Assalamualaikum w.b.t,
Segala
puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam disampaikan kepada
junjungan Nabi Muhammad s.a.w, keluarga serta sahabat-sahabat baginda.
Para pembaca yang dirahmati Allah,
Jika
sebelum ini, saya ada berkongsi cerita tentang isteri Firaun, jadi pada kali
ini saya ingin berkongsi cerita tentang wanita unggul yang hidup pada zaman
Firaun. Beliau adalah Masyitah.
**********
Dari Ibnu Abbas bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
“ Pada malam aku diisrakkan oleh Allah, bau wangi
semerbak di hidungku. Aku bertanya, ‘ Hai Jibril, bau wangi apakah ini? ‘
Jibril menjawab, ‘ Ini adalah bau wangi Masyitah
Firaun dan anak-anaknya.’
Rasulullah bertanya kembali, ‘ Bagaimana keadaannya bermula?
‘
Jibril berkata, ‘ Pada suatu hari, ketika dia sedang
menyikat rambut puteri Firaun, tiba-tiba jatuhlah sikat itu dari tangannya.
Lalu seketika dia berkata, “ Bismillah ( dengan nama Allah ) “.
Puteri Firaun bertanya kepadanya, “ Apakah yang kamu
maksudkan adalah ayahku? “
Masyitah menjawab, “ Bukan, namun Tuhanku dan Tuhan
ayahmu adalah Allah “.
Puteri Firaun berkata, “ Apakah aku boleh mengatakan
ini pada ayahku ? “
Masyitah berkata, “ Ya .”
Kemudian puteri Firaun memberitahu kejadian tersebut
kepada ayahnya. Selanjutnya, Masyitah dipanggil menghadap Firaun yang berkata, “
Hai Masyitah, apakah kamu memiliki Tuhan selain diriku? “
Masyitah menjawab, “ Ya,Tuhanku dan Tuhanmu adalah
Allah.”
Kemudian dia dibawa ke kawah besar yang diperbuat dari
tembaga dengan air panas dan Firaun memerintahkan untuk melempar Masyitah
beserta anak-anaknya ke dalam air mendidih tersebut. Sebelumnya, Masyitah
berkata kepada Firaun, “ Aku memiliki permintaan kepadamu.”
Firaun berkata, “ Apa permintaanmu ? “
Masyitah berkata, “ Aku berharap kamu sudi
mengumpulkan tulang belulangku dengan tulang belulang anak-anakku dalam satu
pakaian dan dikuburkan bersama-sama.”
Firaun berkata, “ Kamu berhak mendapatkannya.”
Segera anak-anak Masyitah dilemparkan ke dalam kawah
seorang demi seorang hingga tiba giliran anaknya yang paling kecil dan masih
menyusu. Masyitah melihat maju mundur ( ragu-ragu ) kerana anak itu.
Dengan kekuasaan Allah, si anak berkata, “ Wahai ibu,
acuhkan air mendidih itu, kerana sesungguhnya azab dunia lebih ringan dari azab
akhirat.”
Akhirnya, Masyitah pun menerobos masuk ke dalam air
mendidih itu.’
**********
Allahuakbar
!!! Hebatnya srikandi ini..Kuatnya kesabaran Masyitah dalam memperjuangkan
iman. Walaupun anak-anaknya dibunuh di depan matanya, namun dia tidak lemah dan
goyah. Iman kita bagaimana pula? Renung-renungkan…
Wallahualam.
lame xdngar sirah ni..
ReplyDelete.. :) subhanallah
ReplyDeleteSubhanallah
ReplyDelete