Assalamualaikum,
Segala
pujian bagi Allah s.w.t, pemilik sekalian alam dan selawat serta salam ke atas
junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga baginda, sahabat-sahabat dan
sesiapa yang mengikuti mereka dengan ikhlas hinggalah ke hari kiamat.
Insyaallah, pada kali ini ku ingin berkongsi sebuah
kisah tentang menghadang godaan syaitan.
**********
Pada
suatu waktu Muhammad bin Ahmad, seorang ustaz dan mubaligh, bercerita kepada
Muhammad bin Qasim al-Farsi. Di dalam cerita itu dituturkan bahawa ada seorang
pelajar berkeinginan menuntut ilmu agama kepada seorang ilmuwan ( ulama ) di Iraq. Dia mempersiapkan bekal
sebanyak seribu dinar. Setelah menamatkan pelajaran, dia pulang. Ketika mohon
izin kepada gurunya, terjadi dialog :
“ Berapa biayamu di sini ?” tanya ustaz.
“ Seribu dinar,” jawab pelajar itu.
“ Baiklah, kepulanganmu akan kuhantar dengan sebuah
pesan berharga yang dapat kamu jadikan bekal , yang hal ini menandingi ilmu
yang kamu perolehi di meja belajar dan biaya yang telah kamu keluarkan,” kata
ustaz.
“ Baiklah, wahai tuan guru.”
“ Dari manakah sebetulnya kamu datang?”
“ Dari negeri Khurasan,” jawabnya.
“ Apakah di sana ada syaitan?,” tanya sang ustaz.
Tentu saja di mana pun ada syaitan, wahai tuan guru,”
jawab pelajar itu.
“ Jika syaitan itu menggodamu, agar kamu tersesat
apakah yang akan kamu lakukan untuk menghadangnya?” tanya ustaz.
“ Tentu syaitan itu akan aku tolak dengan segala
kemampuan yang ada. Akan aku cegah syaitan itu dengan sungguh-sungguh.”
“ Manakala syaitan itu berkeras, kamu mencuba untuk
menolaknya lagi?” tanya ustaz.
“ Ya, aku akan melakukan seperti usaha yang telah aku
lakukan,” jawab pelajar itu.
“ Kalau begitu umurmu habis hanya untuk menolak godaan
dan rayuan syaitan, tidak memiliki waktu luang untuk beribadah kepada Allah
s.w.t.” tutur ustaz.
“ Mengertikah kamu, manakala kamu berjalan bersama
seorang penggembala kambing dan di dekatnya ada seekor anjing garang yang siap
menggigit orang dari belakang dan dari depan, manakala dirimu menolak dengan
cara seperti itu, tentu kamu tidak mempunyai kesempatan untuk menyelamatkan
diri,” tutur ustaz melanjutkan bicaranya.
“ Kalau begitu, apa yang harus aku lakukan, wahai tuan
guru?” tanya pelajar itu meminta penjelasan.
“ Panggilah si empunya anjing agar dia melarang anjing
itu menyerangmu, dengan kelebihan kekuatannya,” tegas ustaz.
**********
Pengajaran
kisah ini, kisah yang ditutur dalam kitab al-Misbah karya Muhammad bin Qasim
al-Farisi ini memberikan pengertian kepada umat manusia bahawa dalam menghadapi godaan dan rayuan
syaitan cukup sekiranya dengan berserah diri kepada Allah, meningkatkan
pengabdian kepada-Nya.
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment