Assalamualaikum w.b.t,
Alhamdulillah
dengan izinNya dapat juga ku luangkan masa untuk menulis dalam blog ini. Sejak
kebelakangan ini, hidupku dipenuhi dengan buku-buku yang di atas meja
belajarku, maklum la tengah final exam. Namun, ku terfikir adakah dengan
kesibukan ini, mampu menguatkan imanku terhadap Allah? Di saat inilah semua
pergantungan di letakkan kepadaNya. Siapa yang mampu memberi ingatan yang kuat
kepada ku dalam menghafal ilmu-ilmu dariNya? Pastinya Allah s.w.t.
Pembaca yang Allah kasih sekalian,
Iman
adalah sebab manusia selamat dari azab neraka. Orang-orang mukmin selalu
berusaha memegang teguh agama mereka, bahkan dengan mengorbankan jiwa dan raga.
Namun demikian, kaum muslimin mendapat keringanan dalam hukum mengucapkan kalimah
kufur pada keadaan terpaksa, dengan catatan bahawa iman tetap terpahat
dalam hati mereka.
Allah
s.w.t berfirman :
wÎ) ô`tB
onÌò2é& ¼çmç6ù=s%ur BûÈõyJôÜãB
Ç`»yJM}$$Î/
Maksudnya :
“ …kecuali orang yang dipaksa kafir, padahal hatinya
tetap tenang dalam keimanan…”
( An-Nahl : 106 )
Betapa
indahnya sejarah mencatat wanita-wanita teladan yang lebih memilih kematian
berbanding harus kafir, meskipun hidup di bawah bayang-bayang kekuatan yang
zalim. Di sini, ana nak ambil contoh isteri Firaun, Asiah.
Allah
s.w.t berfirman :
UuÑur ª!$# WxsVtB úïÏ%©#Ïj9 (#qãZtB#uä |Nr&tøB$# cöqtãöÏù øÎ) ôMs9$s% Éb>u Èûøó$# Í< x8yYÏã $\F÷t/ Îû Ïp¨Yyfø9$# ÓÍ_ÅngwUur `ÏB cöqtãöÏù ¾Ï&Î#yJtãur ÓÍ_ÅngwUur ÆÏB ÏQöqs)ø9$# úüÏJÎ=»©à9$# ÇÊÊÈ
Maksudnya :
“ Dan Allah menjadikan isteri Firaun sebagai
perumpamaan bagi orang-orang mukmin, ketika dia berkata, ‘ Ya Tuhanku, dirikan
untukku sebuah rumah di sisi-Mu, dalam syurga. Selamatkanlah aku dari Firaun
dan perbuatannya dan kaum yang zalim.”
( At-Tahrim : 11)
Sayyid
Qutb berkata, “ Lihatlah isteri Firaun, badai kekafiran tidak menggoyahkan
keimanannya sedikit pun. Dia hidup di istana Firaun, sendiri meraih
keselamatan. Tatkala terbebas dari ikatan istana kufur Firaun, dia memohon
kepada Tuhannya untuk mendirikan rumah baginya di syurga. Dia melepaskan diri
dari hubungannya dengan Firaun dan perbuatan-perbuatan terkutuknya , kerana
rasa takut dan keimanannya kepada Allah. Asiah adalah wanita yang paling rapat
dengan Firaun, namun mampu selamat dari pengikutnya justeru pada saat dia hidup
di tengah-tengah mereka.
Munajat
dan sikap Asiah adalah teladan terindah dalam kehidupan. Menjadi isteri Firaun,
salah satu raja paling berkuasa pada saat itu, adalah impian orang ramai.
Kedudukannya sebagai ratu dalam sebuah istana yang megah adalah kenikmatan yang
selalu didambakan wanita. Seindah-indah istana tersebut, Asiah lebih memilih
keimanannya. Pesona kenikmatan hidup tidak membuatnya leka. Sebaliknya, dia
menganggap semua hal tersebut sebagai ujian dan musibah, yang membuatnya harus
meminta pertolongan kepada Allah.
Asiah
adalah seorang wanita yang berada di puncak sebuah kerajaan besar dan berkuasa.
Wanita biasanya lebih mudah terpengaruh oleh norma-norma masyarakat sekelilingnya.
Luar biasanya, Asiah lebih memilih untuk bersendirian, di tengah-tengah tekanan
masyarakat, kekuasaan, raja dan kehidupan sosial, menadah ke langit mengusung
keimanannya. Dia adalah teladan dalam pencapaian persendirian kepada Allah di
tengah-tengah pengaruh dan tekanan segala penjuru kehidupan. Oleh kerana itu,
dia patut disebutkan dalam Al-Quran, yang selalu dibaca dan didengar di seluruh
penjuru alam. Para malaikat di langit akan selalu membacanya dalam
munajat-munajat.”
Dari
Abu Musa bahawa, Rasulullah s.a.w bersabda :
“ Ramai lelaki yang sempurna, dan tidak para wanita
yang kecuali Maryam binti Imran dan Asiah, isteri Firaun. Dan keutamaan Asiah dibanding
dengan wanita-wanita lain seperti keutamaan bubur roti ( tsard ) atas
makanan-makanan lain.”
( HR. Bukhari dan Muslim )
Dari Anas, Rasulullah s.a.w bersabda :
“
Telah cukup bagi kamu, dari wanita-wanita di dunia ( sebagai teladan ), iaitu
Maryam binti Imran, Khadijah binti Khuwailid, Fatimah binti Muhammad dan Asiah,
isteri Firaun dari seluruh wanita di dunia.”
**********
Di sini, kita dapat lihat betapa
hebatnya keimanan yang telah ditonjolkan oleh Asiah, isteri Firaun. Walaupun
diuji pelbagai ujian, namun imannya tetap teguh dan meletakkan semua
pergantungannya terhadap Allah s.w.t. Jadi, ayuh sahabat-sahabat sekalian, kita
bersihkan hati, mantapkan iman !
Wassalam.
Assalamualaikum wbt..
ReplyDeleteJazakillah Nabilah atas perkongsian ni..
Sungguh berguna buat semua..
Hebatnya keimanan Asiah walaupun diberi ujian, masih berdiri teguh..
Kita macam mana?
Adaka kita juga turut mampu menjadi seperti Asiah?
Persoalan ini bermain di benak fikiran,
membuatkan diri terkesima,
muhasabah sebentar.
Teruskan berkongsi, menyentuh hati2 mereka yang dahagakan keimanan yang tulen ^^
~permata yang dicari~