Tautan Ukhwah

Tuesday, November 1, 2011

Dunia adalah Persinggahan

                                                                   

Kata Yusuf Al-Qardawi,

Orang yang beriman akan mengetahui rahsia kejadian alam, kerana dalam hatinya selalu tersembunyi pertanyaan-pertanyaan yang meminta jawapan, pertanyaan tersebut iaitu :

Alam ini apa?

Manusia itu siapa?

Dari mana keduanya datang?

Siapa yang menciptakan keduanya?

Kemana tujuan keduanya?

Bagaimana permulaan terjadi keduanya?

Siapa yang mengatur gerak keduanya?

Apa erti hidup ini?

Apa erti kematian itu?

Bagaimana keadaan masa yang akan datang yang sedang menunggu kita?

**********

Tujuan yang sebenar dalam menciptakan langit dan bumi ini, dirasakan oleh fitrah dan akal orang yang beriman, iaitu bahawa manusia dalam alam ini mempunyai tugas dan tanggungjawab, dan di sebalik hidup yang fana dan penuh cubaan ini ada lagi kehidupan yang lain. Itulah tujuan hidup manusia.

Di situ orang yang berbuat kebaikan, menerima balasan yang baik. Dan sebaliknya orang yang melakukan kesalahan, akan menerima balasan yang buruk, sehingga akan nyata dan berbeza orang baik dengan yang buruk. Kedua orang itu tiada sama. 

( Yusuf Al-Qardawi )

No comments:

Post a Comment