Tautan Ukhwah

Friday, April 6, 2012

Menutup Mata Ketika Solat?

              Ibnul Qayyim r.a. berkata, “Tidak termasuk dalam apa yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w adalah memejamkan mata ketika solat. Pada waktu tasyahud beliau memusatkan pandangannya pada jarinya dalam berdoa dan pandangan beliau bukan melalui isyaratnya.”

Para ahli fiqh berselisih pendapat mengenai makruhnya. Imam Ahmad dan selainnya menyatakannya makruh. Mereka berkata, “Itu adalah perbuatan orang Yahudi.” Sedangkan sebahagian ulama lain membolehkan serta tidak mengatakannya makruh. Mereka berkata, “Perkara itu dapat mendekatkan diri supaya khusyuk yang mana itu merupakan roh, asas dan tujuan solat.”

Yang betul, hendaklah dikatakan, ”Jika membuka kedua mata dapat membawa kekhusyukan, maka perkara itu lebih utama. Namun, jika perkara itu dapat menghalangnya dari kekhusyukan lantaran di depannya terdapat keindahan, aneka jenis hiasan atau selainnya serta perkara yang dapat menganggu hatinya, maka tidak makruh memejamkan mata secara mutlak. Pendapat yang menyarankan keadaan seperti ini lebih menghampiri kepada asas hukum syar’i dan tujuannya daripada pendapat yang menyatakannya makruh.”

Sumber : Buku 400 Kesalahan Dalam Solat, Mahmud Al-Misri

**********

Info

Tahukah anda, orang Majusi saat mereka menyembah api, mereka memejamkan mata mereka. Sebab itu dikatakan perbuatan itu seperti perbuatan orang Yahudi.

          Konklusinya, tidak ada larangan menutup mata dalam solat jika ada alasan seperti dikatakan lebih khusyuk. Semunya bergantung kepada individu itu.

Wallahualam.

6 comments:

  1. Jazakillah...
    perkongsian yang amat berguna !
    moga Allah redha :)

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Jazakillah atas perkongsian ni Nabilah...
    Fatin pernah dengar pasal ni tp kurang jelas..
    Tp bila dah baca ni baru faham.^_^

    Mg bermanfaat buat orang lain juga.. =)

    ~permata yang dicari~

    ReplyDelete
  4. @wafa zinnirah92

    Jzkk atas ziarahnya,.
    moga ada manfaat utk kita semua..

    ReplyDelete