Assalamualaikum w.b.t,
Segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi ya
Rabbi. Selawat dan salam kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w yang telah
membimbing umat manusia ke jalan yang benar dalam mencari keredhaan Allah
s.w.t.
Sahabat yang dikasihi sekalian,
Apa yang kalian tengah fikirkan? Sejenak ku terfikir
mengenai CINTA. Ku terkenang sebuah lagu sewaktu di SMKAB.
Cinta kepada Allah,
Cinta rasul,
Cinta Ibu bapa,
Cinta kepada ummah,
Cinta kepada kecemerlangan,
Mari kita semua cinta 5 perkara,
Cintailah…
Cuba perhati cinta yang pertama tadi sewaktu menyanyi?
ALLAH …..
Benarkah kita menyintai-Nya dari yang lain?
Jom kita mengimbau kembali aktiviti yang mungkin penah
kita lakukan…dan fikir-fikirkanlah adakah cinta pertama kita tadi lebih dari
yang lain?
**********
Apabila kita terjaga tengah malam dan
mungkin ke tandas. Kemudian??? Terus rebah kembali di atas katil yang empuk
tadi atau mengambil wuduk dan qiam? Yang mana kita pilih? Ku teringat kata Sir
Rosdi Baharom sewaktu Kajian Tarbawi di KTD, betapa ruginya kita apabila sudah
terjaga pada waktu malam, namun Allah tidak pilih kita untuk beribadah yang
paling baik ketika itu. Kita terus tido..langsung tidak bermujahadah..Jadi nak
jadi orang yang rugi ke? Renungkan…
Apabila sedang menonton tv, tiba-tiba
azan. Apa tindakan kita? Terus solat atau tunggu sehingga iklan atau hingga
tamat movie tu? Yang maka kita pilih ? kita mungkin berlawan dengan nafsu
tetapi yang mana menang? Jadi ke kita mujahadah? Renungkan…
Apabila diajak couple oleh teman
idaman anda, apa reaksi kita? Terus menolak atau masih membuat perhitungan? Di
mana mujahadah kita? Yang mana kita pilih ? Allah atau teman idaman anda?
Renungkan…
Apabila selesai solat dan kelihatan
Al-Quran berdekatan dengan kita, apa tindakan kita? Hanya sekadar melihat atau mengambil
dan membacanya? Payah ke nak baca walaupun sepotong ayat? Yang mana kita pilih?
Renungkan…
Apabila diajak ke majlis tazkirah oleh
teman kita, adakah kita hadir ke sana? Atau memilih untuk berehat di bilik saja
dengan menyangka ilmu kita sudah mencukupi? Yang mana kita pilih? Renungkan…
Apabila kawan kita menyakiti hati
kita, apa tindakan kita? Adakah turut membalas dendam dengan menyakiti hatinya
juga atau memaafkan perbuatannya? Yang mana kita pilih? Mengaku bahawa berkawan
dengannya kerana Allah, namun apa yang terjadi? Renungkan...
Apabila kredit handset banyak, siapa
yang kita contact dulu? Ibu bapa? Sahabat? Atau pak we, mak we??? Apa yang kita
msgkan? Mengingatkan tentang Allah atau hanya bergurau senda yang tiada faedah?
Renungkan…
Apabila belajar agama, tetapi tidak
mempraktikkannya. Sebagai contoh, kita tahu kaki adalah aurat wanita, tetapi
kenapa masih tidak menutupnya? Tak takot dosa ke? Nak ke syurga atau ke neraka
dengan mudah? Yang mana kita pilih? Renungkan…
Apabila kita tahu yang Allah telah mengutuskan
Nabi Muhammad dan Al-Quran sebagai pembawa hidayah kita, adakah kita
mengambilnya? Yang mana kita pilih? Tidak cuba mengikuti sunnah Nabi dan tidak
membaca Al-Quran? Renungkan…
Apabila ada ruang waktu yang lapang,
apa yang kita lakukan? Membaca? Tidur? Bersembang ? Sanggupkah menjadi orang
yang lalai di dunia ini? Yang mana kita pilih? Renungkan…
Apabila di dewan peperiksaan, ada
ruang untuk kita meniru. Yang mana kita pilih? Terus meniru atau jujur? Xingat ke
Allah Maha Melihat? Xmalu ke kat Allah? Hmm..renungkanlah…
*********
Pembaca yang dirahmati Allah,
Banyak
lagi yang kita lakukan pada setiap hari. Pernah terfikir tak sama ada yang kita
lakukan selama ini, disukai Allah? Ini ke bukti yang kita cintakan Allah? Seharusnya,
apabila kita menyintai sesuatu kita akan berusaha mendekatinya, melakukan apa
yang dia suka, berkorban apa jua untuk dia yang tersayang dan macam-macam lagi.
Inilah pentingnya mujahadah…memang payah, tapi selepas kita mendapatkannya ia
akan terasa manis sangat-sangat.
Jadi, renunglah sebentar apa yang kita
lakukan setiap hari? Tanya hatimu, benarkah kamu menyintaiNya lebih dari yang
lain sedangkan banyak benda yang kamu tidak sanggup berkorban untuk membuktikan
cintamu. Yakinkah kamu yang Dia adalah cintamu? Nak berterusan macam ni je ke?
Ayuh ! Kuatkan semangatmu ! Lawan dengan
nafsumu… Mari buktikan yang Dia memang benar-benar cintamu. Jangan kita biarkan
ada yang meragui cinta kita kepada-Nya, buktikan kepada semua yang kita
benar-benar menyintai-Nya…katakan pada diri “ Aku amat menyintai-MU lebih dari
yang lain”.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment