Tautan Ukhwah

Monday, April 2, 2012

Berdehem ketika solat?

                                                                       

Sebahagian orang muslimin apabila merasa bahawa imam sudah sangat lama solatnya, maka dia lantas berdehem seakan-akan dia berkata kepada imam, “Sesungguhnya kamu telah lama dalam solatmu.” Mereka berhujah bahawa perkara itu diperbolehkan dengan asas sebuah hadis daif yang diriwayatkan oleh Ali Bin Abi Thalib, bahawa dia berkata,”Aku pernah menyertai Rasulullah s.a.w pada waktu siang mahupun malam. Apabila aku menemui beliau dan beliau sedang menunaikan solat, maka beliau akan berdehem.”

          Akan tetapi, yang dibenarkan adalah apabila sesorang hendak memalingkan pandangan imam ke arah sesuatu atau seseorang yang hendak mengingatkan adanya suatu bahaya, maka jika lelaki dengan cara bertasbih dan jika perempuan dengan cara menepuk tangan.

          Dari Sahl bin Sa’ad As-Sa’idi, dari Nabi s.a.w:

“ Sesiapa yang mengingati sesuatu ketika solat, maka ucapkanlah “Subhanallah”. Bahawasanya tepukan itu diperuntukkan bagi golongan wanita, sedangkan tasbih diperuntukkan bagi golongan lelaki”

( Dikeluarkan oleh Bukhari (1/75) (2/84,89) (3/139)).

Sumber: Buku 400 Kesalahan Dalam Solat, Mahmud Al-Misri

**********

Apa hukum berdehem ketika solat?

          Menurut pandangan mazhab Imam Syafie adalah dimaafkan dengan sedikit berdehem, ini jika tidak mampu mengelaknya kerana sakit yang dialami. Yang penting, perbuatan itu tidak merosakkan solat kerana banyaknya.

          Jika seseorang itu uzur daripada melakukan sebutan pada rukun qauliyah daripada rukun solat, seperti membaca Al-Fatihah, maka dia berdehem walaupun banyak untuk tujuan bacaan, tidaklah mengapa.

          Berdehem di dalam solat juga, jika kerana hajat atau uzur, maka tidak batal solat. Ini termasuklah berdehem untuk membaikkan suara dalam solat.

          Berdehem juga tidak membatalkan solat, jika sudah menjadi tabiat kebiasaan yang tidak dapat diatasi olehnya.

          Manakala berdehem dengan sengaja di dalam solat, tanpa uzur atau tanpa hajat, maka batallah solat itu. Apatah lagi berdehem bagi tujuan menegur atau memerli seseorang kerana ia dianggap bercakap.

          Begitu juga bagi mereka yang berasas sukar dalam menyebut ayat semasa bacaan sunat, maka berdehem secara banyak tidak dimaafkan untuknya.

Dipetik dari : Majalah Solusi

Wallahualam.




4 comments:

  1. berdehem sebab kahak...klu xberdehem nanti suara jadi pelik =p

    ReplyDelete
  2. Hikaru Yui:

    hehe..itu sebab nak perbaiki suara dlm solat sbb mgkin tgh selsema atau kurg sihat..so..xbtal..
    tp..jika telan kahak..btal la..^_-

    ReplyDelete
  3. salam'alaik.syukran..entry yg bermanafaat..yg tak tahu bole tau dan yg lupa bole teringat kembali tentang apa yg penah dipelajari sebelum ni. :)

    ReplyDelete
  4. farhah aqil :

    Wslm..btol2..saling memperingti..usaha utk lebh mendkttkan diri kpd-Nya.jzkk sudi ziarah di sni..^_^

    ReplyDelete