Assalamualaikum,
Alhamdulillah
bersyukur terhadap Illahi kerana dengan limpah rahmatNya dapat juga ku menulis
kalam diblogku ini. Semalam, selepas solat Maghrib, ku melihat ibuku sedang menegur adik bongsuku, Syahmi yang tengah solat Maghrib. Ada perkara makruh yang dilakukannya dalam
solat. Namun, walapupun adikku baru berusia 9 tahun, ibuku tetap memberitahunya
tentang perkara-perkara makruh dalam solat supaya dia tidak mengulangi solat
tergesa-gesa kerana lapar.
Para pembaca sekalian,
Solat
yang sempurna bukan sekadar solat yang terbina syarat dan segala rukunnya,
bukan sekadar dihayati segala sunatnya, namun ia juga terpelihara daripada
perkara-perkara yang makruh dan perkara-perkara yang membatalkan solat.
Makruh ialah
perkara-perkara yang tidak disukai oleh Allah. Ia tidaklah sampai berdosa
tetapi hanya Allah tidak suka. Kalau Allah tidak suka perkara-perkara tersebut,
maka apa yang patut kita semua lakukan?
Jawapannya
eloklah kita tinggalkan perkara-perkara tersebut. Mari kita lihat
perkara-perkara yang makruh dilakukan dalam solat :
1- Berpaling ke kiri atau ke kanan.
2- Memandang ke atas ( mendongak )
3- Berdiri sebelah kaki.
4- Berludah ke hadapan atau ke kanan.
5- Berlebih-lebihan membongkok atau menundukkan kepala
ketika rukuk.
6- Bercekak pinggang.
7- Menahan buang air ( hadas kecil ) ketika solat.
8- Memejamkan mata.
9- Menutup mulut rapat-rapat.
10- Memberi isyarat dengan tangan kecuali menunjuk ketika membaca tahiyyat.
11- Membiarkan rambut ( bg lelaki ) dan pakaian yang
kusut-masai, tidak teratur.
12- Menyapu tempat sujud kecuali sangat terpaksa.
13- Membuka mulut lebar-lebar ketika menguap.
14- Menahan lapar.
15- Bangun untuk melakukan solat sunat ketika bilal
mula melaungkan iqamah.
Rasulullah s.a.w bersabda:
“ Jika iqamat telah didirikan, maka tidak ada solat
sunat, kecuali solat wajib.”
( Riwayat Muslim )
Konklusinya,
marilah kita sama-sama hindari perkara makruh ketika dalam solat agar lebih
mendapat keberkatan dariNya.
Pergi ke pasar membeli ikan,
Membeli ikan janganlah malu,
Solat selalu janganlah ditinggalkan,
Supaya Allah berkati selalu.
Wallahualam.
ohh.. toleh kiri kanan makruh ja ka? aku ingat klu tgk kiri kanan yg makruh.. klu gerak kepala batal solat terus
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteassalamualaikum..
ReplyDeletemaaf buat pembaca keliru..
sebnrnya mcm nie..
selagi mana dada tidak beralih dari arah qiblat dan tidak melebihi 3 kali, ia masih makruh.
jika beralih dr qiblat dan lebih lebih 3 kali, maka batal..
moga dgn jwpn ini, lebih buat kita jelas tentang masalah ini..
syukran atas pertanyaaan..
^_^