Assalamualaikum,
Segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat
Ilahi ya Rabbi. Selawat dan salam kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w yang
telah membimbing umat manusia ke jalan yang benar dalam mencari keredhaan Allah
s.w.t.
Hingga
ke hari ini, ku masih tersenyum mengenangkan perkara semalam. Rasa hepi sangat
dapat meluangkan masa dengan ayah dan hanya berdua. Macam orang keluar
berdating plak, tetapi indahnya berdating dengan ayah sendiri.
Selepas
Maghrib, ku dan ayah ke kedai cermin mata untuk memperbaharui cermin mataku.
Kemudian kami ke pasaraya untuk membeli saki baki barang yang ingin ku bawa ke
Kelantan tidak lama lagi. Jalan berdua ngan ayah, memilih barang ngan
ayah..indah sangat-sangat.
Patutlah
kadang-kadang mak cakap jeles melihat gelagat ku dan ayah. Maklum la, ku anak
sulong dan seorang jer perempuan dalam family ni. Bukan sahaja, mak yang
jeleskan kami, malah sahabat-sahabatku jua merasai cemburu dengan keakraban
antara ku dan ayah.
Mana
taknya, jika di Kelantan, tiap-tiap hari mesti ada msg dr ayah ..” Salam,
sayang ayah sihat x hari ni? Dah makan? Ayah harap syg ayh sentiasa hepi dalam
pa jua keadaan..Ayah syg akak..”…inilah pengubat rinduku setiap kali berada
jauh dari familyku.
Untuk
pengetahuan kalian, ayahku kahwin pada usia 19 tahun. Jadi, umurnya sekarang
baru 40 tahun sebab masa usia 21 tahun, ku baru dilahirkan. Makanya, apabila ku
bergambar dengan ayah, ayah nampak muda sangat2. Ayahku berjiwa sporting sangat
dan yang paling best dalam family ku dilayan dengan penuh manja dan kasih
sayang.
Ayah & emak
Ayah
memanggilku ‘sayang’, dan ku suka dengan panggilan ini. Pernah ku di tanya oleh
sahabat kenapa ayahku memanggilku sedemikian? Ku menjawab, sebenarnya ayah nak
ku merasakan ada yang mengambil berat tentangku dan tidak dapat diambil oleh
mana-mana lelaki sebelum menjadi suamiku. Terkenang pulak pada kisah Saidina
Ali r.a, yang begitu cemburukan cinta Saiditina Fatimah kepada ayahnya, Nabi
Muhammad s.a.w.
Ayah
penah cakap,..” Kak, nanti law dah kawin, law suami akak xbg balik tgk makayah,
akak kena patuh arahan suami..ayah xper..ayah paham..”. Entah kenapa, hatiku
terlalu sedih mendengar ucapan itu. Rasa xsanggup ku berjauhan dengan ayah.
Ayah yang terbaik!
Mak
penah cakap, kalaw ku x balik umah dan masih berada di Kelantan, ayah xakan
beli makanan yang sedap2 sangat sehingga ku balik ke umah. Apabila ku balik
plak, pastinya ayah beli makanan yang banyak dan sedap-sedap. Tambahan pula,
ketika makan, ayah asyik melayan ku ketika makan. Ayah selalu cakap..” suka,
tengok syg ayah makan..”.
Ayah memang memahami diriku….
Jika ku sakit, dialah orang pertama yang kelam kabut
membawa ku ke hospital,
Jika ku sedih, dialah yang memujukku,
Jika ku keliru, dialah yang menolong ku membuat
keputusan,
Jika ku suka makan sesuatu, dialah yang selalu belikan
untukku,
Jika ku gembira, dialah yang lebih gembira dariku,
Jika ku perlu balik ke tempat belajar, dialah yang
sibuk ingin menghantarku,
Jika ku mendapat kejayaan, dialah orang pertama yang
mengucapkan tahniah kepadaku,
Jika ku lalai tentang-Nya, dialah yang memberi nasihat
kepadaku,
Jika ku sedang rehat, dialah yang bergurau senda
denganku,
Jika ku sedang berusaha dalam sesuatu, dialah yang
sering mendorongku.
Wahai ayahku tersayang,
Ku amat
menyayangimu setulus hatiku. Ku akan sentiasa mendoakanmu agar dikau sentiasa
tabah dalam hadapi apa jua keadaan. Terima kasih atas segala kasih sayang yang
telah kau berikan kepadaku. Kau adalah ayah terbaik buatku. Moga Allah sentiasa
memberi rahmat kepadamu..
Terima kasih buat makayahku atas segalanya...sayang kalian!!!
Coretan dariku yang rindukan makayah,
Siti Nabilah Azman.
semoga Allah merahmati ayah yang soleh seperti ayah nabila
ReplyDeletebuat akak teringat arwah ayah akak (T.T)
nabilah mesti hargai betul2 tau selagi beliau ada di sisi!
mu'minah :
ReplyDeletemaaf law perkongsian ini buat akak sedih...
moga arwah ayah akak tergolong dalam kategori iarang2 yg beriman di sana,
insyaallah, nbilah akan jge ayah selagi nbilah dpt berbakti kpdnya..
jazakillah atas dorongannya..
rindu akak..
assalamualaikum..
ReplyDeleteAlhamdulillah enti sgt beruntung dpt seorg ayah yg bnar2 mngambil berat akn enti..
semoga enti mnjadi seorg ank yg solehah..
=)
Aisya Humaira: Waalaikumuslm...
ReplyDeleteAlhamdulillah..isnyaallah,
moge enti juga hidup indah dlm dakapan cinta-NYa.
assalamualaikum kak...
ReplyDeletekasih sayang seorang ayah tiada bandingannya.Alhamdulillah akak ada seorg ayah yg sgt penyayang.Sy pun mcm akak juga,syg sgt2 kat ayah sy,tmbah2 keadaan ayah sy yg x mengizinkan,dr seorg yg berisi,kini dh tinggal tulang,tp masih mencari rezeki utk anak isterinya,besar pengorbanan ayah utk sy skeluarga.Ayah sy juga seorg penyayang,alhamdulillah anugerah drNYA.Sayangilah mereka,selagi hayatmereka berdua masih ada.Sedih,bila mengenangkan pengorbanan seorg ayah buat anak2nya.
JIHA NAJIHAH :
ReplyDeletewaalaikumuslm..
btol tue dik...besar pengorbanan seoarang ayah..
moga kita sentiasa dpt berbakti kpd mereka..
insyaALLAH,akak..airmata menitis tanpa sedar...(utk ayah yg disayangi,ayah,kakak syg ayah...syg sgt2).
ReplyDeleteJIHA NAJIHAH:
ReplyDeletemoga airmatamu itu cukup berharga buat si ayah..
sygilah ayah..
doa kita kepd mereka amatlah membawa seribu makna buat mrka..insyaallah..
berbuat baiklah pada kedua org tua mu..
ReplyDelete" sesungguhnya redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa.."
~ sharing is caring..(^_~) ~
sebagai anak,mmang sy sentiasa doakan yg terbaik utk mak ayah sy,sy nak mereka berdua bahagia dunia dan akhirat,sy rela berkorban utk mak ayah sy...tp sy sedih sgt2 tgk keadaan ayah sy,dlm sakit2 pun sanggup luangkan masa hantar sy ke sek,sikit pn x pernah bersungut,rasa bersalah plak sy...klau blh sy nak sakit ayah dipindahkan kpd sy,sy rela menanggungnya,sy x smpai hati tgk keadaan ayah sedemikian rupa...sy nak ayah sy sihat seperti sediakala,tp takdir ALLAH,tiada siapa yg boleh menduganya..berat sungguh ujian yg menimpa ayah sy..dia tetap sabar dan x pernah sekalipun merungut...bila sy katakan kesian ayah,dia akan ckp 'ini ujian ALLAH utk ayah'..bila tgk keadaannya sy akan menangis,mmang airmata x dpt ditahan lg...sesungguhnya sy amat menyayangi ayah sy,dia seorg ayah baik buat sy,x sanggup kehilangannya...terima kasih akak,sbb sudi dgr luahan hati sy.
ReplyDeletepeRmaTa_ aGamA : jazakillah atas ingtn ini...
ReplyDeleteJIHA NAJIHAH : akak ske dgr luahan hti dik..begitu tulus menyayangi ayah..moga keluargamu sentiasa bahagia di bawah rahmat-NYa.
terima kasih akak,aamin..insyaALLAH.
ReplyDeletesalam rindu sahabatku..
ReplyDeletePerkongsian yg menyentuh jiwa..
Hampir menitis air mata..
mak dan ayah adalah insan yang tiada gantian..
mereka terlalu berharga dan bernilai buat kita selama-lamanya.. =)
p/s: jmput ke blog fatin nnt..
teruskan berkongsi.. ^_^
~permata yang dicari~
"Kasihnya ibu membawa ke syurga, kasihnya ayah selama-lamanya. Semuanya diberi agar kita membesar penuh sempurna, menjadi insan yang berjaya dan penuh mulia."
ReplyDeleteDaripada Umar ra. Katanya telah bersabda Rasulullah saw: “Redha Allah ada pada redha kedua-dua ibu bapa dan kemurkaan Allah ada pada kemarahan kedua-dua ibu bapa.” (Riwayat Tirmidzi, Ibnu Hibban dan al-Hakim)
Bagaimana mungkin redha Ilahi dapat diraih sekiranya syarat mendapat redha-Nya tidak dipenuhi?
salam ukhuwah ya ukhti..
ReplyDeletesyukran sudi mbaca blog.
smg ibu bapa kita smua sntiasa brada di bawah lindunganNya.
dan ingatlah,sntiasa ingat bhw harta berharga yg mak ayah tinggalkan adlh ank yg soleh dan solehah.
smg kita smua terus berusaha unt mmbahagiakan mrk.sbb slama2nya,sbanyak mana pun kita bt unt mrk,tetap xkan terbanding dgn apa yg mrk bt unt kita.dr dulu smp skrg.
salam mahabbah wa aidil adha ^^
wafazinnirah : Waalaikkumslm..
ReplyDeleteinsyaallah, law ada mase nbilah ziarah blog ftin..^_^.
abuikhwan: salam..jazakillah atas perkongsian & ingtnnya..^_^
ReplyDeleteNur Amira: wslm..amin..salam adiladha gak.,..