Bismillahirrahmanirrahim..
Mari baca kisah teladan ini.
**********
Terdapat seorang pemuda yang beranjak dewasa, dia
pemuda yang bersemangat. Hidup sebagaimana teman-temannya yang tidak
mempedulikan perintah Allah. Pada suatu malam, Allah mengkehendaki kebaikan
baginya, dia bermimpi melihat kejadian dahsyat yang menyedarkannya dari
kelalaian. Dia menceritakan kisahnya:
“Pada suatu
malam, seperti biasa aku pergi tidur di katil, aku merasakan kegelisahan
menyerangku. Lalu aku berlindung kepada Allah dari godaan syaitan yang terkutuk
dan tidur.
Aku
melihat dalam mimpi ada benda besar dan aneh jatuh dari langit ke bumi. Tidak
jelas benda apa itu seperti bola api yang besar dan jelas. Aku yakin akan
binasa, aku berlarian ke sana dan ke mari mencari orang yang boleh
menyelamatkanku dari musibah ini.
Orang
berkata ini adalah permulaan hari kiamat. Hari kiamat telah tiba dan ini adalah
tanda-tanda pertamanya. Aku panik, aku teringat seluruh amal perbuatanku yang
baik mahupun yang buruk, aku sangat menyesali kesalahanku. Rasa takut
meliputiku, apa yang boleh kubuat sekarang? Bagaimana aku boleh selamat? Lalu
aku mendengar seseorang berseru:
“Pada hari ini tidak ada gunanya penyesalan, kamu akan
mendapat balasan amal perbuatanmu. Di mana kamu ketika datang waktu solat? Di
mana kamu pada waktu datang perintah Allah? Mengapa kamu tidak menjalankan
perintah-perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya? Kamu lupa dengan Tuhanmu,
kamu habiskan waktumu hanya untuk bermain dan bergurau senda, dan sekarang kamu
datang dengan menangis? Kamu akan melihat saksama.”
Aku bertambah
menyesal mendengar ancaman tadi, aku menangis dan terus menangis tapi tidak ada
gunanya, dan pada waktu itulah aku terbangun, aku meraba-raba diriku dan
ternyata aku berada di tempat tidurku. Aku masih belum percaya bahawa yang baru
aku alami adalah mimpi. Aku menarik nafas panjang tetapi rasa takut masih membayangiku.
Aku
termenung dan berfikir. Demi Allah, ini pasti peringatan dari Allah untukku,
hari kiamat pasti terjadi kalau begitu mengapa aku
bermaksiat kepada Allah, mengapa aku tidak berhenti dari perkara-perkara yang
diharamkan oleh Allah? Pertanyaan banyak yang terus menngelayuti
fikiranku dan tidak kutemui selain satu jawapan:
“Kembalilah kepada Allah
sehingga kamu boleh selamat pada hari itu.”
Waktu Subuh
tiba dan aku pun solat, aku merasakan kelazatan dalam jiwaku. Pagi harinya aku
masuk ke kereta itu. Aku melihat ke dalamnya dan kudapati kaset-kaset muzik
lalu aku mengeluarkannya dan memasukkan kaset-kaset Islam yang bermanfaat.
Aku tetap
dalam keadaan ini, setiap hari aku maju selangkah meniti jalan hidyah Allah yang
selalu ku minta agar menetapkan padanya.
**********
Hari ini
alangkah ramainya orang-orang yang ditipu dengan dunia yang fana ini dan lupa
dengan hari yang menakutkan di mana setiap orang akan lari dari saudara, ibu
bapa dan anaknya. Hari yang tidak berguna harta benda dan anak-anak kecuali
orang yang datang kepada Allah dengan hati yang sihat. Mari bertaubat..jangan
tangguh. Semoga Allah menerima taubat kita, sesungguhnya Dia Maha Penerima Taubat
dan Penyayang.
Wallahualam.
Sunber dari : Bimbingan Taubat, Mohd Abdul Wahab
Sunber dari : Bimbingan Taubat, Mohd Abdul Wahab
tiada bicara mampu ana taipkan lagi hanya.... rasa sungguh2 ..... mengingatkan diri ana ini... Syukran peringatannya...
ReplyDelete@LeiyaUmairah
ReplyDeleteInsyaallah..moga Allah meredhai setiap perbuatan kita..
afwan.
kisah yang menginsafkan.
ReplyDeletekiamat semakin dekat, waktu semakin suntuk,
moga kesempatan yang Allah anugerahkan kpd kita di dunia ini dapat kita manfaatkan sebaiknya untuk akhirat.
jzkk peringtannya. moga Allah redha :)
@.:naqib saad:.
ReplyDeletejzkk atas kunjungannya..
insyaallah..sama2 manfaatkan di dunia ini utk akhirat..
Kisah yang menyentuh hati dan mengajak untuk berubah...
ReplyDeleteMg mampu istiqamah dgn kebaikan.. aminnn,^^
~permata yang dicari~
@wafa zinnirah92
ReplyDeleteamin..
Allahurabbi....tersentak bace entry ni...sy x pernah bace lg ni...alhamdulillah..terima kasih ye share.....
ReplyDelete@Bulan Syurga Firdausi
ReplyDeletemoga ada manfaatnya..
Hampir sama mimpi mu dan mimpu ku saudara, tapi aku masih binggung. Di dalam mimpiku ketika itu aku sedang berlari kehulur kehilir dan dengar satu suara yang berkata padaku.. tiada tempat lagi untuk kamu lari, tiba2 aku di suatu tempat dimana orang tengah melalukan solat.. dan ketika itu aku tak tahu solat aku menangis dan hanya mengikut para jemaah yg lain solat.. adakah kalian tahu apa tasir mimpi itu :( aku takut
ReplyDeletehari ini aku bermimpi aku sedang mengalami hari kiamat ..didalam mimpi aku sdang berada bersama anak dan suami ku kami sdang berada di sebuah kapal untuk berusaha mnyelamatkn diri brsama bnyak orang dsana .. Tapi anehnya ..kami seolah olah mngalami bahwa kiamat itu tidak jadi dan dunia kmbali sperti semula ...apakah tafsir mimpi trsebut..
ReplyDelete