Tautan Ukhwah

Saturday, July 14, 2012

Bahagia Setelah Menghadapi UJian Allah

                                                                         

Assalamualaikum w.b.t,

Astaghrirullahal’azim (3x)

          Dalam kehidupan ini, semua manusia mempunyai masalah yang tersendiri. Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Kadang-kadang rasa berat nak menerima ujian dari Allah s.w.t. Tetapi percayalah kesabaran itu natijahnya cukup membahagiakan.

Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah, ayat 156-157:

“(iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata “Inna lillahi wa inna ilahi rajiun” (sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali). Mereka itulah yang memperoleh ampunan dan rahmat dari Tuhan-Nya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.”

Diriku jua mempunyai ujian dari Allah s.wt. Namun, sejauh mana kita menerima ujian itu dengan sebaik mungkin.
Satu kesilapan yang telah ku lakukan…
**********
          Kebiasannya, ku selalu memberi tumpuan dalam kuliah…Tapi gara-gara tidak pandai mengawal memikirkan masalah itu sehingga terbawa-bawa dalam kelas..

Satu masa…

          Ustazah membentangkan tajuk Tafsir pada waktu at-tabi’in..Khusyuk ku menulis nota-nota ringkas dalam bukuku...

Tiba-tiba..
          “Nabilah..cuba terang kenapa pendapat ke2 menerima tafsir at-tabi’in”, tanya ustazah kepadaku.

Tersentak ku seketika..

Ku memandang ustazah dengan penuh kekeliruan..kelam kabut membelek nota dalam buku Tafsir Mufasirun.

“Emm..apa soalan ustazah tadi?” tanyaku kembali. Sungguh ku seperti tidak tahu apa yang ditanya oleh ustazah.

Sahabat di hadapanku menolongku untuk memberi jawapan..katanya..”Ustazah..nabilah catit jer kat jawapan tue..”

Subhanallah..terpana ku seketika lagi..sambil bermonolog dalam diri…

“Allah..ada jer ku tulis dalam perenggan nie..kenapa boleh tak tahu nie..hmm”

“Nabilah..jadi..apa jawapan dia?” tanya ustazah lagi.

Mulutku seolah-olah terkunci..

“Nabilah…ok ke?”, tanya ustazah.

Ku hanya memandang ustazah lalu menundukkan kepala.

Sekali lagi ustazah bertanya, “Nabilah..ok ker?”

Tidak mampu untuk ku menjawab. Ada mutiara yang sedang memenuhi ruang mataku..sempat lagi ku bermonolog dalam diri, “Jangan menangis..nabilah..kuat..sabarlah wahai diri..”.

Ketika ustazah bertanya sama ada ku ok ke tak..ku rasa seperti ingin mengadu masalahku kepadanya, tapi..biarlah Allah yang membantuku.

Rasa malu tidak terhingga..tidak pernah ku sebegitu sepanjang ku belajar dari Semester 1 hinggalah kini..semester 5.

Akhir kelas..

“Nabilah sihat tak?”, tanya ustazah kepadaku.

“Allah..maafkan Nabilah, ustazah. Nabilah ada masalah sikit tapi terbawa-bawa hingga ke kelas.”

Ustazah hanya tersenyum dan berlalu.

**********
Petangnya..

Satu mesyuarat MPM (Majlis Perwakilan Mahasiswa) telah diadakan di Bilik Mesyuarat HEP.

Ku membawa Al-Quran di sisi agar mudah untuk menghafal surah.

Majlis dimulakan dengan membaca surah Al-Fatihah..

Sebagai setiausaha MPM, ku sudah bersedia untuk mencatit apa-apa yang berkaitan sepanjang mesyuarat. Pen sudah berada di tangan..Buku terbentang di hadapanku. Al-Quran di sebelah bukuku.
                            
Tiba-tiba..ada yang memanggil..

“Nabilah…”

“Nabilah…”

“Nabilah…”

Seorang sahabat menyiku tanganku..

“Yer..ada apa?” tanyaku kekeliruan.

“Depa nak pinjam Al-Quran Nabilah untuk tilawah,” kata Fatin.

“Subhanallah..nah! ambillah..,”kataku.

Malu sangat. Entah bagaimana fikiranku sekali lagi berada di tempat lain.

**********
          Selesai Solat Maghrib, ku termenung seketika…Allahuakbar..apa yang dah terjadi kepadaku? Pasti syaitan ketawa melihat situasiku. Kenapa lemah sangat dirimu, wahai Nabilah?”

Ujian Allah itu tidak pernah memberatkan,
Tidak pula membebankan,
Tika rasa berat untuk memikulnya,
Titisan indah itu telah dikurnia sebagai teman setia,
Mengurangkan rasa,
Menitipkan kata..diri ini..hanyalah hamba-Nya yang kerdil..yang hina,
Bila ujian menjenguk khabar..ingin singgh bersama,
Apakan daya..hanya Allah yang Maha Mengetahui segala yang diberikan,
Mungkin inilah tarbiyah dari-Nya..
Mungkin juga sebagai penguji kesabaran..
Bagi secebis keimanan yang ada.

Ku perbaharui niat..membaca ayat-ayat cinta-Nya..

Allah..sungguh tenang…akan ku terima ujian ini dengan penuh redha. Insyaallah.

Keesokan harinya..

          Alhamdulillah…ku mendapat jawapan dari permasalahanku. Manisnya tidaklah ku dapat ungkapankan, hanya Allah yang tahu. Cukup membahagiakan hati ini. Subhanallah.. Sujud syukur tidak dilupakan.

“Setiap kepahitan, pasti ada kemanisan”

Akhir kalam,
          Asif jiddan. Kisah ini hanyalah berkisarkan kisah hidup ana agar anda semua dapat pengajarannya. Jangan mudah putus asa dan jangan biar masalah itu membebankan diri kita. Yakinlah pada janji Allah. Sabarlah tika ujian itu datang menerpa dirimu.  Ingatlah, Allah sentiasa bersamamu…

Wallahualam.

Monday, July 9, 2012

Nasihat Untuk Hati Yang Gusar & Gundah

                                                                               

“Dalam jantung hati ada keserabutan yang tidak dapat dibersihkan melainkan dengan mengadap Allah,

padanya ada kesunyian yang tidak dapat dihilangkan melainkan perdampingan dengan Allah,

padanya ada dukacita yang tidak dapat ditanggalkan kecuali dengan kegembiraan mengenali Allah,

dan ketulusan berhubungan denganNya,

 padanya ada kegusaran yang tidak ditenangkan melainkan bersama Allah,

dan kembali kepadaNya, 

padanya ada api kedukaan yang tidak dapat dipadamkan melainkan redha dengan perintah, larangan dan ketentuan Allah,

menghayati kesabaran sehingga bertemuNya,

padanya ada kefakiran yang tidak dapat ditampung melainkan dengan cinta dan penyerahan diri kepada Allah,

sentiasa mengingatiNya,

 keikhlasan yang benar kepadaNya”.


(Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyah)