Assalamualaikum
w.b.t,
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah,
Tuhan semesta alam. Selawat dan salam disampaikan kepada junjungan Nabi
Muhammad s.a.w. keluarga serta para sahabat baginda.
Pembaca
yang dirahmati Allah,
Dalam seharian, berapa kalikah kita
berulang-alik dari tandas? Adakah kita membaca doa dan keluar tandas atau
memang lupa? Inilah kesalahan yang sering dilakukan oleh kita disebabkan oleh
godaan syaitan.
Apa
sebabnya?
Iaitu kelalaian
meninggalkan zikir dari mengingati Allah yang menjadikan syaitan dapat
menguasainya.
Nak tahu
sunnah masuk dan keluar tandas?
Jom
baca....
Dari Anas
bin Malik r.a, dia berkata, “Bahawasanya Rasulullah s.a.w apabila masuk tandas,
beliau membaca:
Bagaimana
pula jika seseorang sudah memasuki tandas dan lupa membaca doa? Adakah perlu
terus membaca doanya?
Dalam
buku 400 Kesalahan Dalam Solat di bawah tajuk Kesalahan Mengenai Buang Hajat
menjelaskan bahawa:
Yang
jelas-wallahualam, dia perlu membacanya lagi-jika dia lupa- jika sudah
terlanjur masuk selagi belum duduk untuk membuang hajatnya.
Tetapi,
jika dia telah duduk hendaklah dia memohon perlindungan dalam hatinya dan tidak
perlu dengan lisannya.
Aisyah
r.a. berkata, “Bahawa Nabi s.a.w apabila keluar tandas, beliau membaca:
**********
Tambahan..
Mengikut sunnah
Nabi Muhammad s.a.w, apabila seseorang ingin membuang hajat ia perlu duduk
terlebih dahulu. Ini kerana supaya air kencing itu tidak memercik ke arahnya.
Ibnu Mas’ud
berkata, “Seseorang yang kencing berdiri dianggap sebagai orang tidak sopan.
Oleh sebab itu, ‘Aisyah r.a. pernah memberitahu,
“Sesiapa
yang menceritakan kepadamu bahawa Rasulullah s.a.w. kencing sambil berdiri,
maka janganlah kamu mempercayainya. Sebenarnya baginda tidak pernah kencing
kecuali sambil duduk.”
(Hadis
Riwayat Tirmizi)
Semoga
beramal.
Wallahualam.
Blog yang bermanfaat dan menggembirakan tatkala singgah berkunjung
ReplyDeletemohon di share
ReplyDelete