(wajah yang ceria sokmo)
Assalamualaikum w.b.t,
Segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam. Semoga selawat dan salam terlimpahkan kepada Nabi Muhammad saw, keluarga, sahabat dan seluruh orang yang memperjuangkan syariatnya sampai hari kiamat.
Sebelum terus membaca, mari kita
ukirkan senyuman yang paling manis untuk diri kita kerana Allah masih
memberikan nikmat penglihatan yang baik untuk kita. Alhamdulillah..^_^
Pembaca yang disayangi Allah s.w.t,
Bagaimana
reaksi apabila bertemu seorang teman? Kebiasaannya, kita akan ukirkan sebuah
senyuman, memberi salam dan salam semut. Betul tak?
Tahukah kalian?
Batas minimum yang harus diberikan oleh seorang teman
sewaktu berjumpa dengan temannya ialah wajah yang ceria dan senyum yang
mengembang. Itu adalah kebajikan dan adab yang sepatutnya terjadi antara teman.
Iaitu wajah yang penuh senyuman dan berseri-seri setiap kali bertemu atau
melihatnya.
Abu
Dzar r.a. mengatakan: “Nabi s.a.w pernah bersabda kepadaku :
“Janganlah sekali-kali engkau meremehkan sesuatupun
dari kebajikan, meskipun sekadar berjumpa dengan saudaramu dengan wajah yang
ceria (berseri-seri).”
(HR. Muslim, no 2626)
Sikap yang lemah lembut dan simpati
akan menguatkan ikatan persahabatan antara teman dan mendalami hubungan di antara
mereka. Allah s.w.t. mencintai kelembutan dalam segala perkara.
Nabi s.a.w bersabda kepada Aisyah r.a.:
“Sesungguhnya
Allah mencintai kelembutan dalam segala urusan.”
(HR.
Bukhari, no 6024)
Dalam riwayat
Muslim pula disebutkan bahawa Nabi s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya
Allah Maha Lembut dan mencintai kelembutan. Dia memberikan kepada kelembutan
sesuatu yang tidak Dia berikan kepada kekerasan dan sesuatu yang tidak Dia
berikan kepada yang lainnya.”
(HR. Muslim,
no 2593)
Oleh itu, sudah selayaknya sesama teman saling bersikap lemah lembut.
Abdullah bin Mas’ud meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Diharamkan neraka ke atas setiap orang yang ringan,
lembut, mudah dan dekat dengan manusia.”
(HR. Ahmad, no 3928 Hadis hasan)
Tahu tak, salah satu hal yang boleh membantu mengeratkan persahabatan
dan menghilangkan rasa permusuhan di dalam hati ialah saling berkirim hadiah
antara teman.
Betapa indah apa yang dikatakan oleh seorang penyair:
Antara yang
satu dengan lainnya
Akan
melahirkan pertautan hati
Di antara
mereka semua.
Pun juga
menanamkan rasa simpati
Dan juga
kecintaan di dalam sanubari
Serta
menambah keindahan suasana
Di kala
mereka hadir dan bersua.
Oleh yang demikian, ayuhlah kita
bermanis muka dan bersikap lemah lembut terhadap saudara kita,…Tapi ingat…jaga
pergaulan antara lelaki dan perempuan. Jangan salah konsep. Nanti bermanis muka
berlebih-lebihan pula di hadapan insan yang bukan sepatutnya.^_-
Kemudian, apabila kita ada terasa hati
dengan saudara kita, janganlah kita menjauhinya. Sebaliknya, berilah hadiah
kepadanya agar tautan hati kita dan dia akan tersemai kembali di atas
jalan-Nya. Kemudian , berdoalah kepada-Nya.
Indahnya
Islam kerana Persaudaraan,
Indahnya
Ukhwah kerana Persahabatan.
Wallahualam.
Rindunya untuk bertemu..^^
ReplyDeleteMg Ukhwah kita makin bertambah mantop kerana-Nya..^^
Dah nak masuk tahun akhir kita saling mengenal di KTD.. =)
~permata yang dicari~
@wafa zinnirah92
ReplyDeleteInsyaallah...
kejap jer masa berlalu..
Moga hidup kita boleh tupe..^_^
indahnya andai bersahabat atas dasar kasihsayang kerana Allah
ReplyDelete@siti fatimah nur arzmi
ReplyDeletebetul tue,,indahnya ukhwah kerana Allah..^_^
indahnya......
ReplyDelete@Cik Leiya
ReplyDeletememang indah..^_^