Tautan Ukhwah

Friday, December 23, 2011

Perhubungan Dengan Adik-Adik



Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum w.b.t,

          Segala pujian buat pencipta alam ini, Allah s.w.t, selawat dan serta salam buat junjungan Nabi Muhamad s.a.w serta insan-insan yang meneruskan perjuangan beliau.
                                                                         Adikku  Firdaus, 17thn
          Alhmdulillah, pada jam 4.15 pagi tadi, ku tiba di Kedah. Apabila sampai di rumah, adik-adik bersalaman denganku. Untuk pengetahuan anda, ana merupakan seorang kakak kepada 3 orang adik lelaki. Apabila terjaga daripada tidur pagi, terkedu ana buat seketika. Ku lihat, rumah kemas sangat2, pinggan mangkuk dah dibasuh, baju dah disidai, rumah dah disapu, sampah dah dibuang…mak ke yang buat? Tapi…mak kan keje??? Akhirnya, ku intai-intai di halaman rumah. Ku lihat adik f2, Amirul sedang menyapu. Allahuakbar…terharu sangat2..wahai adik-adikku..Firdaus, Amirul dan Syahmi, kakak sayang sangat kepada kalian.
                                                                                               

   Adikku Amirul, 14 thn & Syahmi, 9 thn
                                                           
Pembaca yang dirahmati Allah sekalian,

          Tadi, sempat lagi ku membelek-belek sebuah buku yang berjudul 100 Akhlak Mulia oleh Dr.Hasan Mohd Haji Ali. Akhirnya, mataku terpana pada satu tajuk iaitu Perhubungan dengan adik-adik. Mari ana cuba kongsikan apa yang terkandung dalam tajuk itu.

Perhubungan Dengan Adik-Adik

Tahukah kalian, adik-adik merupakan cermin kepada abang dan kakak. Pembentukan perangai dan perilaku mereka berkait secara langsung dengan apa yang sering ditunjukkan oleh abang dan kakak. Oleh itu, abang dan kakak mestilah menunjukkan contoh teladan yang baik kepada adik-adik terutamanya dalam hal kasih sayang.

Tidak dinafikan bahawa adik-adik yang kecil tidak dapat menolong dan membantu abang dan kakak bahkan mereka sememangnya tidak diharap untuk melakukan perbuatan ini. Namun demikian, bila tiba masa yang sesuai, adik-adik mungkin akan mula bersedia membantu mereka. Abang dan kakak mestilah menunjukkan kasih sayang terhadap adik-adik.

Apa yang perlu dilakukan oleh seorang abang dan kakak?

·         Sentiasa bersedia dengan ikhlas membantu adik-adik ketika mereka memerlukan bantuan.

·         Sentiasa memberi rangsangan dan dorongan kepada mereka dalam apa jua bidang yang diceburi bagi meningkatkan lagi keupayaan mereka.

·         Sentiasa memberi bimbingan kepada adik-adik khususnya di bidang agama dan moral supaya mereka berada di jalan yang lurus.

·         Sentiasa mengambil berat tantang apa jua masalah yang dihadapi seperti masalah kewangan dan masalah bimbingan.

·         Sentiasa memberi kesempatan kepada adik-adik untuk mengembangkan kemampuan akal, pemikiran dan pengalaman seperti membawa mereka ke tempat-tempat yang mempunyai unsur-unsur pendidikan, pengajaran dan sebagainya.

·         Sentiasa menunjukkan sifat-sifat berlemah-lembut, suka membantu, berkasih sayang, mesra dan sebagainya.


Ingatlah, pengalaman akhlak yang baik ketika bersama adik-adik akan membantu mereka menjadi seorang insan yang berguna. Ia juga dapat menghindarkan mereka daripada terikut dengan amalan-amalan yang tidak diingini. Sayangilah adik-adik anda.

 Wallahualam.

6 comments:

  1. subhanallah.... moga hubungan sakinah ini berkekalan hingga syurga... :)

    salam ziarah

    ReplyDelete
  2. Iznie :

    amin...

    jazakillah atas ziarahnya..^_^

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum wbt.

    Sahabatku dunia akhirat.. =)
    Jazakillah atas entry ini.. ianya adalah peringatan bauat diri ni..

    Teruskan menulis jika ada kelapangan.. ^_^

    Fatin baru post tajuk baru, nnt jnputlah komen..

    ~permata yang dicari~

    ReplyDelete
  4. wafa zinnirah92:

    Waalaikumslm..

    Insyaallah...law ada klpngn..nbilah ziarah..

    ReplyDelete
  5. teruskan karya bait-bait mutiara nasihat buat panduan ummah di luar sana...

    ReplyDelete
  6. abuikhwan:

    syukran atas dorongannya..insyaallah..

    ReplyDelete