“ Dunia ini adalah lautan yang dalam dan telah banyak
manusia yang tenggelam di dalamnya, oleh kerana itu sediakanlah perahu untuk
belayar di atasnya, perahu tersebut ialah taqwa kepada Allah.”
( Lukman Al-Hakim )
Assalamualaikum w.b.t,
Segala
puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi ya Rabbi. Selawat dan salam kepada
junjungan Nabi Muhammad s.a.w yang telah membimbing umat manusia ke jalan yang
benar dalam mencari keredhaan Allah s.w.t.
Sahabat yang dirahmati Allah sekalian,
Bila
disebut taqwa, ramai yang menterjemahkan ia sebagai takutkan Tuhan. Ini tidak
betul kerana taqwa bukan bererti takut. Taqwa pada Tuhan bukan bermaksud
takutkan Tuhan. Takut kepada Tuhan hanyalah satu daripada sifat mahmudah yang
terangkum dalam sifat taqwa tetapi ia bukan taqwa. Takut dalam bahasa Arab
ialah khauf/khasya.
Taqwa
berasal dari perkataan waqa-yaqi-wiqoyah yang bererti memelihara. Hujahnya
ialah ayat Al-Quran seperti berikut :
$pkr'¯»t
tûïÏ%©!$#
(#qãZtB#uä (#þqè%
ö/ä3|¡àÿRr&
ö/ä3Î=÷dr&ur
#Y$tR
Maksudnya : “ Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu
memelihara diri kamu dan keluarga kamu dari api Neraka.”
( Surah At-Tahrim
: 6 )
Taqwa
atau wiqayah telah disalahertikan. Maksudnya telah disempitkan. Sebenarnya ia
adalah lebih luas dan global. Ia adalah gudang mahmudah dan merupakan himpunan
segala sifat-sifat mahmudah. Di situ ada sabar, redha, pemaaf, pemurah, kasih
sayang dan sebagainya. Seluruh sifat mahmudah inilah taqwa yang membawa
keselamatan dunia dan akhirat. Oleh yang demikian, kalau dikatakan ittaqullah,
maknanya yang sebenar ialah ‘ hendaklah kamu mengambil Allah sebagai pemelihara’.
Ciri-ciri orang yang bertaqwa:
Qs Ali Imron ( 3 ) : 133-136
1- Istiqamah dalam berbuat kebaikan.
2- Mampu mengendalikan emosi.
3- Memiliki jiwa pemaaf.
4- Suka berbuat kebaikan.
5- Segera bertaubat ketika berbuat kesalahan. Qs
Azzumar : 53
6- Beriman kepada masalah yang ghaib.
7- Mendirikan solat.
8- Memiliki kepekaan sosial.
9- Orang yang mengimani kitab-kitab yang Allah
turunkan.
10- Mereka yakin pada kehidupan akhirat.
Pembaca yang setia,
Ku
akhiri di sini dengan penjelasan Imam Ghazali tentang manfaat taqwa :
“ Taqwa itu harta terpendam yang berharga sekali jika
engkau mendapatkannya. Maka seolah-olah berkumpul kebaikan dunia dan akhirat di
dalam taqwa itu. Dan perhatikanlah apa yang difirmankan dalam Al-Quran mengenai
taqwa. Banyak sekali Allah memberi keuntungan pahala yang besar dan keselamatan
yang disandarkan pada sifat taqwa.”
Wassalam.
Terima kasih atas pencerahan, teruskan karya buat ummah...
ReplyDeleteSama-sama..insyaallah..
ReplyDeletetrima kasih jua atas doronganmu..
moga ku sntiasa bermujahadah dlm jalan-Nya.