Tautan Ukhwah

Friday, December 16, 2011

Mari buka akaun di Bank Akhirat

                                                                 

Assalamualaikum w.b.t,

          Alhamdulillah, dengan limpah dan izin-Nya, kita masih lagi bernyawa pada hari ini. Walaupun pada pagi ini begitu menggugat keimanan kita. Mana taknya, hujan membasahi bumi, sejuknya membuatkan kita perlu mujahadah yang kuat untuk bangun beribadah kepada-Nya sebelum dicemari udara maksiat.

Pejuang agama Allah sekalian,

          Tika ini, senyum di bibir terukir, otak bergeliga berfikir. Sejenak ku cuba mengingati tazkirah selepas Subuh oleh Kak Hanisah sebentar tadi. Ku paling tertarik dengan kata-katanya tentang akaun kita di akhirat. Maka ku berfikir..

          Zaman kini, manusia lebih sibuk membuka akaun yang banyak di bank-bank dunia. Namun, siapa yang telah membuka akaun di bank akhirat? Ramai kalangan kita yang sibuk membuka bank di dunia, kerana risau kelak jika apa-apa yang menimpanya, dia mempunyai duit simpanan di bank. Tidak pula dia berfikir apa yang dia ada kelak selepas meninggalkan dunia?

          Cuba fikir sekarang ini, semestinya akaun Rasulullah dan sahabat-sahabat sentiasa berjalan. Banyaknya pengorbanan mereka kepada umat yang akan datang. Jadi, mahukah kita lihat akaun kita di akhirat hanya ‘ 0 ‘ ?

          Apa yang kita boleh lakukan untuk menambah nilai akaun kita di akhirat? Sebenarnya terlalu banyak. Antaranya ialah mengajak orang lain ke arah kebaikan. Mungkin ia tidaklah semudah yang kita sangkakan. Tapi ingatlah bahawa Allah sentiasa bersama-sama orang yang sabar. Misalnya, kita nak kejut sahabat kita bangun bersama untuk beribadah sebelum fajar. Mungkin pada awalnya, sukar baginya untuk bersama kita. Tapi akhirnya, insyaallah, dia akan bersama kita sama-sama untuk menggapai cinta-Nya.

          Selain itu, saling nasihat-menasihati. Memberi perkongsian kepada orang lain yang boleh mendekatkan diri kepada-Nya. Insyallah, jika mereka pula sampaikan kepada orang lain, akaun kita akan terus berjalan.

          Qudwah hasanah juga perlu diwujudkan. Mari kita menjadi qudwah kepada orang lain. Mari kita mencontohi Rasulullah s.a.w. Bagaimana kita nak mewujudkan qudwah ini? Antaranya ialah memakai pakaian yang di sarankan dalam Islam, melakukan kebaikan, menjauhi kemungkaran, senyum apabila bertemu sahabat dan macam-macam lagi. Apabila qudwah ini berkesan, kita dapat mambantu orang lain ketika mana mereka ingin kembali kepada-Nya. Kemudian, mereka pula menjadi qudwah kepada orang lain. Maka, nilai akaun kita semakin bertambah.

Pembaca yang setia,

          Mati itu tidak menunggu kita. Apa yang kita nak bawa di akhirat kelak? Macam mana bank kita di akhirat? Adakah ia boleh membantu kita? Perbetulkan niat, kita buat amal kebaikan di dunia ini, bukan semata-mata kerana ingin bank akhirat kita banyak, namun semuanya kerana Allah semata-mata. Oleh itu, di sini, ku ingin menyeru kepada diri sendiri dan anda semua, marilah kita sama-sama perbanyakkan amal kita, membuat persedian untuk berjumpa dengan-Nya dan marilah kita tanamkan dalam diri ini untuk menjadi generasi perindu syurga. Insyaallah. Setakat ini saja perkongsian dariku. Apa yang baik, bolehlah diambil, apa yang buruk itu datangnya dari kelemahan diri ini sendiri.

Wallahualam.
         
          

4 comments:

  1. allah...peringatan y berharga..

    “aku menangis berfikir saat kedahsyatan ketika nyawa dicabut semasa sakaratul -maut dan berdiri di hadapan RABB AL-ALAMIN, sedangkan aku ini apakah akan dicampak masuk ke dalam neraka atau ke syurga sebagai tempat aku ditempatkan…

    semoga buku akaun kita sentiasa update~

    ReplyDelete
  2. Anis :

    Jazakillah atas perkongsiannya..

    selagi masa ada, marilah kita mecari redha & cinta-NYa..sekaligus mengupdate buku akaun kita.

    amin.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum wbt.

    Jazakillah atas ulangan. Sebagai manusia memang perlu selalu diingatkan.

    Sama2 kiata berusaha dari sekarang untuk mengaktifkan akaun akhirat kita, InsyaAllah..

    Doakan fatin terus kuat.. =)
    Sayang Nabilah fillah..^_^

    Jmput ke blog fatin untuk tinggalkan jejak yang berharga dari nabilah setelah sekian lama fatin menyepi... ^_^

    ~permata yang dicari~

    ReplyDelete
  4. rindunya nabila! apa khabar imanmu dik? smg hidupmu dilimpahi cinta Allah

    akak dah tak guna blog lama tau. ni dah tukar url

    ReplyDelete