Seorang mukmin meskipun adakalanya ia mewah dan nikmat
di dunia ini, tetapi jika dibandingkan dengan nikmat yang disediakan untuknya
di syurga, maka seolah-olah ia berada dalam penjara, sebab seseorang jika mati
dan diperlihatkan kepadanya tentang syurga dan kemuliaan yang ada di dalamnya,
ia sedar bahawa selama di dunia seolah-olah dalam penjara.
Sedangkan orang yang kafir jika mati dan diperlihatkan
kepadanya hukuman dalam neraka, maka ia merasa bahawa ia tadinya dalam syurga.
Kerana itu seseorang yang berakal tidak akan merasa gembira dalam penjara.
( Abu Laits )
Dunia ini bagaikan ladang Tuhan Rabul a’lamin dan
manusia sebagai tanamannya, sedangkan maut itu sebagai cangkulnya. Dan Malaikat
maut sebagai pengetamnya, dan kubur sebagai lumbungnya, dan kiamat sebagai
lesungnya, syurga atau neraka sebagai tempat pemuasnya, sebahagian dalam syurga
dan sebahagian dalam neraka.
( Yahya bin Mu’adz
Arrazi )
Assalamualaikum wbt..
ReplyDeleteTerima kasih kerana sudi berkongsi..
Teruskan menulis..
Fatin dah seminggu xmenulis..
Baru hari ni post tajuk baru..
Alhamdulillah.. ^_^
salam rindu,
~permata yang dicari~
Waalaikumslm,
ReplyDeletexper..slow2..ada masa post la..
satg law ada msa nbilah bce blog atin..