Tautan Ukhwah

Wednesday, October 5, 2011

Cara melahirkan rasa cinta kepada Allah.

           
       Assalamualaikum w.b.t,

          Alhamdulillah, segala puji untuk Tuhan semesta alam, Yang Maha Berkuasa atas sesuatu, Yang Maha Mengetahui setiap yang terjadi. Dalam kehidupan kini, kita sering menyatakan yang kita menyintai Allah. Sesiapapun, bila ditanya, cinta x Allah? Pasti jawapannya adalah benar. Bahkan, sejak di bangku sekolah lagi, apabila guru bertanya dalam kelas kepada anak-anak muridnya, siapa yang cintakan Allah? Sudah tentu ramai yang mengangkat tangan.

          Namun sedar atau tidak, berapa ramai antara kita yang melahirkan rasa cinta kepada Allah s.w.t? Fikir-fikirkan. Kadang-kadang mudah bicara, sukar melaksanakannya. Ayuh ! Kita sama-sama melahirkan rasa cinta kepada Allah s.w.t.

Pembaca yang Allah kasih sekalian,

Apa yang dapat membantu seseorang mencintai Allah s.w.t?

1) Seorang hamba hendaklah menjaga ibadah-ibadah wajib.
Ibadah ini merupakan kunci pertama dan jalan utama menuju Allah s.w.t. Barangsiapa yang tidak melaksanakannya, maka dia adalah fasik dan tidak mentaati perintah Allah.

2) Membaca Al-Quran dengan tadabbur.
Al-Quran adalah kalam Allah di muka bumi ini. Jadikanlah Al-Quran itu surat cintamu. Al-Quran adalah penawar bagi hati sedang ia merupakan juzuk terpenting dalam diri manusia yang mengawal anggota-anggota badan dan pengislahan diri bermula daripadanya.

3) Sentiasa berzikir kepada Allah.
Zikir kepada Allah dapat mengusir syaitan, dapat perlindungan dari-Nya, dan jauh dari segala yang menyebabkan murka-Nya. Berzikir juga dapat membuatkan hati kita tenang. Jadikanlah zikir itu kerinduanmu.

4) Sering mendekatkan diri kepada Allah dengan ibadah sunat.
Misalnya : sedekah & puasa.
Mungkin ramai di antara kita yang berasa selamat dengan sekadar mengerjakan ibadah wajib semata-mata. Namun, kita harus ingat bahawa sebagai manusia biasa, kita mempunyai banyak kelemahan dan kita tidak akan dapat lari dari melakukan kesilapan. Oleh itulah, sebagai hamba Allah yang lemah, kita membanyakkan ibadah sunat sebagai menampung kesilapan-kesilapan yang mungkin kita lakukan dalam ibadah wajib.

Pembaca yang setia,

                    Cinta dan kasih sayang manusia hanyalah setitis jika nak dibandingkan dengan selautan cinta dan kasih sayang Allah. Sekiranya engkau kehilangan yang setitis itu, ia tidak akan menjejaskan kehidupanmu selagi yang selautan itu masih engkau miliki. Ingatlah, takkan kau rasai indahnya cinta andai tiada cinta buat Yang Esa. Ana mengajak diri ana dan anda, marilah kita sama-sama melahirkan rasa cinta kepada Allah s.w.t. Moga-moga kita dapat meraih cinta-Nya dan seterusnya menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Insyaallah.



                                                

2 comments:

  1. moga Allah Al-Haadi sentiasa memberikan kita petunjuk dan menuntun tangan kita di atas jalan menuju cinta NYA. Doakan akak adikku sayang <3

    ReplyDelete
  2. assalam.. terime kasih awk.. awk telah menyedarkan sy bahawa cinta pada manusia ape la sgt..
    terime kasih.. moga awk dirahmati

    ReplyDelete