahat ia nescaya jahatlah seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah ia adalah hati”.
(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Thursday, October 10, 2013

Muhasabah di Makam Abdullah Rawahah



                                                        
                                       inilah makam Abdullah Rawahah


Bismillahirrahmanirrahim..

          Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad s.a.w serta keluarga baginda.

          Jari ini laju menaip selaju hatiku berdegup. Perasaan tika ini sukar untuk ku ungkapkan. Hati ini menangis, diketuk bertalu-talu.

          Alhamdulillah, ku diberi kesempatan kali ke 2 untuk menziarahi makam Jaafar bin Ali Talib, Zaid bin Harithah dan Abdullah Ruwahah. Tetapi kali ini sungguh rasa kelainannya.

          Pada mula-mula ku ziarah makam-makam ini, jauh di sanubariku tertanya-tanya kenapa makam Abdullah Ruwahah jauh dari makam Jaafar bin Ali Talib dan Zaid bin Harithah.

                                                               


          Allah hadirkan seorang pakcik Arab menemani kami ke makam Abdullah Rawahah. Ketika di pintu makam Abdullah Rawahah, ada di antara kami yang bertanya, kenapa ada jarak makam Abdullah Rawahah daripada yang lain?

          Pakcik itu bertanya kepada kami, berapa anggaran jarak dari tempat makam Jaafar bin Ali Talib dan Zaid bin Harithah. Namun, anggaran kami semua tidak menepati jawapan. Kata pakcik itu, jaraknya 500 meter.

Apa kaitan antara jarak itu dengan makam Abdullah Rawahah?

       Abdullah Rawahah adalah orang terakhir yang wida’ (ucapan selamat tinggal)  pada Nabi Muhammad s.a.w. Hatinya terasa berat untuk berpisah dengan Nabi Muhammad s.a.w kerana merasakan beliau tidak akan berjumpa lagi dengan Nabi Muhammad s.a.w. Kemudian, beliau solat dan dikatakan jarak beliau dengan sahabat yang lain adalah 500 meter untuk pergi berperang.

                                                     
                                   antara syair Abdullah Rawahah


Pembaca yang dikasihi sekalian,

       Nampak tak? Beratnya hati Abdullah Rawahah untuk meninggalkan negerinya malah berpisah dengan Rasulullah s.a.w. namun, demi menegakkan Islam, beliau terus melangkah ke hadapan.

Apa kaitannya dengan kita?

Ø  Pernah atau tidak kita berfikir, kenapa kita sanggup keluar dari rumah dan ada yang melangkah jauh untuk menuntut ilmu?

Ø  Adakah dengan hijrahnya kita ke sesuatu tempat hanya belajar semata-mata?

Ø  Sanggupkah kita buat sesuatu untuk mendapatkan redhaNya?

Ø  Adakah kita belajar semata-mata untuk exam? 

Ø  Adakah kita belajar sekarang untuk membantu Islam?

Ø  Jika ia, terfikirkah kamu bagaimana dengan apa yang kita belajar kini mampu menolong Islam?

Ø  Bersungguh-sungguhkah kita dalam belajar?

Astaghfirullahal’azim (3x)

          Sahabat-sahabat yang dikasihi kerana Allah. Marilah kita sama-sama muhasabah. Untuk apa kita memasuki ipt? Tidak kira sama ada dalam dan luar negara. Jelaskah matlamat kita? Benarkah ilmu yang dipelajari sekarang ini semata-mata kerana Allah dan demi Islam?

          Allah…Allah..Allah..Bila disoal begini, ku merasakan hati ini diketuk dengan kuat sekali. Perjuangan sahabat yang hebat dalam meningkatkan iman malah berkobar-kobar menegakkan Islam.

          Ayuh..kita perbaharui niat. Jelaskan matlamat. Kuatkan langkah kita dalam menggapai redha dan cinta-Nya. 

Wallahualam.

*jika ada kesilapan pada cerita di atas, mohon perbetulkan.


      

Tuesday, October 8, 2013

Keunikan Hospital Askari, Mutah, Jordan



                                                              


Assalamualaikum w.b.t,

          Alhamdulillah, segala puji bagi Tuhan semesta alam. Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad s.a.w serta keluarga baginda.

Astaghfirullahal’azim (3x)

                                                               


          Alhamdulillah, tadi ku ke hospital Askari, Karak, Mutah disebabkan beberapa hari yang lalu, ku mendapatkan rawatan di klinik Jamiah Mutah. Setelah itu, doktor di situ memberikan ku sekeping surat xray yang perlu dibuat di hospital. 

          Disebabkan untuk menjaga kesihatan, maka ku paksakan jua diri ini walaupun hakikatnya berat untuk ke hospital kerana merasakan diri ini sudah semakin kebah dari sakit.

          Alhamdulillah, senior umahku yang amat baik, kak Aslam Farah menemaniku ke hospital. Kami pergi menaiki teksi. First time, naik teksi di sini dan agak teruja. Tambang pergi dan balik dalam 6 dinar.

                                                               
                                         nampak..ramai orang kan?

          Setibanya di hospital, terus kak Aslam mendaftar namaku. Mataku liar memandang sekeliling. Dalam hatiku asyik bermonolog, “ramai juga orang Arab sakit”.  Maklumlah sepanjang di Mutah, nampak orang sekeliling sihat je. Apa yang ku dapati, hospital ini agak unik dan banyak buat ku berfikir.

Apa yang unik?

1)    Tiada no di Bilik pakar??? – ku diarahkan untuk ke bilik pakar yang bahagian dada dan perut. Namun, yang buat ku terkejut, ramai orang yang duduk dan berdiri. Agak serabut bagiku. Rupanya, di sini, tiada no pesakit. Hanya dengan memanggil nama sahaja. Jadi, ramai la yang mengetuk pintu bilik pakar sebab tidak tahan menunggu.

2)   Tiada kerusi??? – setelah namaku dipanggil, ku terus masuk ditemani k.Aslam. semangat ku masuk ke bilik doktor. Hajatnya nak duduk la. Tiba-tiba, tiada kerusi pun sebelah doktor. Rupanya, pesakit hanya berdiri sambil memberitahu penyakitnya pada doktor.


3)   Baju doktor??? – yang paling menghairankan, mana doktornya? Sebab apa yang ku lihat hanyalah seorang lelaki yang memakai baju kemeja warna hijau persis seorang askar. Namun, kata k.Aslam..inilah doktornya. Hmmm…
                                                        
                                namaku di kertas x-ray..CITY NABELAH???

4)   X-ray??? – rupanya x-ray di sini, tidak perlu menaggalkan pakaian pun. Malah, tidak sampai seminit pun sudah siap. Allah..canggihnya.


5)   Dinding dibasuh??? – sebelum masuk di bilik x-ray, ku teruja melihat seorang makcik yang menyabun dan mengelap dinding. Pelik. Tidak pernah ku melihat basuh dinding, selalunya tingkap.

6)   Mc??? – sebenarnya, ku memang tidak sempat masuk kuliah pagi sebab urusan di hospital belum selesai. Maka, minta la mc pada doktor. Namun, ini tidaklah semudah yang ku sangkakan. Setelah doktor sahkan, kena pergi ke ketua doktor tandatangan dan sebagainya. Untuk mendapatkan mc itu, ku terpaksa meredah beberapa bangunan.

                                                                     
        tengah bercakap dgn k.Aslam, rupanya dia tgkap gmbr dlm diam2..pandai2...

Sebenarnya, apa yang ku nak sampaikan bukanlah mengatakan hospital Askari di Mutah ini tidak baik. Namun, banyaknya hikmah di sini. Pertama, perlunya kesabaran yang tinggi dalam menanti nama pesakit dipanggil. Kedua, berfikiran positif. Ketiga, betapa dunia sekarang semakin canggih dalam teknologi dan perlu yang pakar dalam mengendalikannya. Keempat, menyedari inilah dunia luar yang kadangkala kita tidak pernah tahu sistemnya.

Oleh itu, lihatlah kebesaran Allah di mana jua kamu berada. Berfikirlah sesuatu yang dapat mendekatkan diri kamu dengan Allah s.w.t. Kesihatan perlu dijaga agar kamu mudah beribadah kepadaNya.

Wallahualam.

*apa yang baik, ambillah, apa yang buruk tu jangan ikut ye? ^_^
Buat ukhti Aslam Farah, jazakillahu khairan kathira sebab bawa nabilah p klinik & hospital. Jzkk juga buat semua yang terlibat dalam secara tidak langsung dan yang mendoakan. Allah..lupa lak..nabilah xd ape2 ye..doc ckp ok je.alhamdulillah.

                                                
                               inilah ukhti Aslam yang amat baik. syg k.Aslam



Sunday, October 6, 2013

Hati- Pusat Kawalan

                                                                                   


Bismillahirrahmanirrahim,

Firman Allah s.w.t:

“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semua anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya”.
(Surah Al-Isra’ 17:36)

Hati?

Organ yang mengendalikan semua anggota tubuh manusia. Hati adalah ketua untuk mengarahkan anggota tubuh badan yang lain untuk bertindak.

Hati adalah raja. Semua yang kita lakukan bermula dengan detik hati. Seterusnya mesej itu akan dihantar pada otak. Misalnya, hati kita terluka, rasa sedih yang teramat. Maka air mata bertindak daripada apa yang terdetik pada hati.

Apa-apa yang terdetik di hati, semuanya dapat diketahui oleh Allah s.w.t.  Kadangkala kita lupa, bahawa Allah mendengar dan mengetahui apa yang terkandung di dalam hati kita. Lantas kita tidak menjaga hati dengan baik. Pernahkah kita terfikir, bagaimana agaknya jika semua orang boleh melihat apa yang tertulis di hati kita? Allahuakbar…

Apa-apa yang terdetik di hati tidak semestinya diikuti. Malah, ia perlu dikawal sekiranya mendorong ke arah keburukan. Hati yang baik akan mendorong diri ke arah kebaikan. Jagalah hati agar ia menjadi suci. 

Kelebihan orang yang berhati suci:

Orang yang berhati suci akan dikurniakan Allah petunjuk dan hidayah kepadanya. Orang yang berhati suci in akan mendapat pimpinan dan bimbingan daripada Allah sehingga dia mendapat kemudahan dalam melakukan ibadat.


Pembaca yang dirahmati Allah,

          Marilah kita menjaga hati yang diberi pinjam oleh Allah kepada kita. Hati itu kini menjadi tanggungjawab kita untuk memeliharanya. Bila-bila masa sahaja, tuan hati kita akan mengambil kembali ia. Sudahkan kita bersedia? Bagaimana keadaan hati kita kini?

          Kita hanya manusia biasa yang sering melakukan kesilapan. Namun, pintu taubat masih terbuka luas pada hamba-Nya. Jangan tangguh untuk bertaubat. Apa-apa yang terdetik pada hati, harus dibimbing. Anggota lain akan melaksanakan apa yang terdetik pada hati. Berjaga-jagalah. Jom jaga hati.

Wallahualam.