Gambar Hiasan
Bismillahirrahmanirrahim..
Kedengaran hembusan angin yang kuat
sedang beraksi di luar sana. Kedinginnya cukup terasa pada diriku. Patuhnya angin
ini terhadap Allah s.w.t.
Hembusan angin yang nampak hanya
seperti membimbangkan, namun di sebaliknya itu, taatnya pada penciptanya. Sejenak
hatiku diketuk bertalu-talu,
“Wahai diri, taat dan patuhkah dirimu pada penciptaMu?”
Perlahan-perlahan ada mutiara yang
sedang memenuhi ruang mataku. Rasa kerdilnya dan hinanya diri ini.
Pembaca
yang dirahmati Allah,
Pernah tak main explorace? Rata-rata antara
kita yang pernah merasainya kan? Ye…..ku juga merasainya…namun, ada satu
explorace ini yang cukup buat hatiku disentuh teramat sangat. Jom..ana nak
share sikit tentang explorace ni. Explorace ini ada 5 checkpoint dan ahli
kumpulan yang dapat, baru dikenali dalam beberapa jam sebelum itu.
*********
Explorace 1:
Setiap
ahli kumpulan ditanya tentang sirah. Jika tidak dapat menjawab, kaki perlu
diangkat sebelah. Namun, sekiranya jika sahabat sebelah mampu menjawab, maka
sahabat tadi, boleh menurunkan kaki. Akhirnya, kumpulan kami, banyak soalan
tidak terjawab, maka perlu berjalan dengan kaki sebelah sahaja untuk sampai ke
tempat explorace yang seterusnya.
Muhasabah:
Betapanya
hina diri ini. Sirah hanya dianggap biasa, malah boleh dilupakan. Mungkin pernah
tahu, namun sejauh mana keseriusan kita mengetahui dan mendalami sirah Islam?
Allahu..Allah.
Explorace
2:
Pilih
satu bentuk kertas dan pada kertas itu mempunyai nombor. Setiap nombor yang
kita dapat, ada soalannya.
Soalan
yang ku dapat:
”Apa
harapan/impian kamu dan bila kamu ingin merealisasikannya?”
Muhasabah:
Subhanallah…terdiamku
seketika. Soalan yang amat memeranjatkan. Jelaskah matlamatku sekarang? Adakah
benar ku berada di jalan yang betul? Adakah benar tindakan ku ke arah harapanku
itu? Allah…
Explorace 3:
Kami
diberikan satu lukisan hati yang besar dan berkotak-kotak dalamnya. Kemudian,
kami diberikan satu pen merah dan hitam. Arahannya, jika soalan itu, jawapannya
ya..maka dilorekkan merah pada kotak dalam hati itu, jika tidak lorekkan dengan
pen hitam.
Antara
contoh soalannya:
Adakah
hari ini dah istighfar 100x?
Dah
baca al-mathurat hari ini?
Ada
tadabbur Al-Quran sekurang-kurangnya 5 page hari ini?
Ada
baca bahan ilmiah hari ini?
Qiam
tak pagi tadi?
Muhasabah:
Allah..Allah..Astaghfirullah…
Akhirnya…lukisan
hati itu..majornya warna HITAM. Allah……
Sedarkah
diri? Bagaimana hatimu kini? Tidak malukah pada pemilikNya?
Explorace 4:
Kami
diberikan satu ayat Al-Quran. Ditanyakan
tajwidnya dan diminta hafal sekaligus mentadabbur ayat itu.
Muhasabah:
Adakah
dalam sehari, kita ada mentadabbur Al-Quran? Tajwidnya betul tak? Rata-rata
antara kita, boleh membaca dengan betul, namun tidak tahu hukumnya atau lupa.
Allah….Astaghfirullah..
Explorace 5:
Perlu
memperkenalkan sahabat di sebelah.
Muhasabah:
Adakah
sepanjang aktiviti, kita hanya di alam kita dan tidak mempedulikan orang
sekeliling? Nak masuk Syurga, bukan sorang-sorang, tetapi beramai-ramai.
*******
Pembaca
yang setia,
Ini baru explorace di dunia..bagaimana
pula explorace ke akhirat? Jika dilihat explorace tadi, ada checkpoint yang tidak
lulus. Bagaimana mungkin ke seterusnya? Bagaimaan explorace akhirat? Adakah kita
LULUS ke Syurga?
Allah…Allah…Allah.
Jom
berhijrah jadi lebih baik dari sekarang…
Hijrah tidak terputus selagi taubat tidak terputus,
Taubat tidak terputus selagi matahari tidak terputus.
Mari kita semua teruskan mara tanpa
gentar dalam mencari cinta yang Esa. Moga Allah meredhai perbuatan kita. Aamin.
Wallahualam.
Siti
Nabilah Azman
12.40am
Mutah,
Jordan.
kak long,boleh kak long buat explorace ni time usrah nnti
ReplyDeleteAllahurabbi..insyaAllah..jika inginkan..kita sama2 usahakan..^_^
Deletemoga Allah terus pelihara & permudahkan insyaAllah....
ReplyDeleteAamin..
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalamaualaikum, izinkan saya gunakan aktiviti ini untuk para pelajar saya. Moga Allah memberi pahala berpanjangan kepada puan atas perkongsian ini.
ReplyDeleteIzinkan saya juga untuk guna.moga bermanfaat
ReplyDelete