Tautan Ukhwah

Wednesday, December 28, 2011

Kisah Tudung..

                                                               

Bismillahirrahmanirrahim,

Jari-jemari mula memulakan langkah…

Hati ini berbicara sendirian seketika.

Otak bergeliga berfikir, apa yang ingin dikongsikan dengan pembaca.

Satu perasaan hadir dalam benak membuatku terasa begitu ganjil dengan perasaan ini.

Perasaan gementar tiba-tiba muncul..risau..

Risau jika ku tidak melakukan apa yang ku tulis.

Buat pembaca yang dirahmati Allah,

          Ku hanya hamba yang lemah, penuh kekhilafan..masih berjuang di jalan redha-Nya, ingin sentiasa berada dalam dakapan kasih sayang-Nya. Terasa banyak dosa yang dilakukan sehingga tanganku terkaku sebentar dari meneruskan menulis. Astagfirullah..

          Menjadi realiti zaman kini, apabila terpandang wanita yang bertudung labuh, mesti ada yang menggelarnya ‘ustazah’. Kenapa ya?

Senyum terukir di bibir..apabila suatu memori terlintas di fikiranku..

**********
“ kak..cuba pakai tudung ni..”, kata mak.                                            
                     
Ku berjalan ke arah mak dan mengambil tudung itu lalu ku mencuba memakainya. Tika ini, usia ku 12 tahun dan akan memasuki 13 tahun. Ku telah ditawarkan belajar di Sek Men Keb Agama Baling.

“ mak….labuhnya.. tak suka..,” akhirnya ada titisan air mataku yang mengalir di pipi.

“ la…cantik anak mak pakai tudung ni..lama-lama kak akan selesa la ngan tudung ni..”, kata mak.

Seharian ku merajuk dengan mak. Jiwa remajaku memberontak. Ku tahu perempuan kena tutup aurat, tapi ku belum bersedia untuk memakai tudung labuh.

Akhirnya, dalam keterpaksaan ku memakai tudung labuh itu ke sekolah menengah.

Setelah sebulan ku istiqamah memakai tudung itu..tiba-tiba…satu perasaan aneh berlaku.

Sikapku berubah..ada satu perasaan yang begitu tenang..tarasa dijaga oleh-Nya..
Allahuakbar…

Apabila balik cuti, ku terus mengajak makayah ke kedai..dan membeli kain untuk dibuat tudung labuh. Hatiku terlalu tenang..akhirnya ku lihat makayah mengukir senyuman yang manis untukku.

Ku tidak dapat dipisahkan dengan tudung itu..

Bibirku mengucapkan syukur terhadap Ilahi terhadap perasaan ini..sungguh tenang..cintaku terhadap-Nya lebih mendalam…

Sepanjang berada di sekolah, ku cuba menghabiskan masaku bersama-Nya..ku lebih suka bersendirian tanpa disedari oleh rakan-rakan. Berduaan dengan-Nya.

Indahnya dalam dakapan cinta-Mu………

**********
Kini, ku masih dengan tudung itu…

Daripada tidak suka, akhirnya suka..

Namun..ku rasa terbeban bila ramai yang suka menggelarku..”ustazah”. Rasa hina menyelubungi diri ini..

Kata diri..

Aku masih hamba yang lemah, masih banyak kekhilafan…

Menangis diri ini tatkala berdosa kepada-Nya..

Tidak layak ku mendapat panggilan itu..ku masih belajar..dalam pengajian yang betul2 ku ingin pelajari.

Tatkala ku bersujud..merintihku kepada-Nya..

Masih banyak yang perlu ku perbaiki diri ini..

Buat teman-temanku…

Ketahuilah..diriku hanya insan yang lemah..penuh kekhilafan..andai ku ada melakukan kesilapan..tegurlah daku..

Buat pembaca..

Tidak semestinya, dia bertudung labuh itu alim bak ulama, tetapi dia juga insan biasa yang masih dalam rangka mengejar cinta-Nya. Tidak kira siapa dia..kita siapa…yang pasti kita semua adalah sama..sama2 menjadi hamba-Nya.

Pastikan setiap apa yang kita lakukan, jika ditanya di akhirat, kita ada jawapan untuknya.

Wahai muslimah,

Tutuplah auratmu walau bagaimana jua pun, asalkan menutup aurat..kisah dia atas, hanya kenanganku..tidak terlintas di fikiranku untuk membeza-bezakan antara tudung labuh dan tudung biasa. Maaf andai ada yang terasa..yang utama, kita tutup aurat..kan?Walau siapa pun kita, bertudung labuh, tudung biasa atau yang tidak bertudung sekalipun, kita SEMUA adalah manusia biasa, yang lemah, ada cacat celanya.

Ingatlah..

Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.

“ Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia, umpama kaca mata yang bersinar-sinar, tetapi tidak dapat melihat apa-apa”.

Wahai muslimah..

Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan agenda mencari Si Soleh, tetapi berusahalah menjadi yang solehah.

Mari kita menjadi generasi perindu syurga…

Jika syurga menjadi idaman, jalannya seluas mata memandang, jika keampunan yang didamba, gerbangnya setia menanti…usah gusar dugaan di hadapan..andai hati nekad mengejar cinta Ilahi.. 
                                                 

Akhir kalam..

Diri ini memohon maaf..andai sepanjang penulisan ini, ada membuatkan hati-hati terluka dan terguris. Penulisan kali ini hanyalah satu perkongsian pengalaman dalam hidup penulis. Ambillah apa yang baik, dan tinggalkanlah apa yang tidak baik.

Wallahualam.



1 comment:

  1. salam ziarah ukhtiku sayang fillah..

    Smg sntiasa dalam rahmat-Nya..
    Mg Dirimu terus istiqamah dgn tudung labuh itu^_^

    Kami disekeliling sentiasa menyokongmu.. =)

    p/s: jmput ke blog fatin nnt.. jkk.

    ~permata yang dicari~

    ReplyDelete