Tautan Ukhwah

Monday, May 23, 2011

Malukah kita kepadaNya???

                                    
Salam kasih sayang dariku buat semua pembaca yang budiman.
          Alhamdulillah, malam ini, ALLAH memberi peluang kepadaku untuk menulis kalam di blog ini. Kali ini, ku ingin berkongsi satu perasaan yang amat indah yang pernah ku alami.
          Pernah satu ketika di satu majlis tazkirah di SMKAB dulu(hari jumaat), aku dipanggil untuk memberi sebarang tazkirah di hadapan. Dalam fikiranku kosong, lidah kelu, tergamam bila dipanggil. Entah apa la yang aku boleh bicarakan di hadapan pelajar2 puteri ini. Langkah demi langkah kakiku menuju di hadapan mereka. Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim…ku mulakan kalam..
          Selepas 15 minit kemudian, aku tamatkan tazkirahku dengan salam terakhir. Subhanallah..Masyaallah..di manakah semua idea ku berkalam tadi???Air mataku mengalir jatuh ke bumi ALLAH. Setiap kali ku berbicara, bukanlah dirancang, malah ia datang dari ALLAH.
          Lama-kelamaan, ramai yang bertanyakan kepadaku, adakah aku membuat sebarang persiapan sebelum bercakap? Sejujurnya TIDAK!!! Air mataku bertakung di kelopak mataku, menahan sebak. Aku sendiri tidak pasti apa yang terjadi.
          Akhirnya, air mataku jatuh jua apabila ku sedari bahawa ini semua adalah bantuan ALLAH. Setiap kali ku hendak mula bicara, pasti semangat ku untuk berkata-kata meningkat mendadak. Ku betul2 menjiwai apa yang ku lafazkan.  Sehingga kini, aku berlarutan jadi begini.
          Allahuakbar!!! Malunya aku padaMU. Walaupun diriku banyak dosa, namun Kau tetap menolongku untuk sampaikan dakwah ini. Kadangkala ku rasa amat hina diri ini padaMU. Siapakan aku di sisiMU?
          Di sini, ku ingin menyedarkan kita bahawa ALLAH ITU bersifat Ar-Rahim terhadap hambaNya. Sepatutnya kita malu kepadaNya, kerana walaupun kita kadangkala lupa kepadaNya, namun ALLAH tetap menolong kita dalam kehidupan kita. Misalnya, bagaimana kita dapat bernyawa pada hari ini jika DIA tidak memberikan? Bagaimana kita dapat melihat ibuayah, sahabat2, alam yang indah jika tidak DIA memberikan? Bagaimana kita mampu memberi senyuman yang manis buat sahabat kita andai bukan DIA yang memberikan?
          Allahuakbar! Banyaknya yang kita lupa..sedarkah kita???Tiada sempurna manusia kecuali Rasulullah s.a.w. Apa yang kita cari di dunia ini jika tidak redha ALLAH.  Jadi di sini, ku mengajak semua pembaca, sedarlah bahawa semua bantuan datang dariNya. Cintailah ALLAH dengan sepenuh hati, pasti jiwamu tenang. Insyaallah. Wallahualam.
                       
                     Alangkah indahnya jika hati kita seindah pemandangn ini..

Monday, May 9, 2011

Cara mendekatkan diri kpd ALLAH

                                                                     
BEBERAPA CARA MENDEKATKAN DIRI KPD ALLAH SWT :

1. Solat wajib tepat waktu, selalu berdoa dan berdzikir kepada Allah
Dengan solat, berdo'a dan dzikir kepada Allah, Inya Allah hati menjadi tenang, damai dan makin dekat dengan-Nya

2. Solat tahajud
Dengan solat tahajud Insya Allah cenderung mendapatkan perasaan tenang. Hal ini dimungkinkan kerana di tengah kesunyian malam didapatkan kondisi keheningan dan ketenangan suasana,yang tentu saja semua itu hanya dapat terjadi atas izin-Nya. Pada malam hari, diri ini tidak lagi disibukkan dengan urusan pekerjaan ataupun urusan-urusan duniawi lainnya sehingga dapat lebih khusyu' saat menghadap kepada-Nya.

3. Mengingat kematian yang dapat datang setiap saat
Kematian sebenarnya sangat dekat, lebih dekat dari urat leher kita. Dan dapat secepat kilat menjemput.

4. Membayangkan tidur di dalam kubur.
Membayangkan tidur dalam kuburan yang sempit , gelap dan sunyi saat kita mati nanti. Semoga amal ibadah kita selama di dunia ini dapat menemani kita di alam kubur nanti.

5. Membayangkan kedahsyatan seksa neraka.
Azab Allah sangat pedih bagi yang tidak menjauhi larangan-Nya dan tidak mengikuti perintah-Nya. Ya Allah jauhkanlah kami dari seksa neraka-Mu, karena kami sangat takut akan seksa neraka-Mu.Ya Allah bimbinglah kami agar dapat memanfaatkan sisa hidup kami untuk selalu dijalan-Mu.……

6. Membayangkan syurga-Nya.
Kesenangan duniawi hanya bersifat sementara, sangat singkat dibanding dengan kenikmatan di akhirat yang tidak dibatasi waktu.Semoga kita dapat selalu mengikuti perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya dan Insya Allah diizinkan untuk meraih Syurga-Nya. Amin…..

7 a). Mengikuti tausyiah atau mengikuti pengajian secara rutin seminggu satu kali (minimal), dua kali atau lebih. Insya Allah... dengan mendengar tausyiah atau mengikuti pengajian, akan meningkatkan keimanan karena selalu diingatkan kembali utk selalu dekat kpd Allah SWT. Perlu dicatat, disebabkna iman boleh turun atau naik, maka harus dijaga agar iman tetap stabil pada keadaan tinggi/ kuat dengan mengikuti tausyiah, pengajian dsb.

7 b). Bergaul dengan orang-orang soleh.
Seperti sudah dijelaskan di atas bahwa tingkat keimanan kita boleh turun atau naik, untuk itu perlu dijaga agar tingkat keimanan kita tetap tinggi. Berada pada lingkungan kondusif dimana orang-orangnya dekat dengan Allah SWT, Insya Allah juga akan membawa kita untuk makin dekat kepada-Nya.

8. Membaca Al Qur'an dan maknanya (erti dari setiap ayat yang dibaca)
Insya Allah dengan membaca Al Qur'an dan maknanya, akan menjadikan kita makin dekat dengan-Nya.

9. Menambah pengetahuan keislaman dengan berbagai cara, antara lain dengan : membaca buku, membaca di internet (tentang pengetahuan Islam, artikel Islam, tausyiah dsb), melihat video Islami yang dapat meningkatkan keimanan kita.

10. Merasakan kebesaran Allah SWT, atas semua ciptaan-Nya seperti Alam Semesta (jagad raya yang tidak berbatas) beserta semua isinya.

11. Merenung atas semua kejadian alam yang terjadi di sekeliling kita (tsunami, gunung meletus, gempa dsb). Dimana semua itu mungkin berupa ujian keimanan, peringatan, atau teguran bagi kita agar kita selalu ingat kepada-Nya/ mengikuti perintah-Nya. Bukan makin tersesat ke perbuatan maksiat atau perbuatan lain yang dilarang oleh-Nya. Ya Allah kami mohon bimbingan-Mu agar kami dapat selalu introspeksi atas semua kesalahan yang kami perbuat, meninggalkan larangan-Mu dan kembali ke jalan-Mu ya Allah.

12. Mensyukuri begitu besar nikmat yang sudah diberikan oleh Allah SWT
Jangan selalu melihat ke atas, lihatlah orang lain yang lebih susah. Begitu banyak nikmat yang diberikan oleh-Nya.Saat ini kita masih boleh bernafas, masih boleh makan, boleh minum, masih mempunyai keluarga, masih mempunyai apa yang kita miliki saat ini,masih mempunyai panca indera mata, hidung, telinga dan...masih boleh bernafas (masih diberi kesempatan hidup). Masih layakkah kita tidak bersyukur dan tidak berterima kasih pada-Nya???

                                                       

Saturday, May 7, 2011

SELAMAT HARI IBU

                                                       
Salam kasih sayang,
Alhamdulillah, walaupun ketika ini ku menahan sakit, namun ALLAH izinkan ku menulis rintihanku di sini. Air mata yang sedang mengalir di pipi ini yang membuatkan ku tergerak hati utk membuat coretan di sini.
Ku angkat tanganku dan cuba utk mengesat air mata yang menahan kesakitan ini.  Tika itu, ku terfikir, selama ini ke manakah air mataku? Ku cuba membuka memoriku kembali..
Bila mak tegur kesalahanku..ku menangis,
Bila rakan mengumpatku..ku menangis,
Bila assignment xsiap..ku menangis,
Bila ku buat sesuatu yang xbaik..ku menangis,
Bila solatku tdklh sekhusyuk dlu..ku menangis,
Bila ku terasa dgn seseorg..ku menangis,
Bila ku tahu org xsuke dgn caraku..ku menangis,
Bila ku rse diriku jauh dgn ALLAH..ku menangis.
          Mengapa air mataku selalu mengalir di pipi ini? Setiap kali sebelum tido..mata ini akan mengalirkan air mata. Tapi ku masih tertanya-tanya mengapa?
Sehinggalah pada suatu hari..rahsia terbongkar..
          Pada suatu malam, ku menangis teresak-esak di dalam bilik.Tibe2 ada seseorang yang membuka pintu bilikku. Cepat-cepat ku menarik selimut dan menutup mukaku. Tapi dalam samar-samar ku cuba melihat siapakah itu?
Rupa-rupanya mak yang masuk..Ku sangkakan mak dah keluar bilikku,maka ku membuka selimutku..namun,jangkaan ku silap. Mak datang menghampiriku, dgn pantas ku pura-pura tersenyum..” Kenapa kak nangis? Terasa ngn mak ka?,”Tanya mak kpdku. Ku hanya menggeleng. Tapi mak seolah-olah menunggu jawapan dariku.
          Sekali lagi di hadapan mak, ku  mengalirkan air mata. Lantas ku bertanya, “mak, kenapa sebelum tido, nabilah akan menangis? Wlpn kadang-kadang nabilah xtahu knp nabilah menangis..emm…”. “Dulu, masa mengandungkan nabilah, memang mak selalu menangis..”,jwapan mak hanya terhenti di situ. Kemudian, mak hanya menyuruh ku sambung tido.
          Namun, ku tidak dpt melelapkan mataku..jawapan yang ku tunggu-tunggu sudah ku dapat. Rupanya kehidupan mak banyak kesedihan yang ditanggungya. Banyak dugaan yang ditanggungnya sendiri. Ku kagum dengan mak, tabahnya dia hadapi dugaan dariNya. Kini, memang ramai cakap kami kembar, sebab muka kami nak sama, cara kami cakap nak sama, & mcm2 lagi sikap kami y nak sama. Ku bahagia sangat bila org kata mcm tu. Tapi, ku akui mak sangat penyanyang, baik, pemurah, suka senyum & banyak lagi..
          Mak..terima kasih utk segala-galanya, terima kasih selalu beri dorongan kpdku..nabilah sayang mak utk selama-lamanya..i love u mak..mak jangan tinggalkan nabilah sebelum mak lihat kejayaan nabilah..Nabilah tahu mak risau utk lepaskan nabilah ke tgn org lain..Mak berdoalah agar menantu mak lelaki yang soleh. Mak…….nabilah sayang mak..doaku utkmu..moga kau tergolong dalam kategori org2 y beriman & sentiasa dlm ksih sayangNya..
mak..Nabilah syg mak sgt2..memang muka nabilah ikut mak..syg mak..


Dri anakmu,
Nabilah
         
         

Monday, May 2, 2011

keindahan SaBaR

                                                   
  
     Ujian adalah guru yang tidak bercakap, tetapi ia sangat mengajar dan mendidik. Ujian terkecil apalagi terbesar adalah takdir Allah. Yang mempunyai maksud tertantu. Kerana jahilnya kita, apabila ditimpa ujian samada secara langsung dari Allah atau melalui orang lain, kita mula elatah. Terasa Allah tidak adil, sengaja hendak menyusahkan kita. Atau kita menyalahkan orang yang mendatangkan ujian tersebut. Hati berdendam hati buruk sangka pada Allah yang mendatangkan ujian itu.

   Allah Maha Pengasih; jauh sekali Allah takdirkan ujian hanya untuk menyusahkan hamba-Nya. Marilah kita sama-sama  cungkil  hikmah di sebalik ujian yang ditimpakan. Ujian sebenarnya melatih kita untuk mendapatkan sifat-sifat yang terpuji. Sabar, redha, tawakkal, baik sangka, mengakui diri sebagai hamba yang lemah, mendekatkan diri dengan Allah, harapkan ertolongan Allah, merasai dunia hanya nikmat sementara dan sebagainya. Berasa diri berdosa adalah juga sifat terpuji. Sebab itu bagi orang yang sudah banyak melakukan dosa atau lalai daripada mengingati Allah, maka Allah datangkan ujian kesusahan kepadanya. Supaya hamba-Nya tadi tidak tenggelam dalam dosa dan noda. Kadangkala Allah dedahkan dosa yang dilakukan hingga ramai orang tahu. Bukan untuk menghinakan kita tetapi untuk memberi ingatan supaya kita bertaubat. Dan tidak meneruskan perbuatan dosa itu sehingga bila-bila Ujian juga bermaksud qisas (pembalasan) ke atas dosa-dosa kita. Setiap perbuatan dosa mesti dihukum, samada di dunia atau di akhirat (kecuali kita telah bertaubat sungguh-sungguh sehingga Allah mengampunkan dosa itu).

     Bagi orang yang Allah kasih, di dunia lagi Allah hukum, tidak di akhirat. Yakni dengan didatangkan kesusahan, penderitaan, kesakitan, kemiskinan, kehilangan pengaruh dan sebagainya. Sekiranya kita boleh bersabar dan redha, maka itulah ganjaran pahala untuk kita. Sebaliknya kalau kita tidak boleh bersabar dan tidak redha, malah merungut-rungut, mengeluh dan memberontak, hanya akan menambahkan lagi dosa kita. Begitulah Allah Yang Maha Pengasih kepada hamba-hambanya, tidak mahu hukum kita di akhirat, kerana penderitaan di Neraka berpuluh-puluh kali ganda lebih dahsyat daripada penderitaan di dunia. Sekiranya kita telah dihukum di dunia lagi, kita patut bersyukur kerana apabila kembali ke akhirat, kita telah bersih daripada dosa. Adakalanya, kita ditimpakan kesempitan hidup. Sengaja Allah takdirkan demikian kerana Allah sayang pada kita. Allah hendak melatih kita menjadi orang yang bersabar dan redha dengan takdir-Nya. Mungkin kita akan sombong dan bakhil kalau dikurniakan harta melimpah ruah, maka Allah didik kita dengan kemiskinan.

     Apabiala kita diuji dengan kesakitan, Allah mahu memberitahu kita bahawa bagitulah susah dan menderitanya orang yang sedang sakit. Semoga kita menjadi orang yang bertimbang rasa; menziarahi dan membantu mereka yang menderita sakit. Orang yang sedang sakit, hatinya mudah terusik. Sesiapa saja yang datang dan memberi nasihat, InsyaAllah mudah diterimanya. Bagaimana pula kalau kita diuji dengan kematian orang yang paling kita sayangi. Ujian ini sangaja didatangkan agar terasalah kita ini lemah; tiada kuasa untuk menolak etentuan Allah. Akan tertanamlah rasa kehambaan di dalam hati, sekaligus membuang rasa bangga diri. Begitulah, sebenarnya Allah mahu kita sentiasa beringat-ingat. Agar dengan ujian itu, kita sebagai hamba akan datang untuk mengadu, mengharap, merintih belas ihsan, dan sentiasa merasakan hanya Allah tempat meminta segala-galanya. Ujian juga adalah untuk menilai sejauh mana keyakinan kita kepada Allah. Semakin diuji sepatutnya semakin bertambah iman kita, dan semakin hampir kita dengan Allah. Firman Allah dalam surah Al Imran; 142 yang bermaksud:

     “Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, pada hal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu dan belum nyata orang-orang yang bersabar.”

Firman Allah dalam Surah Az Zumar;10 yang maksudnya:
     “Sesungguhnya diberi ganjaran orang sabar dengan pahala tanpa hisab.”

     Allah takdirkan ujian demi ujian untuk memberi peluang kepada kita mendapatkan pahala sabar. Barangsiapa yang sabar dan redha tanpa mengeluh, merungut atau syurga. Oleh itu, apa salahnya Allah uji kita kerana hendak menyelamatkan kita di akhirat kelak! Berbeza pula halnya dengan ujian yang ditimpakan ke atas para Rasul, para nabi, wali-wali dan kekasih-kekasih Allah. Ujian ke atas mereka bermaksud untuk meninggikan darjat dan kedudukan mereka di sisi Allah. Sebab itu ujian yang mereka hadapi berat-berat belaka. Tatkala Rasulullah berdakwah ke Taif, masyarakat Taif bukan sahaja tidak menerima dakwah baginda, malah mencaci, menghina dan melempari baginda dengan batu dan najis. Para malaikat menawarkan diri untuk menghapuskan orang-orang yang berlaku durjana kepada baginda. Tetapi dengan tenang, baginda menjawab:   

�“Biarkan mereka, jangan diapa-apakan mereka kerana mereka tidak tahu, mereka masih jahil.”

Demikianlah, orang-orang yang tinggi taqwa dan keimananya; tidak mengeluh apabila diuji. Berbeza dengan golongan orang awam seperti kita ni, apabila diuji kita mudah jahat sangka dengan Allah dan berdendam dengan orang yang mendatangkan ujian kepada kita. Walhal bukan orang itu yang hendak menyusahkan kita, tetapi hakikatnya Allah. Allah yang hendak uji kita, menggunakan orang itu sebagai perantaraan. Jadi, tanyalah Allah kenapa kita diuji….

Marilah kita lihat bandingannya. Katalah suatu ketika guru besar mengarahkan ketua murid merotan seorang murid yang melanggar disiplin sekolah. Apa reaksi murid yang dirotan itu? Kalau dia seorang yang insaf dan tahu diri, ia segera terfikir akan kesalahan yang dilakukannya, mungkin dia berazam untuk tidak mengulanginya lagi. Itulah murid yang cerdik, dia sedar hikmah di sebalik dia dirotan. Tetapi bagi murid yang tidak mahu berfikir, sudahlah tidak mahu mengaku kesalahannya, dia berdendam pula kepada ketua murid atau guru besar yang merotannya. Mengapa harus berdendam? Ketua murid hanya menjalankan tugas. Guru besar pula menjalankan keadilan; yang bersalah tidak dihukum, tidak ada jaminan yang dia tidak mengulangi kesalahannya. Kalau begitu, murid yang bersalah itu layaklah dirotan. Begitulah halnya dengan Allah yang Maha Pengasih. Berbagai-bagai cara Allah gunakan untuk mendidik kita.Diberikan-Nya ujian demi ujian sebagai peringatan kepada kita. Tetapi sedikit sekali yang mencari hikmah dan mengambil iktibar daripada ujian yang ditimpakan. Malahan ujian membuatkan kita bertambah jauh dari Allah; mengeluh dan menyesali takdir Allah. Marilah kita menyedari akan kesilapan kita selama ini. Terimalah sagala ujian yang besar mahupun yang kecil sebagai satu didikan terus dari Allah. Dan ingatlah, andaikata kita diuji, kita masih wajib bersyukur kerana masih ada 1001 jenis nikmat lain yang Allah kurniakan kepada kita! Jadi mengapa mesti merungut ketika diuji?