Tautan Ukhwah

Monday, November 21, 2011

Masih sempat lagi ke?

                                                                       

Assalamualaikum w.b.t,

          Alhamdulillah, segala puji bagi Tuhan sekalian alam, selawat serta salam buat junjungan Nabi Muhammad s.a.w, keluarga baginda dan buat semua insan yang meneruskan perjuangan Nabi Muhammad s.a.w.

Para pembaca yang dirahmati Allah sekalian,

          Mati adalah suatu kepastian. Jika ditanya kepada semua orang, pastinya tahu bahawa setiap yang hidup pasti mati. Tidak ramai manusia yang mahu mati awal, namun siapa yang mampu berlawan dengan ketentuan-Nya ? Orang yang beriman pasti merindui mati.

Andaikata dalam masa 1 saat lagi kita akan mati, apa yang kau akan lakukan?

o   Masih sempat lagi ke nak bermsg dengan saudara mara?

o   Masih sempat lagi ke nak menangis?

o   Masih sempat lagi ke nak bertaubat?

o   Masih sempat lagi ke nak gelak ketawa?

o   Masih sempat lagi ke nak keluar berdating?

o   Masih sempat lagi ke nak cari kain untuk tutup aurat?

o   Masih sempat lagi ke nak meminta maaf kepada orang sekeliling?

o   Masih sempat lagi ke nak makan-makan?

o   Masih sempat lagi ke nak berdendam dan menyakiti orang lain?

o   Masih sempat lagi ke nak cuci hati yang telah terlalu kotor itu?

o   Masih sempat lagi ke nak bawa hati yang suci kepada-Nya?

o   Masih sempat lagi ke nak jadi hamba-Nya yang bertaqwa?

o   Masih sempat lagi ke nak bercita-cita ke syurga setelah apa yang kita lakukan di dunia ini?


Wahai hamba Allah sekalian,

          Sedarlah, kematian itu tidak mengira waktu. Kamu tidak akan dapat memberi kepastian yang kita akan hidup sesaat akan datang. Jadi, mengapa masih merasa selesa dengan kemaksiatan yang dilakukan sekarang?

Bila nak berubah???

Sekarang !!!

Hati yang bagaimana kamu nak bawa berjumpa dengan pemilik-Nya nanti?

Bukakanlah hatimu..

Marilah kita menjadi generasi perindu syurga..

Bersama-sama meraih redha dan menggapai kasih sayang-Nya.

Ingatlah..Kembali dengan taubat bukanlah satu kemunduran, namun satu kemajuan, kembali dengan taubat bukanlah kelemahan, namun satu kesedaran positif. Ayuh, kita bertaubat..

Moga kita sentiasa mujahadah dalam hidup ini semata-mata kerana-Nya.

Wallahualam.

4 comments:

  1. selagi nyawa masih di tubuh kita,pintu taubat Allah itu selalu terbuka..
    kalau benar kita mahukan syurgaNya, berusahalah untuk menggapainya..
    jangan biarkan angan-angan itu mati sekadar di bibir kita saja..
    moga Allah permudahkan segalanya.. ^^

    ReplyDelete
  2. Duhai sahabatku,

    Itulah pentingnya ma'iyatullah(rasa kebersamaan Allah) dalam hidup kita dan setiap detik..

    Moga dgn rasa itu mampu menangkis segala keburukan yang menghampiri kita..

    teruskan menulis... jmput ke blog fatin nnt.. =)

    ~permata yang dicari~

    ReplyDelete
  3. cik dila, wardatul shauqah, wafa zinnirah92 :

    salam..syukran atas nasihat, pedoman & komen yang bermkna...

    moga kita semua sentiasa dlm rahmat-Nya.

    ReplyDelete