Tautan Ukhwah

Sunday, October 30, 2011

Al-Malik- Maha Memerintah

                                                                   

Assalamualaikum w.b.t,

Al-Malik ( Maha Memerintah ) - Yang Maha Mengatur kerajaan-Nya mengikut kehendak-Nya. Dialah raja daripada segala raja-raja yang memiliki dan menguasai seluruh alam ini, dunia dan akhirat. Dialah yang berkuasa meminjamkan kekuasaan itu kepada sesiapa, dan Dialah juga yang mencabut kekuasaan tersebut daripada sesiapapun mengikut kehendak-Nya.

Pembaca yang dihormati,

          Ramai antara kita mengakui bahawa Allah adalah raja atas semua makhluk di muka bumi ini. Namun, bagaimana hubungan kita dengan Allah, Sang Raja itu? Berapa kerap kalikah kita menyapa Allah sebagai Raja yang Maha Kuasa, yang patut menerima hormat dan sembah? Atau kita memperlakukan Allah hanya sebagai sahabat yang kita harapkan memaklumi segala kekurangan kita?

Firman Allah Taala, dalam Surah Al-Mu’minun, ayat 116 :

n?»yètGsù ª!$# à7Î=yJø9$# ,ysø9$# ( Iw tm»s9Î) žwÎ) uqèd >u ĸöyèø9$# ÉOƒÌx6ø9$# ÇÊÊÏÈ

Maksudnya : “ Maka Maha Tinggi Allah, raja yang sebenarnya, tidak ada Tuhan selain Dia, Tuhan ( yang mempunyai ) Arasy yang mulia.”
         
Dewasa ini, banyak manusia yang menjadi hamba kepada hawa nafsu, iblis dan syaitan. Jadi, fikir-fikirkanlah siapakah Raja kita? Allah? Iblis? Syaitan? Jika dikatakan Allah, kenapa kita menjadi hamba kepada iblis? Berterusan melakukan maksiat, mendedahkan aurat, sombong dan takabbur?

Renungkanlah..Marilah muhasabah diri..nak jadi hamba kepada siapa? Moga-moga kita sentiasa menjadi perindu syurga. Wassalam.

Saturday, October 29, 2011

Ubati Kesedihan Dengan Mengingati-Nya.

                                                             

Assalamualaikum w.b.t,

          Segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam. Semoga selawat dan salam terlimpahkan kepada Nabi Muhammad saw, keluarga, sahabat dan seluruh orang yang memperjuangkan syariatnya sampai hari kiamat. Amin ya ilahal’alamin.

          Hari ini terasa mendung dalam hidupku. Hari ini, ku perlu menjalani latihan kereta selama 3 jam di tempat yang telah ditentukan. Seawal jam 9, ku telah ada di sana. Namun, cikgu yang perlu mengajarku belum muncul jua. Hatiku semakin gelisah. Jika diikutkan nafsu, mahu saja ku berfikir suudzon ( berprasangka buruk ) terhadap cikgu itu, namun setelah istighfar, ku mula berfikir husnuzon terhadapnya.

          Setelah 20 minit kemudian, cikgu itu muncul. Ku diarahkan menunggu di bawah pondok berhampiran dengan tempat belajar. Ku lihat ada seorang makcik di situ lantas ku memberi salam dan melemparkan senyuman yang manis terhadapnya. Semasa berbicara, baru ku tahu yang murid memandu yang perlu diajar oleh cikguku pada hari ini adalah seramai 4 orang. Masya Allah, terkejut ku dibuatnya.

          Seperti yang ku sangkakan, ku belajar hanya 45 minit pada hari ini, padahal masa yang sepatutnya adalah 3 jam. Maklum la, murid memandu ramai, jadi perlu bergilir-gilir. Sebelum mengajarku, cikgu telah memarahi makcik tadi atas sebab kesilapan yang banyak sewaktu parking. Makanya, apabila giliran ku tiba, perasaan marahnya telah ditempiaskan kepadaku.

          Apabila asyik dimarahi, maka perasaanku sudah menjadi lain. Cuba ku senyum sewaktu memandu, tetapi terasa ada air yang bertakung di kelopak mataku. Ku tahan seadanya. Tidak ingin dilihat menangis di mata orang lain. Cuba berfikir positif dalam diri.

          Tepat jam 12 tengahari, ku dibenarkan pulang. Tidak sabar lagi untuk menangis sepuasnya. Melihat ramai orang di sana, ku masih melemparkan senyuman buat mereka. Adikku, Firdaus datang mengambilku dan bertanya keadaan belajar tadi. Ku ceritakan kepadanya apa yang ku masih mampu bercerita. Tahan sebak di dada.

          Apabila sampai ke kamarku, tiba-tiba ada air yang menitis di pipiku. Ku cuba tahan ia, namun tak berdaya. Semakin lama, semakin deras. Ku cuba baring dan ingin lelapkan mata, namun tangisku semakin kuat..Allahuakbar!!! Jari-jemariku tetap cuba menghapuskan setiap air mata yang jatuh. Ku masih tidak boleh lelapkan mata. Akhirnya, ku bangun dan bersandar di dinding dan mengucap. Kalimat La ilaha illallah dan Astaghfirullah berterusan menjadi kalimat yang setia di bibirku dan hatiku. Alhamdulillah, ku semakin tenang.

          Kali ke 2, ku cuba melelapkan mata, namun gagal. Air mataku masih berguguran atas pipiku. Allahuakbar..kenapa jadi macam ini? Kenapa lemahnya iman ini? Tiba-tiba telefonku bordering, Terpapar di skrin telefon, nama Ayah. Ku cuba menjawabnya dengan baik agar ayah tidak tahu ku menangis. Ku ceritakan semuanya kepada ayah kerana ayah ingin membuat tindakan dan laporan tentang  masa yang tidak ditepati oleh cikgu tersebut.

Selepas 10 minit kemudian, sekali lagi telefonku berdering dan terpapar nama Mak. Mak menanyakan kepadaku tentang waktu memandu tadi. Ku cuba rahsiakan kegundahan hati ini. Namun naluri seorang ibu memang kuat, ku tidak dapat menyembunyikan kegundahan hati ini terhadap mak. Mak lebih mengetahui sikapku dariku, anak yang di jaganya semenjak kecil dan sudah boleh baca sikap dan fikiranku.

Ku masih bersedih dan air mata ini seolah-olah tidak mahu berhenti menitis. Akhirnya ku lihat jam telah menunjukkan pukul 1.00 tengahari. Tidak lama lagi, akan masuknya waktu Zohor. Jadi, ku terus membersihkan diri dan solat. Selesai solat, ku capai Al-Quran yang berdekatan denganku.
                                          

Anehnya hati ini. Ku rasa sungguh tenang setelah solat dan membaca Al-Quran. Allahuakbar…Inilah ketenangan yang sebenarnya. Ku tersenyum sendiri dek terfikirkan kejadian selepas belajar memandu. Lemahnya imanku ketika itu. Namun, ku bangkit dari kesedihan itu dengan mendekatkan diri kepada-Nya. Ku terfikir, siapakah yang ku cari ketika waktu sedih?  

Firman Allah Taala yang bermaksud:

“ Dan jika Allah menimpakan sesuatu kemudaratan kepadamu maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. Dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu maka tidak ada yang dapat menolak kurniaan-Nya. Dia memberikan kebaikan itu kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang ”.
( Surah Yunus : Ayat 107 )

          Ku pujuk hati ini dengan mengatakan ‘ kau adalah insan terpilih untuk menerima ujian ini, seharusnya kau berbangga kerana banyak manusia dalam dunia ini, namun Allah memilihmu untuk tempuhi dugaan ini. Mungkin Allah nak kau lebih dekat kepada-Nya. Wahai diri, bila hati berjuang kerana Allah, dugaan itu tempat bersinggah, keperitan ditelan sebagai juadah, andai ditakdirkan rebah, hati tetap redha kerana Allah..”.

          Akhir kalam, ku harap kisah ini, dapat memberi manfaat kepada semua. Moga kita tabah dan mujahadah menempuh tiap lurah, tiap agenda-Nya mempunyai hikmah, agar hati disinggah indahnya kasih Allah. Maaf dipinta andai ada kesilapan sewaktu menulis, teguran amatlah dialu-alukan kerana ku hanyalah hamba Allah yang hina dan penuh kesilapan.

Wassalam.

Tuesday, October 25, 2011

Perahu Di Lautan Dalam - Taqwa Kepada Allah

                                                                   

“ Dunia ini adalah lautan yang dalam dan telah banyak manusia yang tenggelam di dalamnya, oleh kerana itu sediakanlah perahu untuk belayar di atasnya, perahu tersebut ialah taqwa kepada Allah.”
( Lukman Al-Hakim )

                                                   

Assalamualaikum w.b.t,

          Segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi ya Rabbi. Selawat dan salam kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w yang telah membimbing umat manusia ke jalan yang benar dalam mencari keredhaan Allah s.w.t.

Sahabat yang dirahmati Allah sekalian,

          Bila disebut taqwa, ramai yang menterjemahkan ia sebagai takutkan Tuhan. Ini tidak betul kerana taqwa bukan bererti takut. Taqwa pada Tuhan bukan bermaksud takutkan Tuhan. Takut kepada Tuhan hanyalah satu daripada sifat mahmudah yang terangkum dalam sifat taqwa tetapi ia bukan taqwa. Takut dalam bahasa Arab ialah khauf/khasya.

          Taqwa berasal dari perkataan waqa-yaqi-wiqoyah yang bererti memelihara. Hujahnya ialah ayat Al-Quran seperti berikut :

$pkšr'¯»tƒ tûïÏ%©!$# (#qãZtB#uä (#þqè% ö/ä3|¡àÿRr& ö/ä3Î=÷dr&ur #Y$tR

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu memelihara diri kamu dan keluarga kamu dari api Neraka.
( Surah At-Tahrim : 6 )
         
          Taqwa atau wiqayah telah disalahertikan. Maksudnya telah disempitkan. Sebenarnya ia adalah lebih luas dan global. Ia adalah gudang mahmudah dan merupakan himpunan segala sifat-sifat mahmudah. Di situ ada sabar, redha, pemaaf, pemurah, kasih sayang dan sebagainya. Seluruh sifat mahmudah inilah taqwa yang membawa keselamatan dunia dan akhirat. Oleh yang demikian, kalau dikatakan ittaqullah, maknanya yang sebenar ialah ‘ hendaklah kamu mengambil Allah sebagai pemelihara’.

Ciri-ciri orang yang bertaqwa:

Qs Ali Imron ( 3 ) : 133-136

1- Istiqamah dalam berbuat kebaikan.

2- Mampu mengendalikan emosi.

3- Memiliki jiwa pemaaf.

4- Suka berbuat kebaikan.

5- Segera bertaubat ketika berbuat kesalahan. Qs Azzumar : 53

6- Beriman kepada masalah yang ghaib.

7- Mendirikan solat.

8- Memiliki kepekaan sosial.

9- Orang yang mengimani kitab-kitab yang Allah turunkan.

10- Mereka yakin pada kehidupan akhirat.


Pembaca yang setia,

          Ku akhiri di sini dengan penjelasan Imam Ghazali tentang manfaat taqwa :

“ Taqwa itu harta terpendam yang berharga sekali jika engkau mendapatkannya. Maka seolah-olah berkumpul kebaikan dunia dan akhirat di dalam taqwa itu. Dan perhatikanlah apa yang difirmankan dalam Al-Quran mengenai taqwa. Banyak sekali Allah memberi keuntungan pahala yang besar dan keselamatan yang disandarkan pada sifat taqwa.”

Wassalam.

         








Monday, October 24, 2011

Benarkah Aku MenyintaiMu Lebih Dari Yang Lain?

                                                                         
                                                                 
Assalamualaikum w.b.t,

Segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi ya Rabbi. Selawat dan salam kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w yang telah membimbing umat manusia ke jalan yang benar dalam mencari keredhaan Allah s.w.t.

Sahabat yang dikasihi sekalian,

Apa yang kalian tengah fikirkan? Sejenak ku terfikir mengenai CINTA. Ku terkenang  sebuah lagu sewaktu di SMKAB.

Cinta kepada Allah,
Cinta rasul,
Cinta Ibu bapa,
Cinta kepada ummah,
Cinta kepada kecemerlangan,
Mari kita semua cinta 5 perkara,
Cintailah…

Cuba perhati cinta yang pertama tadi sewaktu menyanyi? ALLAH …..

Benarkah kita menyintai-Nya dari yang lain?

Jom kita mengimbau kembali aktiviti yang mungkin penah kita lakukan…dan fikir-fikirkanlah adakah cinta pertama kita tadi lebih dari yang lain?

**********

Apabila kita terjaga tengah malam dan mungkin ke tandas. Kemudian??? Terus rebah kembali di atas katil yang empuk tadi atau mengambil wuduk dan qiam? Yang mana kita pilih? Ku teringat kata Sir Rosdi Baharom sewaktu Kajian Tarbawi di KTD, betapa ruginya kita apabila sudah terjaga pada waktu malam, namun Allah tidak pilih kita untuk beribadah yang paling baik ketika itu. Kita terus tido..langsung tidak bermujahadah..Jadi nak jadi orang yang rugi ke? Renungkan…

Apabila sedang menonton tv, tiba-tiba azan. Apa tindakan kita? Terus solat atau tunggu sehingga iklan atau hingga tamat movie tu? Yang maka kita pilih ? kita mungkin berlawan dengan nafsu tetapi yang mana menang? Jadi ke kita mujahadah? Renungkan…

Apabila diajak couple oleh teman idaman anda, apa reaksi kita? Terus menolak atau masih membuat perhitungan? Di mana mujahadah kita? Yang mana kita pilih ? Allah atau teman idaman anda? Renungkan…

Apabila selesai solat dan kelihatan Al-Quran berdekatan dengan kita, apa tindakan kita? Hanya sekadar melihat atau mengambil dan membacanya? Payah ke nak baca walaupun sepotong ayat? Yang mana kita pilih? Renungkan…

Apabila diajak ke majlis tazkirah oleh teman kita, adakah kita hadir ke sana? Atau memilih untuk berehat di bilik saja dengan menyangka ilmu kita sudah mencukupi? Yang mana kita pilih? Renungkan…

Apabila kawan kita menyakiti hati kita, apa tindakan kita? Adakah turut membalas dendam dengan menyakiti hatinya juga atau memaafkan perbuatannya? Yang mana kita pilih? Mengaku bahawa berkawan dengannya kerana Allah, namun apa yang terjadi? Renungkan...

Apabila kredit handset banyak, siapa yang kita contact dulu? Ibu bapa? Sahabat? Atau pak we, mak we??? Apa yang kita msgkan? Mengingatkan tentang Allah atau hanya bergurau senda yang tiada faedah? Renungkan…

Apabila belajar agama, tetapi tidak mempraktikkannya. Sebagai contoh, kita tahu kaki adalah aurat wanita, tetapi kenapa masih tidak menutupnya? Tak takot dosa ke? Nak ke syurga atau ke neraka dengan mudah? Yang mana kita pilih? Renungkan…

Apabila kita tahu yang Allah telah mengutuskan Nabi Muhammad dan Al-Quran sebagai pembawa hidayah kita, adakah kita mengambilnya? Yang mana kita pilih? Tidak cuba mengikuti sunnah Nabi dan tidak membaca Al-Quran? Renungkan…

Apabila ada ruang waktu yang lapang, apa yang kita lakukan? Membaca? Tidur? Bersembang ? Sanggupkah menjadi orang yang lalai di dunia ini? Yang mana kita pilih? Renungkan…

Apabila di dewan peperiksaan, ada ruang untuk kita meniru. Yang mana kita pilih? Terus meniru atau jujur? Xingat ke Allah Maha Melihat? Xmalu ke kat Allah? Hmm..renungkanlah…
                                    

*********

Pembaca yang dirahmati Allah,

          Banyak lagi yang kita lakukan pada setiap hari. Pernah terfikir tak sama ada yang kita lakukan selama ini, disukai Allah? Ini ke bukti yang kita cintakan Allah? Seharusnya, apabila kita menyintai sesuatu kita akan berusaha mendekatinya, melakukan apa yang dia suka, berkorban apa jua untuk dia yang tersayang dan macam-macam lagi. Inilah pentingnya mujahadah…memang payah, tapi selepas kita mendapatkannya ia akan terasa manis sangat-sangat.

Jadi, renunglah sebentar apa yang kita lakukan setiap hari? Tanya hatimu, benarkah kamu menyintaiNya lebih dari yang lain sedangkan banyak benda yang kamu tidak sanggup berkorban untuk membuktikan cintamu. Yakinkah kamu yang Dia adalah cintamu? Nak berterusan macam ni je ke?

Ayuh ! Kuatkan semangatmu ! Lawan dengan nafsumu… Mari buktikan yang Dia memang benar-benar cintamu. Jangan kita biarkan ada yang meragui cinta kita kepada-Nya, buktikan kepada semua yang kita benar-benar menyintai-Nya…katakan pada diri “ Aku amat menyintai-MU lebih dari yang lain”.
                                                    

                                                 

Wassalam.

Saturday, October 22, 2011

Dunia Bukan Matlamat Terakhir

                                                               

Seorang mukmin meskipun adakalanya ia mewah dan nikmat di dunia ini, tetapi jika dibandingkan dengan nikmat yang disediakan untuknya di syurga, maka seolah-olah ia berada dalam penjara, sebab seseorang jika mati dan diperlihatkan kepadanya tentang syurga dan kemuliaan yang ada di dalamnya, ia sedar bahawa selama di dunia seolah-olah dalam penjara.
Sedangkan orang yang kafir jika mati dan diperlihatkan kepadanya hukuman dalam neraka, maka ia merasa bahawa ia tadinya dalam syurga. Kerana itu seseorang yang berakal tidak akan merasa gembira dalam penjara.
( Abu Laits )


                                                       
Dunia ini bagaikan ladang Tuhan Rabul a’lamin dan manusia sebagai tanamannya, sedangkan maut itu sebagai cangkulnya. Dan Malaikat maut sebagai pengetamnya, dan kubur sebagai lumbungnya, dan kiamat sebagai lesungnya, syurga atau neraka sebagai tempat pemuasnya, sebahagian dalam syurga dan sebahagian dalam neraka.
(  Yahya bin Mu’adz Arrazi )


                                             

Thursday, October 20, 2011

Dunia Hanya Sementara

                                                               


“ Sungguh sangat menghairankan bagi orang yang percaya kepada tempat yang kekal abadi, kemudian ia masih sibuk dengan dunia ini sebagai tempat tipuan dan sementara.”
(Hukamak)

Thursday, October 13, 2011

7 perkara melapangkan dada

                                                                     

Assalamualaikum w.b.t,

          Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam disampaikan kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, keluarga serta sahabat-sahabat baginda.

          Dalam kehidupan ini, ada ketika kita terasa resah dalam menghadapi pelbagai ujian dan rintangan. Kadangkala tiada ujian mahupun rintangan, namun tetap berasa resah dan tidak tenang.

          Insyaallah, kali ini penulis ingin berkongsi 7 perkara yang dapat melapangkan dada.

1- Tauhid yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Allah s.w.t berfirman dalam surah Muhammad : 19 yang bermaksud : “ Oleh itu maka tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu ( wahai Muhammad ) bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, dan mintalah ampun kepada-Nya bagi salah silap yang engkau lakukan, dan bagi dosa-dosa orang-orang yang beriman-lelaki perempuan.”

Dalam kitab sahih Bukhari disebutkan bahawa Ibnu Abbas berkata : “ Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung.

Kebanyakan orang yang mengatakan La ilaha illallah, tetapi mereka tidak terpengaruh oleh La ilaha illallah dan tidak mendapatkan cahaya daripadanya. Sebagai contoh, mereka mengucapkan La ilaha illallah tetapi melepaskan hijab, membuka aurat padahal perbuatannya menentang prinsip La ilaha illallah. Ada juga yang sibuk mencari harta sehingga abaikan ibadah wajib. Bagi pelajar, adat meniru sudah menjadi kebiasaan. Jadi, di manakah makna La ilaha illallah?

Sekarang ini, ribuan mata telah kehilangan makna La ilaha illallah. Impaknya, orang hanya melihat, bersenang-lenang, dan melupakan Tuhan pencipta alam ini. Oleh itu, teguhkanlah makna La ilaha illallah dalam dirimu. Tauhid itu murni indah dan mulia.



2- Berzikir kepada Allah.                     

Allah s.w.t berfirman dalam surah Ar-Ra’ad : 28 yang bermaksud : “ ( Iaitu ) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah.”

Ingat Allah hati akan tenang, jarang ingat Allah hati akan kering, tandus dan gersang. Apabila banyak mengingati Allah, akan bertambah iman sehingga hati makin kuat, tidak takut ancaman, tidak gentar dengan musibah dan kekurangan, tidak cemburu dengan kelebihan orang lain serta memiliki sikap positif, mengikut segala suruhan-Nya dan meninggalkan larangan Allah.
                                                    
                                                   

3- Reda dengan takdir Allah.

Allah s.w.t berfirman dalam surah Al-Qamar : 49-50 yang bermaksud :
“ Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir ( yang telah ditentukan ). Dan hal Kami ( dalam melaksanakan apa yang Kami hendaki ), hanyalah satu cara sahaja, ( cepat jadinya ) seperti sekelip mata”.

Mukmin sejati adalah orang yang ketika ditimpa musibah, keluarganya meninggal, dan bencana datang dari semua penjuru, dia tidak cemas dan berkata : “ Inna lillahi wa inna ilahi raji’un, ini memang sudah menjadi takdir Allah dan semua yang dikehendaki-Nya pasti terjadi”. Orang yang tidak sabar akan tertimpa kesempitan. Malahan Allah akan menjadikannya hina kerana tidak rela dengan ketentuan-Nya.


4- Bersyukur atas nikmat Allah.

Salah seorang ulama berkata : “ Jika engkau bertakwa kepada Allah, Allah akan menolongmu tanpa bantuan keluarga, menjadikanmu kaya tanpa harta, menjadikanmu bahagia tanpa dunia, dan menerangimu tanpa pelita.”

Sesungguhnya segala sesuatu di dunia ini hanyalah ujian atau cubaan bagi seluruh umat manusia. Kesusahan dan kemudahan, kemiskinan dan kekayaan, harta dan ilmu, nikmat dan musibah pada hakikatnya hanyalah ujian yang diberikan oleh Allah s.w.t kepada para hamba-Nya. Seandainya nikmat itu bukanlah satu bentuk ujian, maka tidak akan ada manusia yang akan bersyukur kepada Allah s.w.t.

 Barangsiapa yang mampu bersyukur dan bersabar, maka merekalah yang termasuk dalam golongan orang-orang yang beruntung. Namun barangsiapa yang kufur dan mengikut nafsu, maka nescaya merekalah yang berada dalam kumpulan orang-orang yang rugi. Redhalah terhadap semua yang dianugerahkan Allah kepadamu, pasti kamu akan rasa lapang dan tenang.


5- Membaca dan mentadabburi Al-Quran.

Allah s.w.t. berfirman dalam surah Shad : 29 yang bermaksud : “ ( Al-Quran ini ) sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu ( dan umatmu wahai Muhammad ), kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar”.

Hiduplah dengan Al-Quran dengan menjadikan Al-Quran sebagai pedoman yang mengarahkan diri, sentiasa  dipegang teguh, ditadabburi, dibaca, dan tidak ditinggalkan. Oleh yang demikian, kewajipan seorang muslim yang ingin dadanya lapang dan bahagia, hendaknya dia menyediakan bahagian dari waktunya untuk Al-Quran agar hidupnya bahagia dengan izin Allah.
                                                   

6- Meninggalkan maksiat.

Maksiat adalah melakukan perbuatan dosa yang melanggar syariat agama. Melakukan maksiat bererti melakukan hal-hal yang dilarang oleh agama. Itu akan menimbulkan dosa pada orang-orang yang melakukan maksiat tersebut. Maksiat merupakan penyebab kesempitan dan seksaan.

Angkara maksiat yang dilakukan, hati akan suram dan tidak mampu menangkap cahaya kebaikan. Apabila maksiat itu telah menjadi darah daging, maka tidak terdetik pun rasa takut melakukan maksiat itu. Hatinya hilang rasa sensitif dan ragu-ragu lagi melakukan maksiat. Pelaku maksiat sentiasa diikuti baaing-bayang dosa dan rasa bersalah. Hatinya tidak tenang, wajahnya pula menyimpan kesusahan dan kegelisahan.

Oleh itu, hanya dengan meninggalkan maksiat, anda akan melihat bagaimana Allah melapangkan dadamu.
                                                      


7- Bergaul dengan orang-orang soleh.

Allah s.w.t berfirman dalam surah Az-Zukhruf : 67 , “ Pada hari itu sahabat-sahabat karib, setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan takwa ( iman dan amal soleh )”.

Teman yang soleh akan membawa kepada kebaikan, sebaliknya teman yang buruk akan menjerumuskan kita ke jurang keburukan.

Rasulullah s.a.w bersabda : “ Perumpamaan teman yang soleh dan teman yang buruk adalah ibarat penjual minyak wangi dan peniup tungku. Penjual minyak wangi boleh memberimu tanpa kita harus membeli atau ( paling tidak ) engkau akan mendapatkan bau harum darinya, sedangkan peniup tungku boleh membakar pakaianmu atau engkau akan mencium bau busuk darinya.” ( HR . Bukhari dan Muslim )

Pilihlah teman yang beriman, yang menghidupkan iman dalam hatimu ketika engkau melihat mereka, dan melapangkan dadamu dengan percakapan-percakapan mereka yang baik.
                                                         


Wallahulam.