Ayahku, Azman bin Md Zain
Assalamualaikum,
Segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat
Ilahi ya Rabbi. Selawat dan salam kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w yang
telah membimbing umat manusia ke jalan yang benar dalam mencari keredhaan Allah
s.w.t.
Hingga
ke hari ini, ku masih tersenyum mengenangkan perkara semalam. Rasa hepi sangat
dapat meluangkan masa dengan ayah dan hanya berdua. Macam orang keluar
berdating plak, tetapi indahnya berdating dengan ayah sendiri.
Selepas
Maghrib, ku dan ayah ke kedai cermin mata untuk memperbaharui cermin mataku.
Kemudian kami ke pasaraya untuk membeli saki baki barang yang ingin ku bawa ke
Kelantan tidak lama lagi. Jalan berdua ngan ayah, memilih barang ngan
ayah..indah sangat-sangat.
Patutlah
kadang-kadang mak cakap jeles melihat gelagat ku dan ayah. Maklum la, ku anak
sulong dan seorang jer perempuan dalam family ni. Bukan sahaja, mak yang
jeleskan kami, malah sahabat-sahabatku jua merasai cemburu dengan keakraban
antara ku dan ayah.
Mana
taknya, jika di Kelantan, tiap-tiap hari mesti ada msg dr ayah ..” Salam,
sayang ayah sihat x hari ni? Dah makan? Ayah harap syg ayh sentiasa hepi dalam
pa jua keadaan..Ayah syg akak..”…inilah pengubat rinduku setiap kali berada
jauh dari familyku.
Untuk
pengetahuan kalian, ayahku kahwin pada usia 19 tahun. Jadi, umurnya sekarang
baru 40 tahun sebab masa usia 21 tahun, ku baru dilahirkan. Makanya, apabila ku
bergambar dengan ayah, ayah nampak muda sangat2. Ayahku berjiwa sporting sangat
dan yang paling best dalam family ku dilayan dengan penuh manja dan kasih
sayang.
Ayah & emak
Ayah
memanggilku ‘sayang’, dan ku suka dengan panggilan ini. Pernah ku di tanya oleh
sahabat kenapa ayahku memanggilku sedemikian? Ku menjawab, sebenarnya ayah nak
ku merasakan ada yang mengambil berat tentangku dan tidak dapat diambil oleh
mana-mana lelaki sebelum menjadi suamiku. Terkenang pulak pada kisah Saidina
Ali r.a, yang begitu cemburukan cinta Saiditina Fatimah kepada ayahnya, Nabi
Muhammad s.a.w.
Ayah
penah cakap,..” Kak, nanti law dah kawin, law suami akak xbg balik tgk makayah,
akak kena patuh arahan suami..ayah xper..ayah paham..”. Entah kenapa, hatiku
terlalu sedih mendengar ucapan itu. Rasa xsanggup ku berjauhan dengan ayah.
Ayah yang terbaik!
Mak
penah cakap, kalaw ku x balik umah dan masih berada di Kelantan, ayah xakan
beli makanan yang sedap2 sangat sehingga ku balik ke umah. Apabila ku balik
plak, pastinya ayah beli makanan yang banyak dan sedap-sedap. Tambahan pula,
ketika makan, ayah asyik melayan ku ketika makan. Ayah selalu cakap..” suka,
tengok syg ayah makan..”.
Ayah memang memahami diriku….
Jika ku sakit, dialah orang pertama yang kelam kabut
membawa ku ke hospital,
Jika ku sedih, dialah yang memujukku,
Jika ku keliru, dialah yang menolong ku membuat
keputusan,
Jika ku suka makan sesuatu, dialah yang selalu belikan
untukku,
Jika ku gembira, dialah yang lebih gembira dariku,
Jika ku perlu balik ke tempat belajar, dialah yang
sibuk ingin menghantarku,
Jika ku mendapat kejayaan, dialah orang pertama yang
mengucapkan tahniah kepadaku,
Jika ku lalai tentang-Nya, dialah yang memberi nasihat
kepadaku,
Jika ku sedang rehat, dialah yang bergurau senda
denganku,
Jika ku sedang berusaha dalam sesuatu, dialah yang
sering mendorongku.
Wahai ayahku tersayang,
Ku amat
menyayangimu setulus hatiku. Ku akan sentiasa mendoakanmu agar dikau sentiasa
tabah dalam hadapi apa jua keadaan. Terima kasih atas segala kasih sayang yang
telah kau berikan kepadaku. Kau adalah ayah terbaik buatku. Moga Allah sentiasa
memberi rahmat kepadamu..
Terima kasih buat makayahku atas segalanya...sayang kalian!!!
Coretan dariku yang rindukan makayah,
Siti Nabilah Azman.