Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum w.b.t,
Alhamdulillah,
segala puji buat Tuhan semesta alam, selawat dan salam buat junjungan Nabi
Muhammad s.a.w, keluarga baginda serta buat insan-insan yang meneruskan
perjuangan baginda.
Sebenarnya,
bukan saya menghilang dalam blog ini, cuma terlalu banyak urusan yang perlu
didahulukan. Baru-baru ini, selama 3 hari 2 malam, saya menghadiri PIMPIN ( nak
macam tamrin ), di Ktd. Rasa betul-betul nak jadi perindu syurga...
Pembaca yang dirahmati Allah sekalian,
Hadis sahih : “ Islam telah bermula dengan dagang dan
ia akan kembali dagang, maka berbahagialah mereka bersama Islam di waktu ia
dagang.” ( hadis Riwayat Muslim )
Dewasa
ini, masyarakat tidak nampak agama Islam sebagai satu rahmat. Jadi apa peranan
kita???
1) bawa masyarakat memahami Islam
2) jalinkan ukhwah dengan pelbagai cara
3) jihad terutama jihad nafsu
Pembaca yang setia,
Kadang-kadang
kita pernah terdengar rakan sebilik, rakan-rakan sekelas kita yang mengatakan “
sunyi la..”.Sedar ataupun tidak, mana mungkin rasa sunyi bagi orang yang sibuk
memburu cinta Allah. Betul x??? Renung-renungkan..
Pengisian
dari Ustaz Mohd Noor masih terngiang-ngiang di minda ini. Ustaz mengupas
tentang tarbiyah dzatiyah. Nikmat tarbiyah yang paling besar adalah Iman & Islam. Usaha dakwah dan
tarbiyah merupakan takrif rabbani yang wajib dilaksanakan dalam realiti hari
ini. Tarbiyah adalah proses meningkatkan kualiti diri individu sebagai anggota
kelompok sehingga layak memikul tanggungjawab kepimpinan.
“
Korensi Diri & Bersihkan Hati’, tajuk kuliah Maghrib dari Ustaz Ali Irfan.
Antara pengisiannya, dari Ibnu Munkadir berkata : “ Tidak ada kelazatan dunia
ini, kecuali pada 3 perkara :
1- Melaksanakan qiamullail
2- Bertemu dengan saudara2 seiman
3- Solat secara berjemaah
“ Kehidupan adalah perjalanan untuk kita kembali dan
pulang kepada Allah s.w.t”. ( Badiuzaman Said Nursi )
3 hari 2 malam mengisi hati di PIMPIN.
Banyak benda yang perlu diperbaiki dalam diri ini. Rasa banyaknya dosa ini.
Jika nak jadi istimewa di sisi Allah, kita kena usaha lebih dari yang
lain..Mari kita memburu cinta Allah..hilangkan rasa sunyi dengan sentiasa
berada dengan-Nya.
Nak rasa betul-betul hamba-Nya..Allah
terlalu kasih kepada kita, tapi kita?
Jika sebelum ni, solat sunat jarang dilakukan..mari banyakkan
solat sunat.
Jika sebelum ni, qiamullail jarang sekali
dilakukan..mari buktikan cinta kepada Allah dengan rela korbankan tido
semata-mata kerana-Nya.
Jika sebelum ni, cepat je su’uzon terhadap
sahabat..mari tanamkan perasan husnuzan dalam diri.
Jika sebelum ini, kurang bersedekah..mari kerapkan
sedekah walaupun 20 sen sehari.
Jika sebelum ini, kurang bertegur sapa dengan
masyarakat..mari rapatkan ukhwah ini.
Jika sebelum ni, kurang bersungguh2 menuntut
ilmu,..mari kita berjihad dalam menuntut ilmu.
Jika sebelum ni, kurang puasa sunat..mari mulakan
dengan sunat Isnin dan Khamis dulu.
Jika sebelum ni, kurang membaca Al-Quran..mari baca
Qalamullah walaupun sepotong ayat dalam sehari.
Jika sebelum ini, kurang bertenang jika dapat dugaan
dari-Nya..mari kita latih agar redha dengan takdir dari-Nya.
Pembaca yang budiman,
Mari
kita perbaiki diri..Mari kita wujudkan rasa ingin menjadi perindu syurga. Mari
kita memburu cinta-Nya..agar hidup kita lebih bermakna dan bahagia dengan kasih
sayang-Nya.
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment