Assalamualaikum w.b.t,
Alhamdulillah,
segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ditujukan buat
junjungan Nabi Muhammad s.a.w.
Dah istighfar belum hari ini? takpe..jom istighfar
lagi.
Astaghfirullahal’azim (3x)
Pembaca yang dirahmati Allah,
Hari
ini, kita dan masuk tahun 2013. Seharusnya amalan kita jua meningkat seiring
dengan umur kita. Apa yang paling penting, jangan tinggal solat yer?
Namun yang menyedihkan..bab solat pun ada yang belum
khatam. Betul tidak?
Tidak mengapa..kita kena usaha untuk memperbaharui
niat dan memperbaiki diri.
Tingkatkan ilmu di dada anda.
Insyaallah,
hari ini ana nak kongsi mengenai perkara-perkara sunat dalam solat. Nampak macam
remeh..tapi ada yang tidak tahu.
**********
Perkara-perkara sunat dalam solat menurut pendapat
Imam Syafie terbahagi kepada dua iaitu Sunat Ab’ad & Sunat Hai’at.
Jika ditanya kepada anda, apa maksudnya?
Sunat Ab’ad adalah sunat yang dituntut untuk
melakukannya. Jika ditinggalkannya sama ada sengaja atau tidak, kita dituntut
untuk melakukan sujud sahwi.
Sunat Hai’at adalah sunat di dalam solat (selain sunat
ab’ad) yang bukan merupakan rukun solat. Jika dilakukan mendapat pahala, tetapi
jika ditinggalkan tidak ada apa-apa.
Sunat Ab’ad :-
§ - Membaca tahiyat awal.
§ - Selawat ke atas Nabi Muhammad dalam tahiyat awal.
§ - Selawat ke atas keluarga Nabi Muhammad dalam tahiyat
akhir.
§ - Duduk bagi membaca tahiyat awal dan selawat.
§ - Membaca doa qunut dalam solat Subuh.
§ - Selawat ke atas Nabi Muhammad dan keluarga dalam doa
qunut.
§ - Berdiri bagi bacaan qunut dan selawat di dalamnya.
Sunat Hai’at:-
§ - Mengangkat kedua-dua belah tangan hingga sama paras
dengan bahu semasa takbiratul ihram, sebelum rukuk, iktidal dan bangun daripada
tahiyat awal.
§ - Tangan kanan memegang pergelangan tangan kiri dan
diletakkan kedua-duanya antara dada dan pusat.
§ - Mengucap takbir (Allahu akbar) semasa hendak rukuk,
sujud, bangun daripada sujud, semasa bangun daripada rakaat pertama, kedua,
ketiga dan keempat.
§ -Membaca doa iftitah selepas takbiratul ihram dan
sebelum membaca surah Al-Fatihah.
§ - Membaca ta’awwazatul isti’azah (au’zubillah)
secara perlahan sebelum membaca surah Al-Fatihah pada setiap rakaat.
§ - Membaca tasbih dalam rukuk dan sujud serta berdoa masa
duduk antara dua sujud.
§ - Membaca surah lain selepas bacaan surah Al-Fatihah ataupun
Al-Fatihah imamnya.
§ - Berhenti sekejap selepas takbiratul ihram, bacaan
Al-fatihah dan selepas bacaan surah sebelum rukuk.
§ - Duduk iftirasy semasa
duduk antara dua sujud, semasa membaca tahiyat awal dan duduk tawarruk semasa
membaca tahiyat akhir.
§ - Membaca doa selepas
selawat dalam tahiyat akhir dan sebelum memberi salam.
§ - Memberi salam yang kedua.
§ -Menoleh ke kanan dan ke
kiri semasa memberi salam.
Jadi, harapannya,
moga kita semua sentiasa memperdalamkan ilmu yang ada agar kita menjadi orang
yang berguna dan inilah jalan untuk kita mendekatkan diri kepada-Nya.
Insyaallah.
Wallahualam.
*Sumber ada dipetik daripada buku Fikah, Dato’Dr.Haron
Din
Terima kasih atas peringatan ini...
ReplyDeletesama-sama..
Deletekatekan la...sengaja meninggalkan sunat ab'ad dan sengaja juga tidak melakukan sujud sahwi....adakah sah sembahyangnye....mohon penjelasan...
ReplyDeleteMeninggalkan sunat ab'ad dengan sengaja dan meninggalkan pula sujud sahwi dengan sengaja walaupun ingat tidaklah membatalkan solat seseorang itu menurut jumhur ulamak.
DeleteMohon diperbetulkan jika salah.
Wallahualam.