Tautan Ukhwah

Wednesday, November 2, 2011

Sayang Ayah Sangat2 !

                                                           Ayahku, Azman bin Md Zain      

Assalamualaikum,

           Segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi ya Rabbi. Selawat dan salam kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w yang telah membimbing umat manusia ke jalan yang benar dalam mencari keredhaan Allah s.w.t.

          Hingga ke hari ini, ku masih tersenyum mengenangkan perkara semalam. Rasa hepi sangat dapat meluangkan masa dengan ayah dan hanya berdua. Macam orang keluar berdating plak, tetapi indahnya berdating dengan ayah sendiri.

          Selepas Maghrib, ku dan ayah ke kedai cermin mata untuk memperbaharui cermin mataku. Kemudian kami ke pasaraya untuk membeli saki baki barang yang ingin ku bawa ke Kelantan tidak lama lagi. Jalan berdua ngan ayah, memilih barang ngan ayah..indah sangat-sangat.

          Patutlah kadang-kadang mak cakap jeles melihat gelagat ku dan ayah. Maklum la, ku anak sulong dan seorang jer perempuan dalam family ni. Bukan sahaja, mak yang jeleskan kami, malah sahabat-sahabatku jua merasai cemburu dengan keakraban antara ku dan ayah.

          Mana taknya, jika di Kelantan, tiap-tiap hari mesti ada msg dr ayah ..” Salam, sayang ayah sihat x hari ni? Dah makan? Ayah harap syg ayh sentiasa hepi dalam pa jua keadaan..Ayah syg akak..”…inilah pengubat rinduku setiap kali berada jauh dari familyku.

          Untuk pengetahuan kalian, ayahku kahwin pada usia 19 tahun. Jadi, umurnya sekarang baru 40 tahun sebab masa usia 21 tahun, ku baru dilahirkan. Makanya, apabila ku bergambar dengan ayah, ayah nampak muda sangat2. Ayahku berjiwa sporting sangat dan yang paling best dalam family ku dilayan dengan penuh manja dan kasih sayang.

                                                     Ayah & emak

          Ayah memanggilku ‘sayang’, dan ku suka dengan panggilan ini. Pernah ku di tanya oleh sahabat kenapa ayahku memanggilku sedemikian? Ku menjawab, sebenarnya ayah nak ku merasakan ada yang mengambil berat tentangku dan tidak dapat diambil oleh mana-mana lelaki sebelum menjadi suamiku. Terkenang pulak pada kisah Saidina Ali r.a, yang begitu cemburukan cinta Saiditina Fatimah kepada ayahnya, Nabi Muhammad s.a.w.

          Ayah penah cakap,..” Kak, nanti law dah kawin, law suami akak xbg balik tgk makayah, akak kena patuh arahan suami..ayah xper..ayah paham..”. Entah kenapa, hatiku terlalu sedih mendengar ucapan itu. Rasa xsanggup ku berjauhan dengan ayah. Ayah yang terbaik!

          Mak penah cakap, kalaw ku x balik umah dan masih berada di Kelantan, ayah xakan beli makanan yang sedap2 sangat sehingga ku balik ke umah. Apabila ku balik plak, pastinya ayah beli makanan yang banyak dan sedap-sedap. Tambahan pula, ketika makan, ayah asyik melayan ku ketika makan. Ayah selalu cakap..” suka, tengok syg ayah makan..”.

Ayah memang memahami diriku….

Jika ku sakit, dialah orang pertama yang kelam kabut membawa ku ke hospital,

Jika ku sedih, dialah yang memujukku,

Jika ku keliru, dialah yang menolong ku membuat keputusan,

Jika ku suka makan sesuatu, dialah yang selalu belikan untukku,

Jika ku gembira, dialah yang lebih gembira dariku,

Jika ku perlu balik ke tempat belajar, dialah yang sibuk ingin menghantarku,

Jika ku mendapat kejayaan, dialah orang pertama yang mengucapkan tahniah kepadaku,

Jika ku lalai tentang-Nya, dialah yang memberi nasihat kepadaku,

Jika ku sedang rehat, dialah yang bergurau senda denganku,

Jika ku sedang berusaha dalam sesuatu, dialah yang sering mendorongku.


Wahai ayahku tersayang,

          Ku amat menyayangimu setulus hatiku. Ku akan sentiasa mendoakanmu agar dikau sentiasa tabah dalam hadapi apa jua keadaan. Terima kasih atas segala kasih sayang yang telah kau berikan kepadaku. Kau adalah ayah terbaik buatku. Moga Allah sentiasa memberi rahmat kepadamu..

Terima kasih buat makayahku atas segalanya...sayang kalian!!!
                                            
Coretan dariku yang rindukan makayah,
Siti Nabilah Azman.


17 comments:

  1. semoga Allah merahmati ayah yang soleh seperti ayah nabila
    buat akak teringat arwah ayah akak (T.T)
    nabilah mesti hargai betul2 tau selagi beliau ada di sisi!

    ReplyDelete
  2. mu'minah :
    maaf law perkongsian ini buat akak sedih...
    moga arwah ayah akak tergolong dalam kategori iarang2 yg beriman di sana,
    insyaallah, nbilah akan jge ayah selagi nbilah dpt berbakti kpdnya..
    jazakillah atas dorongannya..
    rindu akak..

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum..
    Alhamdulillah enti sgt beruntung dpt seorg ayah yg bnar2 mngambil berat akn enti..
    semoga enti mnjadi seorg ank yg solehah..
    =)

    ReplyDelete
  4. Aisya Humaira: Waalaikumuslm...
    Alhamdulillah..isnyaallah,
    moge enti juga hidup indah dlm dakapan cinta-NYa.

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum kak...
    kasih sayang seorang ayah tiada bandingannya.Alhamdulillah akak ada seorg ayah yg sgt penyayang.Sy pun mcm akak juga,syg sgt2 kat ayah sy,tmbah2 keadaan ayah sy yg x mengizinkan,dr seorg yg berisi,kini dh tinggal tulang,tp masih mencari rezeki utk anak isterinya,besar pengorbanan ayah utk sy skeluarga.Ayah sy juga seorg penyayang,alhamdulillah anugerah drNYA.Sayangilah mereka,selagi hayatmereka berdua masih ada.Sedih,bila mengenangkan pengorbanan seorg ayah buat anak2nya.

    ReplyDelete
  6. JIHA NAJIHAH :

    waalaikumuslm..
    btol tue dik...besar pengorbanan seoarang ayah..
    moga kita sentiasa dpt berbakti kpd mereka..

    ReplyDelete
  7. insyaALLAH,akak..airmata menitis tanpa sedar...(utk ayah yg disayangi,ayah,kakak syg ayah...syg sgt2).

    ReplyDelete
  8. JIHA NAJIHAH:
    moga airmatamu itu cukup berharga buat si ayah..
    sygilah ayah..
    doa kita kepd mereka amatlah membawa seribu makna buat mrka..insyaallah..

    ReplyDelete
  9. berbuat baiklah pada kedua org tua mu..

    " sesungguhnya redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa.."

    ~ sharing is caring..(^_~) ~

    ReplyDelete
  10. sebagai anak,mmang sy sentiasa doakan yg terbaik utk mak ayah sy,sy nak mereka berdua bahagia dunia dan akhirat,sy rela berkorban utk mak ayah sy...tp sy sedih sgt2 tgk keadaan ayah sy,dlm sakit2 pun sanggup luangkan masa hantar sy ke sek,sikit pn x pernah bersungut,rasa bersalah plak sy...klau blh sy nak sakit ayah dipindahkan kpd sy,sy rela menanggungnya,sy x smpai hati tgk keadaan ayah sedemikian rupa...sy nak ayah sy sihat seperti sediakala,tp takdir ALLAH,tiada siapa yg boleh menduganya..berat sungguh ujian yg menimpa ayah sy..dia tetap sabar dan x pernah sekalipun merungut...bila sy katakan kesian ayah,dia akan ckp 'ini ujian ALLAH utk ayah'..bila tgk keadaannya sy akan menangis,mmang airmata x dpt ditahan lg...sesungguhnya sy amat menyayangi ayah sy,dia seorg ayah baik buat sy,x sanggup kehilangannya...terima kasih akak,sbb sudi dgr luahan hati sy.

    ReplyDelete
  11. peRmaTa_ aGamA : jazakillah atas ingtn ini...

    JIHA NAJIHAH : akak ske dgr luahan hti dik..begitu tulus menyayangi ayah..moga keluargamu sentiasa bahagia di bawah rahmat-NYa.

    ReplyDelete
  12. terima kasih akak,aamin..insyaALLAH.

    ReplyDelete
  13. salam rindu sahabatku..

    Perkongsian yg menyentuh jiwa..
    Hampir menitis air mata..

    mak dan ayah adalah insan yang tiada gantian..
    mereka terlalu berharga dan bernilai buat kita selama-lamanya.. =)

    p/s: jmput ke blog fatin nnt..
    teruskan berkongsi.. ^_^

    ~permata yang dicari~

    ReplyDelete
  14. "Kasihnya ibu membawa ke syurga, kasihnya ayah selama-lamanya. Semuanya diberi agar kita membesar penuh sempurna, menjadi insan yang berjaya dan penuh mulia."

    Daripada Umar ra. Katanya telah bersabda Rasulullah saw: “Redha Allah ada pada redha kedua-dua ibu bapa dan kemurkaan Allah ada pada kemarahan kedua-dua ibu bapa.” (Riwayat Tirmidzi, Ibnu Hibban dan al-Hakim)

    Bagaimana mungkin redha Ilahi dapat diraih sekiranya syarat mendapat redha-Nya tidak dipenuhi?

    ReplyDelete
  15. salam ukhuwah ya ukhti..
    syukran sudi mbaca blog.

    smg ibu bapa kita smua sntiasa brada di bawah lindunganNya.
    dan ingatlah,sntiasa ingat bhw harta berharga yg mak ayah tinggalkan adlh ank yg soleh dan solehah.

    smg kita smua terus berusaha unt mmbahagiakan mrk.sbb slama2nya,sbanyak mana pun kita bt unt mrk,tetap xkan terbanding dgn apa yg mrk bt unt kita.dr dulu smp skrg.

    salam mahabbah wa aidil adha ^^

    ReplyDelete
  16. wafazinnirah : Waalaikkumslm..
    insyaallah, law ada mase nbilah ziarah blog ftin..^_^.

    ReplyDelete
  17. abuikhwan: salam..jazakillah atas perkongsian & ingtnnya..^_^

    Nur Amira: wslm..amin..salam adiladha gak.,..

    ReplyDelete