Tautan Ukhwah

Showing posts with label SEKEPING HATI. Show all posts
Showing posts with label SEKEPING HATI. Show all posts

Saturday, October 3, 2015

Hati Yang Sakit


Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum w.b.t,

          Alhamdulillah, syukur padaNya saat ini kita terasa ingin melakukan sesuatu yang mendekatkan diri kita kepadaNya. Saya yakin, kalian yang sedang membaca blog ini juga sedang mengharapkan sesuatu yang boleh mengingatiNya. Moga Allah redha dengan usaha kita ini.

          Saya ingin berkongsi sedikit hasil pembacaan saya tadi tentang Hati Yang Sakit dari buku yang berjudul PENYAKIT ROHANI & RAWATANNYA, Ibnu Qayyim Al-Jayziyyah.

          Jujur saya katakan, saya begitu tersentuh dengan tajuk ini. Sebelum ini, saya pernah berkongsi tentang hati yang sakit dan mati. Cuma, berkenaan hati yang sakit ini amatlah perlu dititikberatkan. Suka saya cakapkan bahawa perkongsian saya sebenarnya lebih kepada peringatan untuk diri sendiri. Namun, moga-moga dengan perkongsian ini kita sama-sama dapat memperbaiki diri.

          Hati yang sakit ini adalah hati yang mempunyai dua aspek dalam kehidupannya. Pertama, di dalam hati tersebut terdapat cinta kepada Allah, melakukan kebaikan dan semuanya kerana Allah. Kedua, di dalam hati tersebut dalam masa yang sama terdapat cinta kepada syahawat, sombong, iri hati dan lain-lain lagi. Pendek kata, Allah berada di belakang baginya.

          Ini bermakna, hati yang sakit ini selalu diuji dengan dua tarikan. Tarikan kepada Allah dan tarikan kepada dunia semata-mata. Orang ini akan mengikut tarikan yang mana lebih dekat dengan pintunya.

          Hakikatnya, hati yang sakit ini terkadang lebih dekat kepada hati yang sihat dan kadangkala lebih dekat kepada hati yang mati. Apa yang merisaukan kita adalah hati yang sakit ini jika penyakitnya sangat berpengaruh dalam hatinya, maka ia akan menjadi hati yang keras dan mati. Sebaliknya, jika dia berpengaruh sihat, maka akan sama dengan hati yang sihat.

          Hati yang sakit dan mati tidak henti-hentii ragu-ragu kerana pengaruh syaitan manakala hati yang sihat, apa sahaja yang dihembuskan syaitan, maka tidak membahayakan dirinya.

Astaghfirullah…astaghfirullah…astaghfirullah.

Mata terpejam, hati rasa ingin menagis tatkala ini. Muhasabah sebentar, apa kondisi hati ini sekarang?

Sakitkah ia?

Jika benar sakit, harus diRAWAT segera agar tidak melarat dan mati.

Jom terus melangkah ke arahNya dan sentiasa yakin dengan janji Allah. Kembali bertaubat itu bukan satu kemunduran, tetapi satu kemajuan.


Wallahualam.

Wednesday, April 22, 2015

Pukulan Ombak Hati



Saat ini…hati berombak kuat. Mampu menenggelamkan kapal layar yang megah belegar di lautan. Mampu menjauhkan aku denganNya. Puas ku tenangkan ia. Namun, ia keras berdegil.

Apa yang harus ku lakukan lagi?

Lembaran ayat-ayatNya ditenung hingga pecah takungan air mata yang dihempas kuat oleh hatiku yang berombak ini. Tenang sekejap hati yang berombak ini. Deruan bunyinya cukup indah seolah mengkhabarkan padaku “Aku tenang bersama ayat-ayatNya”.

Senyuman terukir.

Aku menyangkakan hati ini terus damai. Rupanya, sangkaan aku melesit.
Pukulan ombak hati semakin sukar dikawal. Aku sakit. Sakit dan terus sakit dipukul badai.

Aku menangis dan mengadu padaNya. Malunya aku. Setiap malam, Allah menantiku untuk mengadu padaNya. Bersendirian bersamaNya. Aku? Jarang-jarang menyahut seruan itu.
Hinggakan pukulan badai makin mengganas, aku tidak tahan lagi. Malam yang sebelum ni dirasakan indah dibuai mimpi, menjadi masam seolah buah yang dimakan ulat.

Aku sahut seruan itu. Aku tidak tahan lagi dengan pukulan badai ini. Aku bangun dari tidur yang nyenyak untuk bersendirian bersamaNya, mengadu padaNya….

Sujudku…….

Ya Allah………….



Aku terkesima. Pukulan ombak tadi semakin berkurang. Malah seolah akan berhenti. Damai terasa. Satu kekuatan hadir.

Ujian yang kita hadapi tidaklah sehebat para nabi dan sahabat dahulu rasakan. Aku ingin mempunyai SABAR seperti mereka.

Pukulan badai tidaklah terus pergi. Kadang-kadang ia menghinggap jua. Namun, apa persediaan aku?

Kini, andai pukulan ombak hati hadir menjenguk lagi…aku mampu tersenyum. Kerana aku yakin Allah tahu aku mampu. Bukankah Allah sudah berfirman dalam surah Al-Baqarah, ayat 286:

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..”.

Kini, aku juga tahu cuba menenangkan pukulan ombak badai ini. Ya! Dengan mengingatiNya, hati akan menjadi tenang.

“hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram.”
(Surah Ar-Ra’d, ayat 28)


Ya Allah…
Ampunilah semua dosa-dosaku…dan tuntunilah langkahku ini.

Malu aku dengan para Anbiya’ dahulu, doa mereka..didahulukan dengan mengakui keinsafan diri, mengakui kesilapan diri. Kita?

Kebiasaannya terus…

”Ya Allah..berilah aku…”

“Ya Allah..aku ingin cemerlang…bantulah aku..”

Bila kita nak merendah diri dengan Allah dulu dan kemudian baru meminta?

Astaghfirullah..astaghfirullah..astaghfirullah.

Pernah dulu, aku mendengar ceramah yang betul-betul menyentap hati. Kata ustaz, kita selalu rasa kita sangat-sangat perlukan pertolongan Allah, kekuatan dari Allah. Tapi benarkah kita bersungguh-sungguh atau hanya main-main?

Bukti kita main-main rasa macam  tu..

Dalam sehari, ada buat solat hajat tak minta kekuatan, pertolongan dari Allah?
Bangun malam tak mengadu padaNya, bersungguh-sungguh doa mengadu padaNya? Atau lebih memilih untuk terus lena?

Allahurabbi….

Tengok…betapa kita tidak bersungguh untuk meminta PERTOLONGAN itu?

Aku masih teringat kata-kata seorang Ustaz,

“kenapa kita susah nak bangun malam?”
“Sebab…SYURGA nampak jauh..”
“Sahabat dulu, SYURGA nampak dekat, sebab tu mudah nak jihad, bangun malam..sebab tak sabar nak jumpa Allah, Rasulullah..”

Astaghfirullah…Astaghfirullah…kita di mana? Benarkah Syurga nampak jauh?

Wahai hati yang tenang bersamaNya,

          Ayuh kita, persiapkan langkah menujuNya. Kembali bertaubat. Masih ada masa. Perkemaskan benteng untuk menghadapi PUKULAN OMBAK HATI yang menjauhkan kita daripadaNya. Jangan biar, kita tenggelam dan hanyut. Terus mara melangkah ke arahNya.

Wallahualam.


Tuesday, March 24, 2015

Hati Yang MATI

Bismillahirrahmanirrahim…

Apa khabar imanmu? Jawablah sejenak dalam benakmu.


Apa khabar hatimu? Masihkah elok seperti dipinjamkan kepada kita pada awal dahulu? 

Tahukan kalian, bila-bila masa tuannya akan mengambil balik daripada kita? Sudahkah kita bersedia? Allahurabbi…

Tahukah anda?
Hati yang tidak ada kehidupan di dalamnya adalah Hati yang MATI.

Ciri-ciri hati MATI:

-      Tidak mengenal Allah.
-      Tidak menyembah Allah.
-      Tidak mencintai Allah.
-      Tidak redha pada Allah.
-      Hidup di antara syahwat dan kelazatannya.

Hati Mati & Hawa Nafsu

Jika dia mencintai seseorang, dia mencintainya kerana HAWA NAFSU.

Jika dia marah, marahnya kerana HAWA NAFSUnya.

Hawa nafsunya adalah pemimpinnya, mabuk bersama hawa nafsu ini.

Hawa nafsunya membuat dia tuli dan buta selain kebatilan.


Duhai hati yang ingin kembali padaNya,

          Ayuh, banyakkan zikrullah agar sentiasa mengingatiNya. Meninggalkan zikrullah adalah punca awal kematian hati. Hatinya akan menjadi keras sehingga tidak boleh menerima nasihat dan agama. Nauzubillah.

Firman Allah s.w.t dalam Surah Ar-Ra’d, ayat 28:

“(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenteram.”


Wallahualam.





Thursday, January 16, 2014

Dua Rumah Pada Hati



                                                           


Bismillahirrahmanirrahim..

Rasulullah s.a.w bersabda:

Allah membina dua rumah pada hati seorang manusia. Satu rumah diduduki oleh malaikat
 dan satu rumah lagi diduduki oleh syaitan. Malaikat menasihati dia untuk berbuat
kebaikan manakala syaitan akan menggodanya untuk berbuat kejahatan. Apabila manusia itu mengingati Allah, syaitan akan pergi dan manakala apabila dia lupakan Allah, syaitan akan merapati dia dan berbisik dengan dahsyat sekali untuk berbuat kejahatan.

(HR Abu Ya’la daripada Anas Bin Malik r.a)

Assalamualaikum w.b.t,

          Apa khabar iman pembaca blog Rintihan HambaMu? Renung sebentar, ketuk hati.
          Tatkala membaca hadis di atas, apa yang kamu rasa? Terasakah kamu?

Jika tanya pendapatku, ya, hatiku diketuk bertubi-tubi. Ayat yang paling ku terkesan..” Apabila manusia itu mengingati Allah, syaitan akan pergi dan manakala apabila dia lupakan Allah, syaitan akan merapati dia dan berbisik dengan dahsyat sekali untuk berbuat kejahatan.”

Allah..Allah…Allah….

          Jariku laju mengorak langkahnya sambil diiringi nasyid yang berjudul “Mengemis kasih” oleh Raihan. Apakah perasaan ini? Sebak..sedih..sayu..pilu.

          Monologku dalam diri, “Hatiku bagaimana? Allahurabbi…”.

Pembaca yang mengharapkan kasih Allah,

          Adakah setiap waktu, kita sentiasa mengingati Allah? Adakah ketika membaca buku, hadir Allah dalam hati? Lantas, bagaimana boleh rasa jemu? 

Adakah ia bisikan syaitan yang telah menawan hati?

Tatkala terasa dengan sahabat, bisikan mana yang paling kuat? 

Tatkala ditimpa ujian, apa kata hati kita? 

          Astaghfirullah..

          Rupanya kita semua sudah tertipu dengan syaitan yang licik. Syaitan sering buat kita tertewas dengannya ketikamana kita tidak mengingati Allah.

Ayuh..suburkan hati dengan mengingati Allah. Andai terlalai, moga istighfar menjadi pengubatnya.

Wallahualam.


                        


Saturday, December 28, 2013

Hati Mukmin

                                                                             

Assalamualaikum w.b.t,

Apa khabar imanmu?

Di sini, Nabilah nak share lirik lagu nasyid yang amat menyentuh hati sanubari ini. 

Setiap kali mendengar nasyid ini..

Rasa sebak..sayu,,pilu…

Moga kalian juga dapat manfaatnya. Nabilah pun tak pasti siapa penasyidnya sebab kata pengirim lagu ni, ini lagu lama. Kemudian, Nabilah nak mintak maaf tak boleh nk upload nasyid ni sebab masalah internet. Tapi siapa yang nak, boleh pm Nabilah kat fb ye? Apa-apapun, terima kasih buat si dia yang berkongsi nasyid ini denganku. Moga Allah merahmatimu. 

Jom hayati…
   
                                       


HATI MUKMIN

Mengalirlah air mata mukmin
Atau mengalir air mata hatinya
Bila mengingati Tuhan-Nya…

Malunya hati mukmin
Bila mengenangkan
Rahim dan Rahman Tuhan…

Remuk redam hatinya bila teringat
Qahar dan jabbar-Nya
Resah gelisah jiwanya
Melakukan dosa
Sedih hatinya lalai dengan Tuhan-Nya…

Kemudian sedar semula
Tidak tentu rasa hatinya
Bila berbuat kesalahan dan kesilapan

Hati mukmin tidak pernah tenang
Dengan Tuhan-Nya
Tenang dengan dunia-Nya
Jiwa bergelombang dengan Tuhan-Nya
Bagaikan lautan tak pernah tenang

Kalau bukan kerna kewajipan
Tentu mereka bersendirian
Membawa diri berkelana bersama Tuhan.