Nama : Aisyah Binti Abu Bakar As-Siddiq
Gelaran : - Al-Humaira (putih kemerah-merahan)
-
Ummul Mukminin (ibu bagi semua umat Islam)
Tarikh Lahir : Tahun 614 Masihi (6 tahun sebelum
hijrah)
Tempat Lahir : Kota Mekah
Umur ketika wafat : 67 tahun
Tempat wafat : Madinah Al-Munawarah
Tempat dimakamkan : Al-Baqi’
Saidatina
Aisyah adalah belahan jiwa Rasulullah s.a.w di dunia dan di akhirat kelak.
Beliau adalah seorang ahli feqah yang selalu taat kepada Tuhannya. Semasa
Rasulullah s.a.w wafat, setelah sembilan tahun hidup bersama, usianya baru
menginjak sembilan belas tahun. Meskipun demikian, Saidatina Aisyah telah
memenuhi seluruh penjuru dunia dengan ilmu.
Saidatina
Aisyah adalah salah seorang mujtahid yang dikenali dalam sejarah Islam. Seorang
wanita dengan pemahaman tajam akan ajaran-ajaran asas agama (Usuluddin) dan
ilmu-ilmu Al-Quran. Dalam beberapa kes, Saidatina Aisyah menilai pemahaman para
sahabat dan menjadi rujukan dalam memahami amalan Rasulullah s.a.w.
Abu
Musa al-Asy’ari berkata, “ Kami, sahabat-sahabat Rasulullah tidak menemui
kesukaran sama sekali dalam masalah hadis, kemudian ketika kami bertanya kepada
Aisyah dan kami mendapati pengetahuan baru tentang hadis tersebut.”
Sifat-sifat peribadi Saidatina Aisyah :
- Rajin menuntut ilmu
- Cerdik dan pintar
-Sabar, cekal dan tabah
- Berani dan gigih dalam perjuangan
- Taat dan patuh kepada ibubapa dan suami
- Keimanan yang teguh dan kuat beribadat
- Bergiat aktif dalam penyebaran agama dan ilmu Allah
Kisah
hidup Saidatina Aisyah r.a. telah membuktikan bahawa wanita mampu menguasai
bidang keilmuan mengatasi kaum lelaki serta mampu menjadi pendidik kepada para
ilmuan dan pakar-pakar pelbagai bidang. Kehidupan beliau juga menjadi bukti
kemampuan wanita dalam mempengaruhi pandangan masyarakat, baik lelaki mahupun perempuan
serta membekalkan inspirasi dan kepimpinan yang mantap. Wanita yang kaya dengan
pekerti yang tinggi, lemah lembut serta sopan santun ini juga telah membawa
kebahagiaan dan ketenangan hati yang tidak putus kepada suaminya.
Syair Saidatina Aisyah kepada Nabi s.a.w:
Wahai manusia yang tidak sekalipun mengenakan sutera,
Yang tidak pernah sejeda pun,
Membaringkan raga pada empuknya tilam.
Wahai kekasih yang kini telah
meninggalkan dunia,
Ku tahu perutmu tidak pernah
kenyang,
Dengan pulut lembut roti gandum,
Duhai, yang lebih memilih tikar sebagai
alas pembaringan,
Duhai, yang tidak pernah terlelap
sepanjang malam,
Kerana takut sentuhan neraka Sa'ir.
Ayuh..wanita
yang disayangi Allah sekalian,..kita contohi sikap peribadi Saidatina Aisyah
r.a. dalam kehidupan kita. Marilah kita menjadi muslimah yang mencari
redha-Nya.
Wallahualam.
Assalamualaikum . singgah sini ambik maklumat nak buat homework :P hikhik .
ReplyDeleteAssalamualaikum
ReplyDeletemohon copy
terima kasih =)))
Pengorbanan & sumbangan apa ya ?
ReplyDelete