Assalamualaikum w.b.t,
Alhamdulillah,
segala puji buat Tuhan semesta alam. Selawat dan salam buat junjungan Nabi
Muhammad s.a.w serta insan-insan yang meneruskan perjuangan baginda.
Astagfirullahalazim..
Alhamdulillah,
bahagianya diri ini kerana kegelisahan dan keresahan ku selama ini telah
dilepaskan pada hari ini. Hari ni, ku ada ujian QTI kereta. Mungkin bagi orang
lain, itu adalah perkara biasa. Tapi bagi diriku, cukup menggelisahkan.
Ku tersenyum seketika..menyingkap memori lama..
2 tahun lepas…….
**********
“Nabilah..bila anti nak ambik lesen kete?” tanya salah
seorang sahabatku.
“Emm..entahlah..tak kot..ketaq la…tengok la macam mana
nanti..”jawabku.
“Tapi..tak kan sampai besar..nak bergantung kepada
orang?” tanya sahabatku lagi.
“Anti ni..emm..nak risaw apa? Nanti law dah kawin..zauj
ana la yang tolong bawakkan..hehe..” jawabku.
“Nabilah nie..mana boleh macam tue..anti kan nak jadi
pemudi harapan ummah? Nak jadi pendakwah bebas kan? Kan senang law boleh bawa
kete sendiri..”kata sahabtku lagi.
“Emm..tue la..tapi takut la..tengok la. Law ambik pun
sebab dipaksa zauj ana nanti kot..hehe”,jawabku sengaja bergurau dengan
sahabat.
**********
Tahun lepas..waktu akhir sem 3..
“Assalamualaikum..kak..ayah dah daftar nama akak untuk
belajar kete..balik nanti..terus ambik yer?”, kata ayah sewaktu menelefonku.
Terkedu ku buat seketika..
Cepatnya….emmmm…
Risau semakin menjadi-jadi.
Akhirnya..balik jer cuti sem 3..belajar la kete..
Tapi…akibat terlalu sensitif bila kena marah teruk
dengan cikgu yang mengajar kereta..baru 3 jam belajar..dah tak nak pi belajar
lagi..
Allah..teruk betul diri ini.
Jadi…sekarang..balik cuti sem 4..ayah suruh sambung
ambik lesen P la.
Macam-macam yang bermain di fikiran ini.
Namun..cuba berfikir positif..dan teruskan perjuangan
mendapatkan lesen P..^_^
*********
Akhirnya..tadi
ku buat ujian QTI. Mula-mula, risau sangat-sangat. Masa dalam perjalanan ke
tempat ujian, berzikir jer. Allah…takotnya.
Sampai je ku di sana, Cikgu Siva panggil dan buat isyarat naik kete
Viva. Allah..macam mana nie? Selama belajar..bawa Kancil jer..nie nak naik
Viva. Tawakal jer la..
“Ok..start enjin..buka ekon..saya panas..” kata cikgu
Siva.
“Baik..”jawabku ringkas.
Baru start enjin..tiba-tiba..
Termati.
Allah…..
Ku cuba kawal emosi..dan terus menghidupkan enjin
kembali.
Separa perjalanan..mati lagi enjin.
Dalam hati ku berbicara..”Nape pulak nie..selama
belajar ok jer..rasa mcm kete nie lajak jer bila bawa..Allah..bantulah daku..”
Dalam perjalanan..banyak kesalahan yang ku rasa ku
telah buat….
Pertama….enjin asyik mati. (3x gak la^_^)
Kedua..gear tukar salah..entahlah..lain macam jer gear
kete Viva.
Ketiga…terlupa bagi isyarat belok ke kanan..gara-gara
semangat nak belok.
Keempat..stering tak dapat diseimbangkan..(mungkin
ketaq sangat)
Kelima..tak guna gear mengikut kelajuan..
Akhirnya..ku bermonolog dalam diri….”confirm fail
ujian QTI ku….”
Setibanya ku di tempat ujian…ku melihat cikgu Siva
sibuk mengisi borangku.
Ku kuatkan diri bertanya kepada Cikgu Siva…”emm..cikgu..saya
kena ambil lain ke..ujian?
Saya rasa tadi saya tak boleh buat sangat..”
Cikgu Siva masih diam..dan senyum..dan masih mengisi
borang..
Ku tak puas hati..lalu aku bertanya kembali..”Cikgu…saya
kena ambil ujian lagi ker?”
Cikgu Siva masih diam dan senyum sambil menandatangan
borang markahku.
“Cikgu……..emm..saya kena ambik sekali lagi kot..”kataku
kepada Cikgu Siva.
Kemudian, Cikgu Siva memberi ku lihat borang markahku.
Terkejut daku..”ni…berapa nie..ckg?”.
“16/20…”sambil Cikgu Siva senyum dan beredar
meninggalkan daku.
“Terima kasih cikgu…”kataku.
Alhamdulillah…LULUS..walaupun cukup-cukup
makan.hehe..Apapun..ku yakin..Allah dah aturkan apa yang terbaik buatku. Banyak
lagi yang perlu ku perbaiki..
Ahad depan..insyaallah..test JPJ..doakan yer?
Kesimpulan
kisah hari ini..janganlah kita terlalu gelisah. Yakinlah Allah bersama kita.
Then, letakkan semua pergantungan kepada-Nya, insyaallah..hati akan tenang. Yakinkan
diri untuk buat sesuatu perkara. Yang paling penting..ikhlaskan niat.
-tamat-
*kisah ini berkisarkan kehidupan penulis, tidak ada
kena mengena dengan yang lain. Moga ada pengajarannya..maaf andai ada buat anda
geram, terasa atau sbgainya.
Wallahualam.
moga di permudahkan... lia reti bawa kereta tapi xda lesen..heheheee... mak, kak n abg suruh ambil tapi lia tak mahu.. heeee
ReplyDelete@Cik Leiya
ReplyDeletela...untung la..lia pndai bawa kereta.
Ambik la lesen..hehe..insyallah..mudah lagi.hehe..
nabilah akan doakan...
Perasaan saya pun sama jugak dengan awak...hari ni saya ambil QTI dan cukup-cukup dapat 16/20...saya pun masa bawak kancil ok je...lepas tu Qti kena bawak viva....ishhh...kereta tu rasa lain mcm..mcm ishh..saya tersilap letak gear lah...signal bagi lambat dan termati di lebuhraya..aisshhh...tapi alhamdullilah, walaupun cukup-cukup dapat 16/20 saya tetap bersyukur...saya tahu saya buat banyak salah dan cikgu tu pun banyak tegurkan saya, tapi nampaknya itu adalah rezeki saya
DeleteHi, kak.. Thanks sangat sebab sudi kongsi2 pengalaman gitu.. Saya rasa berdebar pula bila baca post kakak. Saya pun tak tahu apa2 juga kalau pasal bab memandu ni. 21 Feb , saya akan ambil ujian QTI. As you said before, trust in God. I hope I'll pass the test. Thanks ><
ReplyDeleteAlhamdulillah.. saya baru ambil tadi dan gagal.. tapi masih sabar lagi.. :p
ReplyDeletebaru ujian sikit dari Allah kan?
http://itsaiuniversal.blogspot.com/2013/02/sabar-itu-umpama-sinar-matahari.html
Hi! emmm.. It's safe to say that I've passed my QTI test. Thank you so much for helping me out with your experience! :)
ReplyDeleteCheck out my blog ^^
http://solidarity95.blogspot.com/