Assalamualaikum w.b.t,
Alhamdulillah,
dengan limpah dan izin-Nya, kita masih lagi bernyawa pada hari ini. Walaupun
pada pagi ini begitu menggugat keimanan kita. Mana taknya, hujan membasahi
bumi, sejuknya membuatkan kita perlu mujahadah yang kuat untuk bangun beribadah
kepada-Nya sebelum dicemari udara maksiat.
Pejuang agama Allah sekalian,
Tika
ini, senyum di bibir terukir, otak bergeliga berfikir. Sejenak ku cuba
mengingati tazkirah selepas Subuh oleh Kak Hanisah sebentar tadi. Ku paling
tertarik dengan kata-katanya tentang akaun kita di akhirat. Maka ku berfikir..
Zaman
kini, manusia lebih sibuk membuka akaun yang banyak di bank-bank dunia. Namun,
siapa yang telah membuka akaun di bank akhirat? Ramai kalangan kita yang sibuk
membuka bank di dunia, kerana risau kelak jika apa-apa yang menimpanya, dia
mempunyai duit simpanan di bank. Tidak pula dia berfikir apa yang dia ada kelak
selepas meninggalkan dunia?
Cuba
fikir sekarang ini, semestinya akaun Rasulullah dan sahabat-sahabat sentiasa
berjalan. Banyaknya pengorbanan mereka kepada umat yang akan datang. Jadi,
mahukah kita lihat akaun kita di akhirat hanya ‘ 0 ‘ ?
Apa
yang kita boleh lakukan untuk menambah nilai akaun kita di akhirat? Sebenarnya
terlalu banyak. Antaranya ialah mengajak orang lain ke arah kebaikan. Mungkin
ia tidaklah semudah yang kita sangkakan. Tapi ingatlah bahawa Allah sentiasa
bersama-sama orang yang sabar. Misalnya, kita nak kejut sahabat kita bangun
bersama untuk beribadah sebelum fajar. Mungkin pada awalnya, sukar baginya
untuk bersama kita. Tapi akhirnya, insyaallah, dia akan bersama kita sama-sama
untuk menggapai cinta-Nya.
Selain
itu, saling nasihat-menasihati. Memberi perkongsian kepada orang lain yang
boleh mendekatkan diri kepada-Nya. Insyallah, jika mereka pula sampaikan kepada
orang lain, akaun kita akan terus berjalan.
Qudwah
hasanah juga perlu diwujudkan. Mari kita menjadi qudwah kepada orang lain. Mari
kita mencontohi Rasulullah s.a.w. Bagaimana kita nak mewujudkan qudwah ini?
Antaranya ialah memakai pakaian yang di sarankan dalam Islam, melakukan kebaikan,
menjauhi kemungkaran, senyum apabila bertemu sahabat dan macam-macam lagi.
Apabila qudwah ini berkesan, kita dapat mambantu orang lain ketika mana mereka
ingin kembali kepada-Nya. Kemudian, mereka pula menjadi qudwah kepada orang
lain. Maka, nilai akaun kita semakin bertambah.
Pembaca yang setia,
Mati
itu tidak menunggu kita. Apa yang kita nak bawa di akhirat kelak? Macam mana
bank kita di akhirat? Adakah ia boleh membantu kita? Perbetulkan niat, kita
buat amal kebaikan di dunia ini, bukan semata-mata kerana ingin bank akhirat
kita banyak, namun semuanya kerana Allah semata-mata. Oleh itu, di sini, ku
ingin menyeru kepada diri sendiri dan anda semua, marilah kita sama-sama
perbanyakkan amal kita, membuat persedian untuk berjumpa dengan-Nya dan marilah
kita tanamkan dalam diri ini untuk menjadi generasi perindu syurga. Insyaallah.
Setakat ini saja perkongsian dariku. Apa yang baik, bolehlah diambil, apa yang
buruk itu datangnya dari kelemahan diri ini sendiri.
Wallahualam.
allah...peringatan y berharga..
ReplyDelete“aku menangis berfikir saat kedahsyatan ketika nyawa dicabut semasa sakaratul -maut dan berdiri di hadapan RABB AL-ALAMIN, sedangkan aku ini apakah akan dicampak masuk ke dalam neraka atau ke syurga sebagai tempat aku ditempatkan…
semoga buku akaun kita sentiasa update~
Anis :
ReplyDeleteJazakillah atas perkongsiannya..
selagi masa ada, marilah kita mecari redha & cinta-NYa..sekaligus mengupdate buku akaun kita.
amin.
Assalamualaikum wbt.
ReplyDeleteJazakillah atas ulangan. Sebagai manusia memang perlu selalu diingatkan.
Sama2 kiata berusaha dari sekarang untuk mengaktifkan akaun akhirat kita, InsyaAllah..
Doakan fatin terus kuat.. =)
Sayang Nabilah fillah..^_^
Jmput ke blog fatin untuk tinggalkan jejak yang berharga dari nabilah setelah sekian lama fatin menyepi... ^_^
~permata yang dicari~
rindunya nabila! apa khabar imanmu dik? smg hidupmu dilimpahi cinta Allah
ReplyDeleteakak dah tak guna blog lama tau. ni dah tukar url