Assalamualaikum
w.b.t,
Astaghrirullahal’azim
(3x)
Dalam kehidupan
ini, semua manusia mempunyai masalah yang tersendiri. Setiap masalah pasti ada
penyelesaiannya. Kadang-kadang rasa berat nak menerima ujian dari Allah s.w.t.
Tetapi percayalah kesabaran itu natijahnya cukup membahagiakan.
Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah, ayat 156-157:
“(iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah,
mereka berkata “Inna lillahi wa inna ilahi rajiun” (sesungguhnya kami milik
Allah dan kepada-Nyalah kami kembali). Mereka itulah yang memperoleh ampunan
dan rahmat dari Tuhan-Nya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat
petunjuk.”
Diriku jua mempunyai ujian
dari Allah s.wt. Namun, sejauh mana kita menerima ujian itu dengan sebaik
mungkin.
Satu kesilapan yang telah ku lakukan…
**********
Kebiasannya,
ku selalu memberi tumpuan dalam kuliah…Tapi gara-gara tidak pandai mengawal
memikirkan masalah itu sehingga terbawa-bawa dalam kelas..
Satu masa…
Ustazah
membentangkan tajuk Tafsir pada waktu at-tabi’in..Khusyuk ku menulis nota-nota
ringkas dalam bukuku...
Tiba-tiba..
“Nabilah..cuba
terang kenapa pendapat ke2 menerima tafsir at-tabi’in”, tanya ustazah kepadaku.
Tersentak ku seketika..
Ku memandang ustazah dengan penuh kekeliruan..kelam
kabut membelek nota dalam buku Tafsir Mufasirun.
“Emm..apa soalan ustazah tadi?” tanyaku kembali.
Sungguh ku seperti tidak tahu apa yang ditanya oleh ustazah.
Sahabat di hadapanku menolongku untuk memberi jawapan..katanya..”Ustazah..nabilah
catit jer kat jawapan tue..”
Subhanallah..terpana ku seketika lagi..sambil
bermonolog dalam diri…
“Allah..ada jer ku tulis dalam perenggan nie..kenapa
boleh tak tahu nie..hmm”
“Nabilah..jadi..apa jawapan dia?” tanya ustazah lagi.
Mulutku seolah-olah terkunci..
“Nabilah…ok ke?”, tanya ustazah.
Ku hanya memandang ustazah lalu menundukkan kepala.
Sekali lagi ustazah bertanya, “Nabilah..ok ker?”
Tidak mampu untuk ku menjawab. Ada mutiara yang sedang
memenuhi ruang mataku..sempat lagi ku bermonolog dalam diri, “Jangan
menangis..nabilah..kuat..sabarlah wahai diri..”.
Ketika ustazah bertanya sama ada ku ok ke tak..ku rasa
seperti ingin mengadu masalahku kepadanya, tapi..biarlah Allah yang membantuku.
Rasa malu tidak terhingga..tidak pernah ku sebegitu
sepanjang ku belajar dari Semester 1 hinggalah kini..semester 5.
Akhir kelas..
“Nabilah sihat tak?”, tanya ustazah kepadaku.
“Allah..maafkan Nabilah, ustazah. Nabilah ada masalah
sikit tapi terbawa-bawa hingga ke kelas.”
Ustazah hanya tersenyum dan berlalu.
**********
Petangnya..
Satu mesyuarat MPM (Majlis Perwakilan Mahasiswa) telah
diadakan di Bilik Mesyuarat HEP.
Ku membawa Al-Quran di sisi agar mudah untuk menghafal
surah.
Majlis dimulakan dengan membaca surah Al-Fatihah..
Sebagai setiausaha MPM, ku sudah bersedia untuk
mencatit apa-apa yang berkaitan sepanjang mesyuarat. Pen sudah berada di
tangan..Buku terbentang di hadapanku. Al-Quran di sebelah bukuku.
Tiba-tiba..ada yang memanggil..
“Nabilah…”
“Nabilah…”
“Nabilah…”
Seorang sahabat menyiku tanganku..
“Yer..ada apa?” tanyaku kekeliruan.
“Depa nak pinjam Al-Quran Nabilah untuk tilawah,” kata
Fatin.
“Subhanallah..nah! ambillah..,”kataku.
Malu sangat. Entah bagaimana fikiranku sekali lagi
berada di tempat lain.
**********
Selesai
Solat Maghrib, ku termenung seketika…Allahuakbar..apa yang dah terjadi
kepadaku? Pasti syaitan ketawa melihat situasiku. Kenapa lemah sangat dirimu,
wahai Nabilah?”
Ujian Allah itu tidak pernah memberatkan,
Tidak pula membebankan,
Tika rasa berat untuk memikulnya,
Titisan indah itu telah dikurnia sebagai teman setia,
Mengurangkan rasa,
Menitipkan kata..diri ini..hanyalah hamba-Nya yang
kerdil..yang hina,
Bila ujian menjenguk khabar..ingin singgh bersama,
Apakan daya..hanya Allah yang Maha Mengetahui segala
yang diberikan,
Mungkin inilah tarbiyah dari-Nya..
Mungkin juga sebagai penguji kesabaran..
Bagi secebis keimanan yang ada.
Ku perbaharui niat..membaca ayat-ayat cinta-Nya..
Allah..sungguh tenang…akan ku terima ujian ini dengan
penuh redha. Insyaallah.
Keesokan harinya..
Alhamdulillah…ku mendapat jawapan dari
permasalahanku. Manisnya tidaklah ku dapat ungkapankan, hanya Allah yang tahu. Cukup membahagiakan hati ini. Subhanallah.. Sujud syukur tidak dilupakan.
“Setiap kepahitan, pasti ada kemanisan”
Akhir kalam,
Asif jiddan.
Kisah ini hanyalah berkisarkan kisah hidup ana agar anda semua dapat
pengajarannya. Jangan mudah putus asa dan jangan biar masalah itu membebankan
diri kita. Yakinlah pada janji Allah. Sabarlah tika ujian itu datang menerpa
dirimu. Ingatlah, Allah sentiasa
bersamamu…
Wallahualam.
subhanallah!! indahnya hikmah bersabar, bila hati tertanya2, kita memujuk diri supaya bersabar, hikmahnya hanya Allah saja yg mengetahui... ^_^
ReplyDelete@beyondthetruth
ReplyDeleteAllah..betul tue shbtku..
jzkk selalu menjadi pendgr yg setia buat diri ini..
syg kamu kerana-Nya.
(n_n) senyum sahaja lia mampu ukirkan dan berfikir.. seakan kena dengan diri lia.
ReplyDelete@LeiyaUmairah
ReplyDeletesenyum dengan penuh makna eik lia?
Insyaallah..sama2 pertingkatkan diri..
menjadi hamba yang diredhai Allah..
salam sahabatku sayang..
ReplyDeleteUjian itu datang dari Allah yang akan menyelesaikannya juga adalah Allah.
Tugas kita adalah mohonlah pada Allah agar dipermudahkan bg menghadapi ujian itu..
ini pun adalah pesanan untuk fatin sebenarnya..
salam sayang,
~permata yang dicari~
kisah wahyu dr Allah..salah 1 nya marah.
ReplyDeletenabi disuruh makan apabila keluar dr rumah pd esok hari selepas dtg wahyu dlm mimpi, esok nya nabi keluar nabi nampak bukit hitam yang sangat besar!Allah perintah makan kan?nabi berfikir mcm mana nak makan bukit besar ni?tapi nabi tersedar kenapa nak ingkar perintah Allah?nabi berjalan makin dekat dgn bukit tu, makin kecik bukit tu sampai jadi besar yang boleh dipegang & boleh dimakan.bukit yang hitam & besar tadi nabi makan terasa sangat manis.. :) mlm tu nabi mohon doa beri hikmahnya ape?Allah turunkan wahyu, bukit besar tu adalah marah..apabila kita sabar, sabar, sabar, ia akan jadi manis :) kisah ni panjang lg tp untuk entry marah ni alhamdulilah sy kongsi sedikit sebanyak..
ade 5 perkara lg sebenarnya, 1 marah. 2 amal ibadah. 3 amanah. 4 jgn hampakan harapan org. 5 lari & jauhi pengumpat.