Tautan Ukhwah

Sunday, October 30, 2011

Al-Malik- Maha Memerintah

                                                                   

Assalamualaikum w.b.t,

Al-Malik ( Maha Memerintah ) - Yang Maha Mengatur kerajaan-Nya mengikut kehendak-Nya. Dialah raja daripada segala raja-raja yang memiliki dan menguasai seluruh alam ini, dunia dan akhirat. Dialah yang berkuasa meminjamkan kekuasaan itu kepada sesiapa, dan Dialah juga yang mencabut kekuasaan tersebut daripada sesiapapun mengikut kehendak-Nya.

Pembaca yang dihormati,

          Ramai antara kita mengakui bahawa Allah adalah raja atas semua makhluk di muka bumi ini. Namun, bagaimana hubungan kita dengan Allah, Sang Raja itu? Berapa kerap kalikah kita menyapa Allah sebagai Raja yang Maha Kuasa, yang patut menerima hormat dan sembah? Atau kita memperlakukan Allah hanya sebagai sahabat yang kita harapkan memaklumi segala kekurangan kita?

Firman Allah Taala, dalam Surah Al-Mu’minun, ayat 116 :

n?»yètGsù ª!$# à7Î=yJø9$# ,ysø9$# ( Iw tm»s9Î) žwÎ) uqèd >u ĸöyèø9$# ÉOƒÌx6ø9$# ÇÊÊÏÈ

Maksudnya : “ Maka Maha Tinggi Allah, raja yang sebenarnya, tidak ada Tuhan selain Dia, Tuhan ( yang mempunyai ) Arasy yang mulia.”
         
Dewasa ini, banyak manusia yang menjadi hamba kepada hawa nafsu, iblis dan syaitan. Jadi, fikir-fikirkanlah siapakah Raja kita? Allah? Iblis? Syaitan? Jika dikatakan Allah, kenapa kita menjadi hamba kepada iblis? Berterusan melakukan maksiat, mendedahkan aurat, sombong dan takabbur?

Renungkanlah..Marilah muhasabah diri..nak jadi hamba kepada siapa? Moga-moga kita sentiasa menjadi perindu syurga. Wassalam.

Saturday, October 29, 2011

Ubati Kesedihan Dengan Mengingati-Nya.

                                                             

Assalamualaikum w.b.t,

          Segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam. Semoga selawat dan salam terlimpahkan kepada Nabi Muhammad saw, keluarga, sahabat dan seluruh orang yang memperjuangkan syariatnya sampai hari kiamat. Amin ya ilahal’alamin.

          Hari ini terasa mendung dalam hidupku. Hari ini, ku perlu menjalani latihan kereta selama 3 jam di tempat yang telah ditentukan. Seawal jam 9, ku telah ada di sana. Namun, cikgu yang perlu mengajarku belum muncul jua. Hatiku semakin gelisah. Jika diikutkan nafsu, mahu saja ku berfikir suudzon ( berprasangka buruk ) terhadap cikgu itu, namun setelah istighfar, ku mula berfikir husnuzon terhadapnya.

          Setelah 20 minit kemudian, cikgu itu muncul. Ku diarahkan menunggu di bawah pondok berhampiran dengan tempat belajar. Ku lihat ada seorang makcik di situ lantas ku memberi salam dan melemparkan senyuman yang manis terhadapnya. Semasa berbicara, baru ku tahu yang murid memandu yang perlu diajar oleh cikguku pada hari ini adalah seramai 4 orang. Masya Allah, terkejut ku dibuatnya.

          Seperti yang ku sangkakan, ku belajar hanya 45 minit pada hari ini, padahal masa yang sepatutnya adalah 3 jam. Maklum la, murid memandu ramai, jadi perlu bergilir-gilir. Sebelum mengajarku, cikgu telah memarahi makcik tadi atas sebab kesilapan yang banyak sewaktu parking. Makanya, apabila giliran ku tiba, perasaan marahnya telah ditempiaskan kepadaku.

          Apabila asyik dimarahi, maka perasaanku sudah menjadi lain. Cuba ku senyum sewaktu memandu, tetapi terasa ada air yang bertakung di kelopak mataku. Ku tahan seadanya. Tidak ingin dilihat menangis di mata orang lain. Cuba berfikir positif dalam diri.

          Tepat jam 12 tengahari, ku dibenarkan pulang. Tidak sabar lagi untuk menangis sepuasnya. Melihat ramai orang di sana, ku masih melemparkan senyuman buat mereka. Adikku, Firdaus datang mengambilku dan bertanya keadaan belajar tadi. Ku ceritakan kepadanya apa yang ku masih mampu bercerita. Tahan sebak di dada.

          Apabila sampai ke kamarku, tiba-tiba ada air yang menitis di pipiku. Ku cuba tahan ia, namun tak berdaya. Semakin lama, semakin deras. Ku cuba baring dan ingin lelapkan mata, namun tangisku semakin kuat..Allahuakbar!!! Jari-jemariku tetap cuba menghapuskan setiap air mata yang jatuh. Ku masih tidak boleh lelapkan mata. Akhirnya, ku bangun dan bersandar di dinding dan mengucap. Kalimat La ilaha illallah dan Astaghfirullah berterusan menjadi kalimat yang setia di bibirku dan hatiku. Alhamdulillah, ku semakin tenang.

          Kali ke 2, ku cuba melelapkan mata, namun gagal. Air mataku masih berguguran atas pipiku. Allahuakbar..kenapa jadi macam ini? Kenapa lemahnya iman ini? Tiba-tiba telefonku bordering, Terpapar di skrin telefon, nama Ayah. Ku cuba menjawabnya dengan baik agar ayah tidak tahu ku menangis. Ku ceritakan semuanya kepada ayah kerana ayah ingin membuat tindakan dan laporan tentang  masa yang tidak ditepati oleh cikgu tersebut.

Selepas 10 minit kemudian, sekali lagi telefonku berdering dan terpapar nama Mak. Mak menanyakan kepadaku tentang waktu memandu tadi. Ku cuba rahsiakan kegundahan hati ini. Namun naluri seorang ibu memang kuat, ku tidak dapat menyembunyikan kegundahan hati ini terhadap mak. Mak lebih mengetahui sikapku dariku, anak yang di jaganya semenjak kecil dan sudah boleh baca sikap dan fikiranku.

Ku masih bersedih dan air mata ini seolah-olah tidak mahu berhenti menitis. Akhirnya ku lihat jam telah menunjukkan pukul 1.00 tengahari. Tidak lama lagi, akan masuknya waktu Zohor. Jadi, ku terus membersihkan diri dan solat. Selesai solat, ku capai Al-Quran yang berdekatan denganku.
                                          

Anehnya hati ini. Ku rasa sungguh tenang setelah solat dan membaca Al-Quran. Allahuakbar…Inilah ketenangan yang sebenarnya. Ku tersenyum sendiri dek terfikirkan kejadian selepas belajar memandu. Lemahnya imanku ketika itu. Namun, ku bangkit dari kesedihan itu dengan mendekatkan diri kepada-Nya. Ku terfikir, siapakah yang ku cari ketika waktu sedih?  

Firman Allah Taala yang bermaksud:

“ Dan jika Allah menimpakan sesuatu kemudaratan kepadamu maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. Dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu maka tidak ada yang dapat menolak kurniaan-Nya. Dia memberikan kebaikan itu kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang ”.
( Surah Yunus : Ayat 107 )

          Ku pujuk hati ini dengan mengatakan ‘ kau adalah insan terpilih untuk menerima ujian ini, seharusnya kau berbangga kerana banyak manusia dalam dunia ini, namun Allah memilihmu untuk tempuhi dugaan ini. Mungkin Allah nak kau lebih dekat kepada-Nya. Wahai diri, bila hati berjuang kerana Allah, dugaan itu tempat bersinggah, keperitan ditelan sebagai juadah, andai ditakdirkan rebah, hati tetap redha kerana Allah..”.

          Akhir kalam, ku harap kisah ini, dapat memberi manfaat kepada semua. Moga kita tabah dan mujahadah menempuh tiap lurah, tiap agenda-Nya mempunyai hikmah, agar hati disinggah indahnya kasih Allah. Maaf dipinta andai ada kesilapan sewaktu menulis, teguran amatlah dialu-alukan kerana ku hanyalah hamba Allah yang hina dan penuh kesilapan.

Wassalam.

Tuesday, October 25, 2011

Perahu Di Lautan Dalam - Taqwa Kepada Allah

                                                                   

“ Dunia ini adalah lautan yang dalam dan telah banyak manusia yang tenggelam di dalamnya, oleh kerana itu sediakanlah perahu untuk belayar di atasnya, perahu tersebut ialah taqwa kepada Allah.”
( Lukman Al-Hakim )

                                                   

Assalamualaikum w.b.t,

          Segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi ya Rabbi. Selawat dan salam kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w yang telah membimbing umat manusia ke jalan yang benar dalam mencari keredhaan Allah s.w.t.

Sahabat yang dirahmati Allah sekalian,

          Bila disebut taqwa, ramai yang menterjemahkan ia sebagai takutkan Tuhan. Ini tidak betul kerana taqwa bukan bererti takut. Taqwa pada Tuhan bukan bermaksud takutkan Tuhan. Takut kepada Tuhan hanyalah satu daripada sifat mahmudah yang terangkum dalam sifat taqwa tetapi ia bukan taqwa. Takut dalam bahasa Arab ialah khauf/khasya.

          Taqwa berasal dari perkataan waqa-yaqi-wiqoyah yang bererti memelihara. Hujahnya ialah ayat Al-Quran seperti berikut :

$pkšr'¯»tƒ tûïÏ%©!$# (#qãZtB#uä (#þqè% ö/ä3|¡àÿRr& ö/ä3Î=÷dr&ur #Y$tR

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu memelihara diri kamu dan keluarga kamu dari api Neraka.
( Surah At-Tahrim : 6 )
         
          Taqwa atau wiqayah telah disalahertikan. Maksudnya telah disempitkan. Sebenarnya ia adalah lebih luas dan global. Ia adalah gudang mahmudah dan merupakan himpunan segala sifat-sifat mahmudah. Di situ ada sabar, redha, pemaaf, pemurah, kasih sayang dan sebagainya. Seluruh sifat mahmudah inilah taqwa yang membawa keselamatan dunia dan akhirat. Oleh yang demikian, kalau dikatakan ittaqullah, maknanya yang sebenar ialah ‘ hendaklah kamu mengambil Allah sebagai pemelihara’.

Ciri-ciri orang yang bertaqwa:

Qs Ali Imron ( 3 ) : 133-136

1- Istiqamah dalam berbuat kebaikan.

2- Mampu mengendalikan emosi.

3- Memiliki jiwa pemaaf.

4- Suka berbuat kebaikan.

5- Segera bertaubat ketika berbuat kesalahan. Qs Azzumar : 53

6- Beriman kepada masalah yang ghaib.

7- Mendirikan solat.

8- Memiliki kepekaan sosial.

9- Orang yang mengimani kitab-kitab yang Allah turunkan.

10- Mereka yakin pada kehidupan akhirat.


Pembaca yang setia,

          Ku akhiri di sini dengan penjelasan Imam Ghazali tentang manfaat taqwa :

“ Taqwa itu harta terpendam yang berharga sekali jika engkau mendapatkannya. Maka seolah-olah berkumpul kebaikan dunia dan akhirat di dalam taqwa itu. Dan perhatikanlah apa yang difirmankan dalam Al-Quran mengenai taqwa. Banyak sekali Allah memberi keuntungan pahala yang besar dan keselamatan yang disandarkan pada sifat taqwa.”

Wassalam.

         








Monday, October 24, 2011

Benarkah Aku MenyintaiMu Lebih Dari Yang Lain?

                                                                         
                                                                 
Assalamualaikum w.b.t,

Segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi ya Rabbi. Selawat dan salam kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w yang telah membimbing umat manusia ke jalan yang benar dalam mencari keredhaan Allah s.w.t.

Sahabat yang dikasihi sekalian,

Apa yang kalian tengah fikirkan? Sejenak ku terfikir mengenai CINTA. Ku terkenang  sebuah lagu sewaktu di SMKAB.

Cinta kepada Allah,
Cinta rasul,
Cinta Ibu bapa,
Cinta kepada ummah,
Cinta kepada kecemerlangan,
Mari kita semua cinta 5 perkara,
Cintailah…

Cuba perhati cinta yang pertama tadi sewaktu menyanyi? ALLAH …..

Benarkah kita menyintai-Nya dari yang lain?

Jom kita mengimbau kembali aktiviti yang mungkin penah kita lakukan…dan fikir-fikirkanlah adakah cinta pertama kita tadi lebih dari yang lain?

**********

Apabila kita terjaga tengah malam dan mungkin ke tandas. Kemudian??? Terus rebah kembali di atas katil yang empuk tadi atau mengambil wuduk dan qiam? Yang mana kita pilih? Ku teringat kata Sir Rosdi Baharom sewaktu Kajian Tarbawi di KTD, betapa ruginya kita apabila sudah terjaga pada waktu malam, namun Allah tidak pilih kita untuk beribadah yang paling baik ketika itu. Kita terus tido..langsung tidak bermujahadah..Jadi nak jadi orang yang rugi ke? Renungkan…

Apabila sedang menonton tv, tiba-tiba azan. Apa tindakan kita? Terus solat atau tunggu sehingga iklan atau hingga tamat movie tu? Yang maka kita pilih ? kita mungkin berlawan dengan nafsu tetapi yang mana menang? Jadi ke kita mujahadah? Renungkan…

Apabila diajak couple oleh teman idaman anda, apa reaksi kita? Terus menolak atau masih membuat perhitungan? Di mana mujahadah kita? Yang mana kita pilih ? Allah atau teman idaman anda? Renungkan…

Apabila selesai solat dan kelihatan Al-Quran berdekatan dengan kita, apa tindakan kita? Hanya sekadar melihat atau mengambil dan membacanya? Payah ke nak baca walaupun sepotong ayat? Yang mana kita pilih? Renungkan…

Apabila diajak ke majlis tazkirah oleh teman kita, adakah kita hadir ke sana? Atau memilih untuk berehat di bilik saja dengan menyangka ilmu kita sudah mencukupi? Yang mana kita pilih? Renungkan…

Apabila kawan kita menyakiti hati kita, apa tindakan kita? Adakah turut membalas dendam dengan menyakiti hatinya juga atau memaafkan perbuatannya? Yang mana kita pilih? Mengaku bahawa berkawan dengannya kerana Allah, namun apa yang terjadi? Renungkan...

Apabila kredit handset banyak, siapa yang kita contact dulu? Ibu bapa? Sahabat? Atau pak we, mak we??? Apa yang kita msgkan? Mengingatkan tentang Allah atau hanya bergurau senda yang tiada faedah? Renungkan…

Apabila belajar agama, tetapi tidak mempraktikkannya. Sebagai contoh, kita tahu kaki adalah aurat wanita, tetapi kenapa masih tidak menutupnya? Tak takot dosa ke? Nak ke syurga atau ke neraka dengan mudah? Yang mana kita pilih? Renungkan…

Apabila kita tahu yang Allah telah mengutuskan Nabi Muhammad dan Al-Quran sebagai pembawa hidayah kita, adakah kita mengambilnya? Yang mana kita pilih? Tidak cuba mengikuti sunnah Nabi dan tidak membaca Al-Quran? Renungkan…

Apabila ada ruang waktu yang lapang, apa yang kita lakukan? Membaca? Tidur? Bersembang ? Sanggupkah menjadi orang yang lalai di dunia ini? Yang mana kita pilih? Renungkan…

Apabila di dewan peperiksaan, ada ruang untuk kita meniru. Yang mana kita pilih? Terus meniru atau jujur? Xingat ke Allah Maha Melihat? Xmalu ke kat Allah? Hmm..renungkanlah…
                                    

*********

Pembaca yang dirahmati Allah,

          Banyak lagi yang kita lakukan pada setiap hari. Pernah terfikir tak sama ada yang kita lakukan selama ini, disukai Allah? Ini ke bukti yang kita cintakan Allah? Seharusnya, apabila kita menyintai sesuatu kita akan berusaha mendekatinya, melakukan apa yang dia suka, berkorban apa jua untuk dia yang tersayang dan macam-macam lagi. Inilah pentingnya mujahadah…memang payah, tapi selepas kita mendapatkannya ia akan terasa manis sangat-sangat.

Jadi, renunglah sebentar apa yang kita lakukan setiap hari? Tanya hatimu, benarkah kamu menyintaiNya lebih dari yang lain sedangkan banyak benda yang kamu tidak sanggup berkorban untuk membuktikan cintamu. Yakinkah kamu yang Dia adalah cintamu? Nak berterusan macam ni je ke?

Ayuh ! Kuatkan semangatmu ! Lawan dengan nafsumu… Mari buktikan yang Dia memang benar-benar cintamu. Jangan kita biarkan ada yang meragui cinta kita kepada-Nya, buktikan kepada semua yang kita benar-benar menyintai-Nya…katakan pada diri “ Aku amat menyintai-MU lebih dari yang lain”.
                                                    

                                                 

Wassalam.

Saturday, October 22, 2011

Dunia Bukan Matlamat Terakhir

                                                               

Seorang mukmin meskipun adakalanya ia mewah dan nikmat di dunia ini, tetapi jika dibandingkan dengan nikmat yang disediakan untuknya di syurga, maka seolah-olah ia berada dalam penjara, sebab seseorang jika mati dan diperlihatkan kepadanya tentang syurga dan kemuliaan yang ada di dalamnya, ia sedar bahawa selama di dunia seolah-olah dalam penjara.
Sedangkan orang yang kafir jika mati dan diperlihatkan kepadanya hukuman dalam neraka, maka ia merasa bahawa ia tadinya dalam syurga. Kerana itu seseorang yang berakal tidak akan merasa gembira dalam penjara.
( Abu Laits )


                                                       
Dunia ini bagaikan ladang Tuhan Rabul a’lamin dan manusia sebagai tanamannya, sedangkan maut itu sebagai cangkulnya. Dan Malaikat maut sebagai pengetamnya, dan kubur sebagai lumbungnya, dan kiamat sebagai lesungnya, syurga atau neraka sebagai tempat pemuasnya, sebahagian dalam syurga dan sebahagian dalam neraka.
(  Yahya bin Mu’adz Arrazi )


                                             

Thursday, October 20, 2011

Dunia Hanya Sementara

                                                               


“ Sungguh sangat menghairankan bagi orang yang percaya kepada tempat yang kekal abadi, kemudian ia masih sibuk dengan dunia ini sebagai tempat tipuan dan sementara.”
(Hukamak)

Wednesday, October 19, 2011

Ar-Rahim-Allah Maha Penyayang


                                                                 

Assalamualaikum w.b.t,

          Segala pujian hanya bagi Allah, Tuhan semesta alam, Yang Maha Berkuasa dan memiliki nama-nama yang indah. Selawat dan salam kepada penghulu kita Nabi Muhammad s.a.w, rasul dan utusan-Nya yang terakhir kepada sekalian umat manusia.

Pembaca yang dirahmati Allah sekalian,

          Allah itu bersifat Ar-Rahim ( Yang Maha Penyayang), kepada hamba-hamba-Nya yang mukmin pada hari kiamat. Walaupun hanya mempunyai iman seberat zarah, namun mereka tidak akan kekal dalam neraka dan akhirnya akan memasuki syurga jua. Bagi golongan yang ingkar, di akhirat kelak mereka tidak akan mendapat rahmat dan belas kasihan Allah s.w.t, malah akan ditempatkan di neraka.

* tA$s%ur (#qç7Ÿ2ö$# $pkŽÏù ÉOó¡Î0 «!$# $yg11øgxC !$yg8yöãBur 4 ¨bÎ) În1u Öqàÿtós9 ×LìÏm§ ÇÍÊÈ

Maksudnya : Dan Nuh berkata : “ Naiklah kamu sekalian ke dalamnya dengan menyebut nama Allah pada waktu belayar dan berlabuhnya. Sesungguhnya Tuhanku benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”.
( Surah Hud , ayat 41 )

Apakah bukti Allah bersifat Ar-Rahim?

1) Mengutuskan Nabi Muhammad s.a.w sebagai pembawa hidayah Al-Quran.

Allah itu Maha Penyayang, Dia utuskan Nabi Muhammad s.a.w sebagai pembawa hidayah Al-Quran untuk panduan hidup kepada hamba-Nya. Namun, masih banyak lagi manusia yang tidak ingin mengambil panduan ini sebagai panduan hidup mereka.

عن ابي هريرة رضي قال ، عن النبي (ص) قال : تركت فيكم امرين لن تضلوا ما ان تمسكتم بهما : كتاب الله و سنة نبيه            ( رواه مالك )

Maksudnya : Daripada Abu Hurairah r.a.,Rasulullah s.a.w. bersabda :" Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara , kamu tidak akan sesat,  selama kamu berpegang  dgn kedua-duanya, iaitu Kitab Allah dan Sunah Nabi "


2) Mengurniakan akal kepada orang mukmin.

Allah memberikan akal kepada manusia untuk berfikir dan membezakan antara baik dan buruk. Contohnya, orang yang berakal tidak akan sedih kerana miskin tetapi sedih kerana tidak mengerjakan amal soleh. Harta tidak boleh bawa ke akhirat padahal amal soleh membantu kita di akhirat yang kekal abadi.

Imam Ali as penah berkata : “ Akal adalah sumber pengetahuan dan pengajak kepada pemahaman.”

Nabi Muhammad s.a.w pernah ditanya, “ Apakah akal itu?” Beliau menjawab: “ Ia adalah ( alat ) untuk ketaatan kepada Allah. Kerana orang-orang yang taat kepada Allah adalah orang-orang yang berakal.”

Imam Ali as berkata lebih lanjut mengenai akal. Kata beliau, akal adalah pedang yang tajam. Bunuhlah hawa nafsumu dengan senjata akalmu. Jiwa memendam berbagai hasrat nafsu, akal berfungsi untuk mencegahnya. Hati memendam berbagai hasrat buruk, sedangkan akal selalu menahannya. Orang yang berakal adalah orang yang mengalahkan hawa nafsunya dan orang yang tidak menukar akhiratnya dengan dunianya.


3) Mengurniakan tubuh badan yang sihat.

Allah mengurniakan tubuh badan yang sihat supaya kita dapat menunaikan ibadat dengan sempurna. Namun kini, apabila badan sihat lagi sukar untuk buat ibadah kerana sibuk dengan aktiviti lain. Langsung tidak menggunakan nikmat ini dengan sebaik mungkin. Bayangkan jika badan kita sakit, bagaimana perasaan kita? Ada juga yang mengeluh atas ujian-Nya. Kasihnya Allah terhadap kita, tetap mengurniakan tubuh badan yang sihat kepada kita walaupun kadangkala ada kejahatan atau kemaksiatan yang hamba-Nya lakukan di dunia ini.


4) Mengurniakan ibubapa yang penyayang, bertanggungjawab dan untuk kita berbakti.

Dengan menyayangi dan mengasihi ibubapa, di samping mematuhi segala suruhan dan nasihat keduanya, berkata-kata dengan mereka perlu menggunakan bahasa yang lemah lembut serta beradab, tidak menyinggung perasaan mereka. Semua ini akan menunjukkan bukti kesyukuran dan terima kasih kita terhadap budi mereka yang bersusah payah mendidik dan membesarkan kita. Islam menegaskan antara dosa besar ialah perbuatan menderhaka kepada ibubapa melalui surah An-Nisa’-36,

* (#rßç6ôã$#ur ©!$# Ÿwur (#qä.ÎŽô³è@ ¾ÏmÎ/ $\«øx© ( Èûøït$Î!ºuqø9$$Î/ur $YZ»|¡ômÎ)

Maksudnya : "Sembahlah Allah jangan menyekutukannya serta kepada kedua-dua ibu bapa hendaklah kamu berbuat baik."

Nabi Muhammad s.a.w pula bersabda :
“ Keredhaan Allah bergantung kepada keredhaan ibubapa, manakala kemurkaan Allah juga bergantung kepada kemurkaan ibubapa.”


5) Pengurniaan pelbagai rezeki

Allah Yang Maha Penyayang telah mengurniakan rezeki kepada kita supaya kita dapat hidup dengan lebih selesa. Kasih sayang Allah pada makhluk adalah berlainan dengan keredhaan Allah kepada makhluk itu. Allah beri rezeki kepada semua makhluk tidak kira orang Islam ataupun tidak sebab kasih sayang-Nya yang luas. Kadangkala Allah bagi rezeki berlimpah ruah supaya orang itu makin jauh dari hidayahnya. Kadangkala Allah bagi rezeki ala kadar supaya orang itu makin dekat kepada Allah. Jika orang itu dibiarkan leka, mungkin dia akan lupa. Lihatlah betapa Allah kasihkan kita.
                                                

Muhasabahlah sebentar...adakah kita juga menyayangi Allah dengan segala tindakan kita sekarang ini? Renung-renungkanlah..
Wassalam.