Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum w.b.t,
Segala
pujian buat pencipta alam ini, Allah s.w.t, selawat dan serta salam buat
junjungan Nabi Muhamad s.a.w serta insan-insan yang meneruskan perjuangan
beliau.
Adikku Firdaus, 17thn
Alhmdulillah,
pada jam 4.15 pagi tadi, ku tiba di Kedah. Apabila sampai di rumah, adik-adik
bersalaman denganku. Untuk pengetahuan anda, ana merupakan seorang kakak kepada
3 orang adik lelaki. Apabila terjaga daripada tidur pagi, terkedu ana buat
seketika. Ku lihat, rumah kemas sangat2, pinggan mangkuk dah dibasuh, baju dah
disidai, rumah dah disapu, sampah dah dibuang…mak ke yang buat? Tapi…mak kan
keje??? Akhirnya, ku intai-intai di halaman rumah. Ku lihat adik f2, Amirul
sedang menyapu. Allahuakbar…terharu sangat2..wahai adik-adikku..Firdaus, Amirul
dan Syahmi, kakak sayang sangat kepada kalian.
Adikku Amirul, 14 thn & Syahmi, 9 thn
Pembaca yang dirahmati Allah sekalian,
Tadi,
sempat lagi ku membelek-belek sebuah buku yang berjudul 100 Akhlak Mulia oleh
Dr.Hasan Mohd Haji Ali. Akhirnya, mataku terpana pada satu tajuk iaitu
Perhubungan dengan adik-adik. Mari ana cuba kongsikan apa yang terkandung dalam
tajuk itu.
Perhubungan Dengan Adik-Adik
Tahukah kalian, adik-adik merupakan
cermin kepada abang dan kakak. Pembentukan perangai dan perilaku mereka berkait
secara langsung dengan apa yang sering ditunjukkan oleh abang dan kakak. Oleh itu,
abang dan kakak mestilah menunjukkan contoh teladan yang baik kepada adik-adik
terutamanya dalam hal kasih sayang.
Tidak dinafikan bahawa adik-adik yang
kecil tidak dapat menolong dan membantu abang dan kakak bahkan mereka
sememangnya tidak diharap untuk melakukan perbuatan ini. Namun demikian, bila
tiba masa yang sesuai, adik-adik mungkin akan mula bersedia membantu mereka.
Abang dan kakak mestilah menunjukkan kasih sayang terhadap adik-adik.
Apa yang perlu dilakukan oleh seorang abang dan kakak?
·
Sentiasa bersedia dengan ikhlas membantu adik-adik
ketika mereka memerlukan bantuan.
·
Sentiasa memberi rangsangan dan dorongan kepada mereka
dalam apa jua bidang yang diceburi bagi meningkatkan lagi keupayaan mereka.
·
Sentiasa memberi bimbingan kepada adik-adik khususnya
di bidang agama dan moral supaya mereka berada di jalan yang lurus.
·
Sentiasa mengambil berat tantang apa jua masalah yang
dihadapi seperti masalah kewangan dan masalah bimbingan.
·
Sentiasa memberi kesempatan kepada adik-adik untuk
mengembangkan kemampuan akal, pemikiran dan pengalaman seperti membawa mereka
ke tempat-tempat yang mempunyai unsur-unsur pendidikan, pengajaran dan
sebagainya.
·
Sentiasa menunjukkan sifat-sifat berlemah-lembut, suka
membantu, berkasih sayang, mesra dan sebagainya.
Ingatlah, pengalaman akhlak yang baik ketika bersama
adik-adik akan membantu mereka menjadi seorang insan yang berguna. Ia juga
dapat menghindarkan mereka daripada terikut dengan amalan-amalan yang tidak diingini.
Sayangilah adik-adik anda.
Wallahualam.
subhanallah.... moga hubungan sakinah ini berkekalan hingga syurga... :)
ReplyDeletesalam ziarah
Iznie :
ReplyDeleteamin...
jazakillah atas ziarahnya..^_^
Assalamualaikum wbt.
ReplyDeleteSahabatku dunia akhirat.. =)
Jazakillah atas entry ini.. ianya adalah peringatan bauat diri ni..
Teruskan menulis jika ada kelapangan.. ^_^
Fatin baru post tajuk baru, nnt jnputlah komen..
~permata yang dicari~
wafa zinnirah92:
ReplyDeleteWaalaikumslm..
Insyaallah...law ada klpngn..nbilah ziarah..
teruskan karya bait-bait mutiara nasihat buat panduan ummah di luar sana...
ReplyDeleteabuikhwan:
ReplyDeletesyukran atas dorongannya..insyaallah..