Tautan Ukhwah

Monday, October 3, 2011

ALLAH s.w.t

                                                     

Allah adalah zat yang menciptakan sekalian makhluk-Nya daripada tiada kepada ada. Ia merupakan nama yang meliputi serta mencakupi seluruh nama-nama-Nya yang lain. Ulamak sepakat menyatakan bahawa kalimah Allah adalah nama Tuhan Yang Paling Agung.

¬!ur âä!$oÿôœF{$# 4Óo_ó¡çtø:$# çnqãã÷Š$$sù $pkÍ5 ( (#râsŒur tûïÏ%©!$# šcrßÅsù=ムþÎû ¾ÏmÍ´¯»yJór& 4 tb÷rtôfãy $tB (#qçR%x. tbqè=yJ÷ètƒ ÇÊÑÉÈ

Maksudnya : Hanya milik Allah al-Asma’ al-Husna, Maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut al-Asma’ al-Husna itu dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang daripada kebenaran dalam ( menyebut ) nama-nama-Nya. Nanti mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan.
( Surah Al-A’raf : 180 )

          Tambahan pula, nama ini adalah sumber tenaga segala kekuatan. Setiap nama-Nya menjadi sumber inspirasi dan motivasi kepada insan dengan jaminan Nabi s.a.w : “ Jagalah Allah, pasti Dia menjaga kamu “.

**********
            Bagi seorang muslim yang beriman, cinta terbesar dan cinta hakiki ialah cinta kepada Allah. Kita dapat bentukkan cinta dalam pelbagai kaedah tanpa batas ruang, waktu dan kepada siapa atau apa saja asalkan semuanya bersumber dari kecintaan kita kepada Allah dan kerana untuk menggapai redha-Nya.

Tanda cinta kepada Allah adalah banyak  mengingat ( menyebut ) – Nya, kerana tidaklah engkau menyukai sesuatu kecuali engkau akan banyak mengingatnya.
Ar-Rabi’ bin Anas ( Jami’ al-hukum wal Hikam, Ibnu Rajab )

            Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama sentiasa mengingati-Nya dalam apa jua keadaan kita. Moga-moga Allah meredhai setiap perbuatan kita di dunia ini. Tiada yang lebih indah dari cinta Allah.



2 comments:

  1. salam..

    Ya.. tanda2 kita mencintai Allah adalah kita selau menyebut namanya.. =)

    Jazakillah nabilah atas perkongsian ini.. sangat berguna..

    ~permata yang dicari~

    ReplyDelete
  2. wslm..
    moga kita selalu mengingati-Nya..

    ReplyDelete