Assalamualaikum w.b.t,
Segala
puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam. Semoga selawat dan salam terlimpahkan
kepada Nabi Muhammad saw, keluarga, sahabat dan seluruh orang yang
memperjuangkan syariatnya sampai hari kiamat. Amin ya ilahal’alamin.
Hari
ini terasa mendung dalam hidupku. Hari ini, ku perlu menjalani latihan kereta
selama 3 jam di tempat yang telah ditentukan. Seawal jam 9, ku telah ada di
sana. Namun, cikgu yang perlu mengajarku belum muncul jua. Hatiku semakin
gelisah. Jika diikutkan nafsu, mahu saja ku berfikir suudzon ( berprasangka
buruk ) terhadap cikgu itu, namun setelah istighfar, ku mula berfikir husnuzon
terhadapnya.
Setelah
20 minit kemudian, cikgu itu muncul. Ku diarahkan menunggu di bawah pondok
berhampiran dengan tempat belajar. Ku lihat ada seorang makcik di situ lantas
ku memberi salam dan melemparkan senyuman yang manis terhadapnya. Semasa berbicara,
baru ku tahu yang murid memandu yang perlu diajar oleh cikguku pada hari ini
adalah seramai 4 orang. Masya Allah, terkejut ku dibuatnya.
Seperti
yang ku sangkakan, ku belajar hanya 45 minit pada hari ini, padahal masa yang
sepatutnya adalah 3 jam. Maklum la, murid memandu ramai, jadi perlu
bergilir-gilir. Sebelum mengajarku, cikgu telah memarahi makcik tadi atas sebab
kesilapan yang banyak sewaktu parking. Makanya, apabila giliran ku tiba,
perasaan marahnya telah ditempiaskan kepadaku.
Apabila
asyik dimarahi, maka perasaanku sudah menjadi lain. Cuba ku senyum sewaktu
memandu, tetapi terasa ada air yang bertakung di kelopak mataku. Ku tahan
seadanya. Tidak ingin dilihat menangis di mata orang lain. Cuba berfikir
positif dalam diri.
Tepat jam
12 tengahari, ku dibenarkan pulang. Tidak sabar lagi untuk menangis sepuasnya.
Melihat ramai orang di sana, ku masih melemparkan senyuman buat mereka. Adikku,
Firdaus datang mengambilku dan bertanya keadaan belajar tadi. Ku ceritakan
kepadanya apa yang ku masih mampu bercerita. Tahan sebak di dada.
Apabila
sampai ke kamarku, tiba-tiba ada air yang menitis di pipiku. Ku cuba tahan ia,
namun tak berdaya. Semakin lama, semakin deras. Ku cuba baring dan ingin
lelapkan mata, namun tangisku semakin kuat..Allahuakbar!!! Jari-jemariku tetap
cuba menghapuskan setiap air mata yang jatuh. Ku masih tidak boleh lelapkan
mata. Akhirnya, ku bangun dan bersandar di dinding dan mengucap. Kalimat La
ilaha illallah dan Astaghfirullah berterusan menjadi kalimat yang setia di
bibirku dan hatiku. Alhamdulillah, ku semakin tenang.
Kali ke
2, ku cuba melelapkan mata, namun gagal. Air mataku masih berguguran atas pipiku.
Allahuakbar..kenapa jadi macam ini? Kenapa lemahnya iman ini? Tiba-tiba
telefonku bordering, Terpapar di skrin telefon, nama Ayah. Ku cuba menjawabnya
dengan baik agar ayah tidak tahu ku menangis. Ku ceritakan semuanya kepada ayah
kerana ayah ingin membuat tindakan dan laporan tentang masa yang tidak ditepati oleh cikgu tersebut.
Selepas 10 minit kemudian, sekali lagi
telefonku berdering dan terpapar nama Mak. Mak menanyakan kepadaku tentang
waktu memandu tadi. Ku cuba rahsiakan kegundahan hati ini. Namun naluri seorang
ibu memang kuat, ku tidak dapat menyembunyikan kegundahan hati ini terhadap
mak. Mak lebih mengetahui sikapku dariku, anak yang di jaganya semenjak kecil dan
sudah boleh baca sikap dan fikiranku.
Ku masih bersedih dan air mata ini
seolah-olah tidak mahu berhenti menitis. Akhirnya ku lihat jam telah
menunjukkan pukul 1.00 tengahari. Tidak lama lagi, akan masuknya waktu Zohor.
Jadi, ku terus membersihkan diri dan solat. Selesai solat, ku capai Al-Quran
yang berdekatan denganku.
Anehnya hati ini. Ku rasa sungguh
tenang setelah solat dan membaca Al-Quran. Allahuakbar…Inilah ketenangan yang
sebenarnya. Ku tersenyum sendiri dek terfikirkan kejadian selepas belajar
memandu. Lemahnya imanku ketika itu. Namun, ku bangkit dari kesedihan itu
dengan mendekatkan diri kepada-Nya. Ku terfikir, siapakah yang ku cari ketika
waktu sedih?
Firman Allah Taala yang bermaksud:
“ Dan jika Allah menimpakan sesuatu kemudaratan
kepadamu maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. Dan jika Allah
menghendaki kebaikan bagi kamu maka tidak ada yang dapat menolak kurniaan-Nya.
Dia memberikan kebaikan itu kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Dialah Yang
Maha Pengampun lagi Maha Penyayang ”.
( Surah Yunus : Ayat 107 )
Ku
pujuk hati ini dengan mengatakan ‘ kau adalah insan terpilih untuk menerima
ujian ini, seharusnya kau berbangga kerana banyak manusia dalam dunia ini,
namun Allah memilihmu untuk tempuhi dugaan ini. Mungkin Allah nak kau lebih dekat
kepada-Nya. Wahai diri, bila hati berjuang kerana Allah, dugaan itu tempat
bersinggah, keperitan ditelan sebagai juadah, andai ditakdirkan rebah, hati
tetap redha kerana Allah..”.
Akhir
kalam, ku harap kisah ini, dapat memberi manfaat kepada semua. Moga kita tabah
dan mujahadah menempuh tiap lurah, tiap agenda-Nya mempunyai hikmah, agar hati
disinggah indahnya kasih Allah. Maaf dipinta andai ada kesilapan sewaktu
menulis, teguran amatlah dialu-alukan kerana ku hanyalah hamba Allah yang hina
dan penuh kesilapan.
Wassalam.
salam ceria buat sahabatku..
ReplyDeleteSetiap kesedihan dan kesakitan ada ubatnya..
Ya, hanya dengan mengingati Allah hati akan tenang.
Bersabarlah sahabatku menempuh ujian itu..
p/s jemput ke blog nnt..^_^
salam sayang,
~permata yang dicari~
huhu... mmg kna banyak sbar dalam hidup ini.. mudah2an lancar urusan
ReplyDeletewafazinnirah: Waalaikumslm...
ReplyDeletejazakillah ats dorongannya..
insyaallah nbilah p ziarah blog ftn..^_^
yui92: hmmm..btol2...sabar itu bnyk kebaikannya...amin..tq ats doanya..
ReplyDelete