Yunus bin Ubaid dari Alhasan berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda : “ Setiap anak Adam itu akan dijaga oleh 2 orang malaikat, dan malaikat yang sebelah kanan itu lebih berkuasa dari yang di sebelah kiri.”
Kalau seseorang anak Adam itu membuat
dosa maka malaikat yang di sebelah kiri akan bertanya kepada malaikat yang di
sebelah kanan : “ Apakah yang harus aku catit?” Maka berkata malaikat yang di
sebelah kanan : “ Jangan kamu catit dosanya sehingga ia melakukan 5 dosa.”
Kemudian bertanya malaikat yang di
sebelah kiri lagi: “ Kalau dia telah melakukan 5 dosa, apakah yang harus aku
catitkan?” Berkata malaikat yang di sebelah kanan : “ Biarkan sehingga dia
membuat kebaikan, sebab kami telah diberitahu bahawa satu hasanat kebaikan
dapat sepuluh kali ganda, oleh itu kita hapuskan 5 sebagai imbangan dari dosa
yang 5 dan kami catitkan hanya 5 hasanat.”
Apabila syaitan mendengar yang
demikian maka dia pun menjerit sambil berkata : “ Kalau macam ini bilakah aku
dapat menjerumuskan anak Adam?”.
Lihatlah bagaimana Allah s.w.t begitu
sayang kepada kita sehingga memberi kita begitu banyak peluang untuk kita
berfikir, contohnya apabila kita membuat satu kejahatan maka kita cuma akan
dicatit satu dosa tetapi apabila kita membuat satu kebaikan maka kita akan
dicatit 10 kebaikan.
Allah s.w.t memberi peluang kepada kita
dengan memanjangkan usia kita supaya kita akan bertaubat dan kembali
menyembahNya. Dan Allah s.w.t juga sentiasa menerima taubat kita.
Jadi, ayuh bersama kita memperbaiki
iman, menyusuri jalan menuju cintaNya yang Agung..
insyaAllah..
ReplyDelete