Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t,
Alhamdulillah,
segala puji bagi Tuhan semesta alam. Selawat serta salam dilimpahkan kepada
junjungan Nabi Muhammad s.a.w, keluarga, sahabat dan seluruh orang yang
memperjuangkan syariatnya sampai hari kiamat. Amin ya ilahal’alamin.
Sebelum meneruskan pembacaan..marilah kita sama-sama
beristighfar terlebih dahulu..
Astaghfirullahal’azim (7x)
Alhamdulillah..hati
lebih tenang kan? Nak lebih tenang? Letakkan tangan anda di dada, pejam mata
anda, sambil sebut..”ALLAH…ALLAH…”..sebutlah berulang kali…
Dah?
Rasa tak getaran semasa menyebut nama-Nya? Rasa
meremang tak bulu roma?
Allah dekat sangat dengan kita..kita je yang rasa
Allah jauh dengan kita.
Masa buat tadi..rasa tak macam nak nangis tak? Sebenarnya..jika
anda buat sungguh2..anda akan mengalirkan air mata..satu perasaan aneh akan
berlaku….
“Sesungguhnya orang yang beriman itu, apabila
disebutkan nama Allah, akan bergetar hati mereka. Apabila dibacakan
ayat-ayatnya (Al-Quran), maka akan bertambah keimanannya.”
(Surah Al-Anfal : ayat 2)
Pembaca yang dirahmati Allah,
Malangnya
kini, tidak ramai manusia yang mampu merasai getaran apabila menyebut nama-Nya.
Tetapi apabila disebut nama insan yang dicintainya atau disukainya…bergetar
pulak jiwanya…
Berapa
ramai manusia apabila dia melakukan kemungkaran atau kemaksiatan, jiwanya
bergetar kerana takut kemurkaan dari Allah?
Jom kita muhasabah,
Pernahkah jiwa kita bergetar ketika disebutkan nama
Allah?
Pernahkah diri ini menangisi segala kesilapan yang
pernah dilakukan?
Siapakah gerangan manusia yang dapat menghitung
banyaknya buih di lautan? Demikian banyak, sehingga tidak seorangpun dapat
melakukannya. Tetapi kasih sayang Allah jauh lebih banyak daripada itu, begitu
juga ampunan-Nya.
Jangan lupa taw..Setiap amalan kita akan sentiasa
dicatat oleh 2 malaikat yang berada di sisi kita..jadi, law nak buat
jahat..atau benda kurang soleh..fikir2 dulu yer?? Malu kat Allah…malaikat..
Jadi..jom jadi perindu Syurga..
SYURGA adalah kenikmatan abadi di akhirat kelak yang
menjadi dambaan setiap muslim. Laksana suatu tempat yang diminati demikian
banyak pengunjung, tentu saja harus ada syarat-syarat dan usaha yang harus
ditempuh bagi setiap peminat agar dapat sampai ke sana.
Jadi..bila nk berubah? SEKARANG.
Saya juga masih banyak yang perlu diperbaiki diri
ini..jadi, jom kita sama2 perbaiki diri yer? Nak tak nak jer..law NAK..pasti
ada jalanNya. Insyaallah.
Wallahualam.
assalamualaikum.. terkesan di hati.. terima kasih awak.. =)
ReplyDeleteya kita nak atau tak aja, hati ku telah tenat.....
ReplyDeleteWajilat qulubuhum. T.T
ReplyDeleteilmi :
ReplyDeleteWaalaikumslm..alhmdulillah..hatimu milik-NYa..
Allah masih sygkan-Mu..ayuh..kita dktkan diri kpd-Nya.
Cik Leiya:
ReplyDeletebetol..nak x nak jer..law nak..kita pasti usahakan pa yg kitanak..Insyaallah..
Isyraf Imrani:
ReplyDeleteyer..wajilat qulubuhum..Bergetar hati mereka..
jom..getarkan hati ini..agar dpt tingkatkan iman kepada-Nya.