Tautan Ukhwah

Friday, September 27, 2013

Resipi Menahan Marah



                                                          


Resipi menahan marah:

1)    Berlindung kepada Allah s.w.t (membaca ta’wudz : “A’udzu billahi minas-syaithanir rajim.”)

2)   Ingat kepada manfaat menahan marah.

3)   Berwudhuk.

4)   Merubah posisi tubuh dari berdiri kepada duduk atau dari duduk kepada berbaring.

5)   Ingat kepada kemarahan Allah s.w.t bahawa kemarahanNya lebih dari kemarahan kita dan sebagainya.

Marilah kita berlindung kepada Allah dari sifat marah yang membawa kepada akibat-akibat yang buruk.

*Sumber dari buku Hadith 40 Imam Nawawi, Muhammad Bukhari.

                                                    


Wednesday, September 25, 2013

Pinangan Kerana Kejujuran

                                                                         
                                       
                                                                             
Muazin Rasulullah ; Bilal Bin Rabah Al-Habashi mempunyai seorang saudara yang ingin menikahi seorang gadis daripada Bani Makhzum.

Makhzum ialah kumpulan kabilah yang disegani kerana kedudukan dan keturunannya. Bagi mereka, orang seperti Bilal tidak layak menjadi ipar kepada gadis tersebut. Namun, ketika saudaranya mendesak agar Bilal melamar gadis itu untuk dirinya, Bilal pun menerima tawaran tersebut.

          Akhirnya, mereka berdua pergi menemui seorang tokoh yang dihormati kepada kabilah Mahkzum. Bilal menjelaskan keinginan saudaranya untuk meminang salah seorang anak gadisnya.

Bilal berkata : “ Wahai suku Mahkzum yang terhormat, kamu semua sudah mengenali kami. Dahulu kami keturunan hamba, namun Allah telah memerdekakan kami. Dahulu kami orang yang sesat, namun Allah telah menunjukkan kebenaran. Dahulu kami fakir, namun Allah telah mencukupkan keperluan kami. Aku datang kepada kalian untuk melamar puterimu sebagai isteri kepada saudaraku. Jika kalian menolak pinangan kami, maka Allah akan memberikan rahmat-Nya kepada kami.”

                                                          
   Mereka menyambut dan menghormati kedatangan Bilal serta saudaranya. Mereka berkata : “Selamat datang ke rumah kami, wahai tukang azan Rasullah.”  Ternyata mereka menerima lamaran saudara Bilal.

          Selepas Bilal dan saudaranya pulang, saudara Bilal berkata kepadanya : “Bilal, untung kamu tidak mengatakan kepada mereka sikap kita terhadap Islam. Kita sudah lama bergaul dengan Rasulullah, namun keimanan kita masih cetek tidak seperti yang mereka fikirkan.”

          “Berdiamlah. Aku membantumu meminangnya kerana kejujuranmu ini,” jawab Bilal.

*********
          Allahurabbi..inilah keberkatan kejujuran. Bilal menolong saudaranya dengan meminangkan gadis tersebut kerana kejujuran saudaranya itu. Saudara Bilal itu tidak pun bermegah-megah malah merendah diri dan jujur dengan kekurangan dirinya.

“Ketika kamu mencintai, jujurlah pada diri. Jadi diri sendiri, jangan biarkan mereka jatuh cinta pada seseorang yang bukan dirimu.”

*Sumber kisah daripada majalahSolusi, no.47.

Wallahualam.

Saturday, September 14, 2013

Siapa Seorang Sahabat?

                                                             
 
SAHABAT….

“Sahabat adalah mereka yang tahu semua kekuranganmu, namun tetap memilih bersamamu ketika orang lain meninggalkanmu.”

 

Tidak semua orang mampu bersama kita setelah mengetahui kekurangan dan kelemahan diri kita.

Kalau kita mampu menerima kelebihan seseorang, mengapa tidak kita menerima kekurangan dia?

Kita juga manusia.

 Dia juga manusia, pasti masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri.

 

“Sahabat adalah dia yang tahu kekuranganmu, tetapi menunjukkan kelebihanmu. Dia tahu ketakutanmu, tetapi menunjukkan keberanianmu”.
 

 
Seorang sahabat itu sentiasa membantu kita sedaya upayanya.

Dia tahu kekurangan diri kita, tetapi dia selalu membantu dengan menunjukkan kelebihan kita.

Seorang sahabat itu, tidak menjadikan kekurangan dirimu sebagai beban kepadanya, malah dia cuba mengisi kekurangan kita dengan kelebihannya.

Wajarkah dengan satu kesilapannya, semua kebaikannya harus dilupakan?

Seorang sahabat itu tidak akan menghukum sahabatnya yang telah melakukan kesilapan dengan kekurangannya, malah seorang sahabat itu akan menerima kesalahan sahabat itu dengan menerimanya kekurangan itu.

Sahabat kerana Allah, pasti indah.

Kerana apa?

Apa-apa tindakan yang dilakukan oleh sahabat kita kepada kita seperti marah, merajuk dan sebagainya adalah daripada Allah.

Betul atau tidak?

Apa-apa daripada Allah, pasti itu yang terbaik buat kita.

Kenapa perlu benci, tidak suka pada sahabat walhal dia yang Allah hadirkan pada kita untuk menguji secebis keimanan dirimu?

Sahabat juga mampu membawa ke SyurgaNya.

Sayangilah sahabatmu seadanya…

Sahabat itu hadiah daripada Allah.

 

*Buat sahabat-sahabatku, maaf andai diri ini tidak mampu menjadi sahabat yang baik padamu , diri ini masih lagi cuba memahami apa ertinya seorang sahabat.

 Uhibbuki fillah.

 

 

 

Saturday, September 7, 2013

Ku Terima Lamaran Jordan


                                                               
                                                       Di Jordan


Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum w.b.t,

          Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah. Kini, berpijaknya daku di bumi Jordan. Bumi yang penuh barakah. Rasa seperti sebuah mimpi, tapi inilah realiti.

          Bermulanya di KLIA, pelbagai perasaan yang hadir dalam diri ini. Bersalaman dengan saudara mara, air mata yang pada mulanya cuba bertahan, namun akhirnya tertewas dengan perpisahan yang sementara itu. Sungguh syahdu dan pilu. Ku melangkah dengan membawa harapan yang menggunung tinggi.

Dalam flight Royal Jordan

          Alhamdulillah, didampingi oleh pelajar perempuan juga. Sepanjang perjalanan, ada juga ku menonton filem. Tapi yang paling tidak tahan, tengah tidur, digerak untuk makan. Lepas makan, tidur. Kemudian, jaga dan terus makan. Allah…macam lawak je.

********
          Alhamdulillah, sampai di Jordan, jam 5 lebih pagi. Dan yang paling terkejut, airport di Amman, tidak ada surau. Maka selepas ambil wuduk, kami beramai-ramai solat di belakang-belakang kerusi je. Namun, di sinilah mengajar kami agar terus mujahadah.

          Setibanya kami di sana juga, kami disambut oleh senior-senior yang belajar di Mu’tah. Kami menaiki bas ke Mu’tah. Hampir 2 jam juga perjalanan kami ke sana.

          Sepanjang perjalanan, daku teruja sangat dengan suasana di sini. Melihat padang pasir mengingatkan daku pada zaman Rasulullah s.a.w. Sebak dirasa. Banyak sangat kambing di padang pasir.


Bangunan?
Bangunannya tidak la terlalu banyak. Tak ada bumbung? Unik…
Luar je nampak macam tak berapa cantik, walhal dalamnya…subhanallah..cantik jiddan!

Cuaca?
Nampak cam panas, tapi sejuk. Rasa macam duduk di Cameron. Bangun pagi, lagi la…Allahurabbi..sejuknya. Perubahan cuaca bagiku cukup mencabar la.

                                                       


          Orang Jordan ni, suka sangat main hon kenderaan. Kadang-kadang ku tersenyum je sebab dah jadi macam lagu. Allahuakbar.

          Kami sekarang ditumpangkan di rumah transit. Ana, salimah, hani, atiqah & k.hanisah. pic kami, kak Aslam. Allahurabbi..selesa sangat rumah ni. Makan lagi la sedap. Syukran buat kak Aslam. Kata kak Aslam, selalu awal2 ni, pelajar Malaysia memang cepat naik badan. Hmm..perlu bersedia ni.

          Mendengar orang Jordan bertutur Arab di sana sini cukup membuatku rasa teruja. Masih rasa seperti mimpi.

          Di sini, boleh guna Weinak yang boleh kol Malaysia dalam 50 minit. Tadi kol mak, tiba-tiba suara mak sebak. Apalagi, lagilah diriku sebak. Tapi ok la, zaman kan dah canggih.

          Buat semua, terima kasih selalu menyokong, memberi sokongan dan ambil berat pada Nabilah. Doakan nabilah mudah belajar di sini ye? Jaga diri korang.  Buat shbtku, Salimah, Atiqah, Hani & K.hanisah, moga kita semua terus mujahadah dalam perjuangan ini.
Buat Shahida, Sabiha, Fatin, moga kalian jua teruskan perjuangan di sana. Moga Allah memudahkan urusan kita dalam menggapai redha dan cinta-Nya.

Ingatlah..

“Rasa lelah dalam belajar itu wajar, tapi jangan menyerah dalam belajar”.

Salam rindu buat kenalanku di Malaysia.
Wassalam.