Assalamualaikum w.b.t,
Al-Malik ( Maha Memerintah ) - Yang
Maha Mengatur kerajaan-Nya mengikut kehendak-Nya. Dialah raja daripada segala
raja-raja yang memiliki dan menguasai seluruh alam ini, dunia dan akhirat.
Dialah yang berkuasa meminjamkan kekuasaan itu kepada sesiapa, dan Dialah juga
yang mencabut kekuasaan tersebut daripada sesiapapun mengikut kehendak-Nya.
Pembaca yang dihormati,
Ramai
antara kita mengakui bahawa Allah adalah raja atas semua makhluk di muka bumi
ini. Namun, bagaimana hubungan kita dengan Allah, Sang Raja itu? Berapa kerap
kalikah kita menyapa Allah sebagai Raja yang Maha Kuasa, yang patut menerima
hormat dan sembah? Atau kita memperlakukan Allah hanya sebagai sahabat yang
kita harapkan memaklumi segala kekurangan kita?
Firman Allah Taala, dalam Surah Al-Mu’minun, ayat 116
:
n?»yètGsù ª!$#
à7Î=yJø9$# ,ysø9$#
(
Iw tm»s9Î) wÎ)
uqèd >u
ĸöyèø9$# ÉOÌx6ø9$# ÇÊÊÏÈ
Maksudnya : “ Maka Maha Tinggi Allah, raja yang
sebenarnya, tidak ada Tuhan selain Dia, Tuhan ( yang mempunyai ) Arasy yang
mulia.”
Dewasa ini, banyak manusia yang
menjadi hamba kepada hawa nafsu, iblis dan syaitan. Jadi, fikir-fikirkanlah
siapakah Raja kita? Allah? Iblis? Syaitan? Jika dikatakan Allah, kenapa kita
menjadi hamba kepada iblis? Berterusan melakukan maksiat, mendedahkan aurat,
sombong dan takabbur?
Renungkanlah..Marilah muhasabah
diri..nak jadi hamba kepada siapa? Moga-moga kita sentiasa menjadi perindu
syurga. Wassalam.
teruskan berdakwah ukhti !
ReplyDeletemoga diberi kekuatan untuk terus istiqamah dalam jalan dakwah ini.
salam sayang hamraa muslihin ;)
salam mahabbah buat sahabatku..
ReplyDeleteteruskan berkongsi nama2 Allah yang indah..
Moga dirimu sentiasa dlm rahmat-Nya.. ^_^ aminnn..
~permata yang dicari~
Hamraa'Muslihin:
ReplyDeletejazakillah atas dorongannya..
wafazinnirah92"
wslm..
insyaallah...
amin...moga kita sentiasa bersama2 menggapai redha-Nya.