Tautan Ukhwah

Thursday, September 29, 2011

Makruh dalam solat

                                                         

Assalamualaikum,

          Alhamdulillah bersyukur terhadap Illahi kerana dengan limpah rahmatNya dapat juga ku menulis kalam diblogku ini. Semalam, selepas solat Maghrib, ku melihat ibuku  sedang menegur adik bongsuku, Syahmi yang tengah solat Maghrib.  Ada perkara makruh yang dilakukannya dalam solat. Namun, walapupun adikku baru berusia 9 tahun, ibuku tetap memberitahunya tentang perkara-perkara makruh dalam solat supaya dia tidak mengulangi solat tergesa-gesa kerana lapar.

Para pembaca sekalian,

          Solat yang sempurna bukan sekadar solat yang terbina syarat dan segala rukunnya, bukan sekadar dihayati segala sunatnya, namun ia juga terpelihara daripada perkara-perkara yang makruh dan perkara-perkara yang membatalkan solat.

          Makruh ialah perkara-perkara yang tidak disukai oleh Allah. Ia tidaklah sampai berdosa tetapi hanya Allah tidak suka. Kalau Allah tidak suka perkara-perkara tersebut, maka apa yang patut kita semua lakukan?

          Jawapannya eloklah kita tinggalkan perkara-perkara tersebut. Mari kita lihat perkara-perkara yang makruh dilakukan dalam solat :

1- Berpaling ke kiri atau ke kanan.

2- Memandang ke atas ( mendongak )

3- Berdiri sebelah kaki.

4- Berludah ke hadapan atau ke kanan.

5- Berlebih-lebihan membongkok atau menundukkan kepala ketika rukuk.

6- Bercekak pinggang.

7- Menahan buang air ( hadas kecil ) ketika solat.

8- Memejamkan mata.

9- Menutup mulut rapat-rapat.

10- Memberi isyarat dengan tangan kecuali  menunjuk ketika membaca tahiyyat.

11- Membiarkan rambut ( bg lelaki ) dan pakaian yang kusut-masai, tidak teratur.

12- Menyapu tempat sujud kecuali sangat terpaksa.

13- Membuka mulut lebar-lebar ketika menguap.

14- Menahan lapar.

15- Bangun untuk melakukan solat sunat ketika bilal mula melaungkan iqamah.

Rasulullah s.a.w bersabda:

“ Jika iqamat telah didirikan, maka tidak ada solat sunat, kecuali solat wajib.”
( Riwayat Muslim )

          Konklusinya, marilah kita sama-sama hindari perkara makruh ketika dalam solat agar lebih mendapat keberkatan dariNya.

Pergi ke pasar membeli ikan,
Membeli ikan janganlah malu,
Solat selalu janganlah ditinggalkan,
Supaya Allah berkati selalu.
Wallahualam.

Wednesday, September 21, 2011

Syaitan Menjerit Penuh Penyesalan, Allah bersifat Ar-Rahman

                                                     
              Yunus bin Ubaid dari Alhasan berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda : “ Setiap anak Adam itu akan dijaga oleh 2 orang malaikat, dan malaikat yang sebelah kanan itu lebih berkuasa dari yang di sebelah kiri.”


Kalau seseorang anak Adam itu membuat dosa maka malaikat yang di sebelah kiri akan bertanya kepada malaikat yang di sebelah kanan : “ Apakah yang harus aku catit?” Maka berkata malaikat yang di sebelah kanan : “ Jangan kamu catit dosanya sehingga ia melakukan 5 dosa.”

Kemudian bertanya malaikat yang di sebelah kiri lagi: “ Kalau dia telah melakukan 5 dosa, apakah yang harus aku catitkan?” Berkata malaikat yang di sebelah kanan : “ Biarkan sehingga dia membuat kebaikan, sebab kami telah diberitahu bahawa satu hasanat kebaikan dapat sepuluh kali ganda, oleh itu kita hapuskan 5 sebagai imbangan dari dosa yang 5 dan kami catitkan hanya 5 hasanat.”

Apabila syaitan mendengar yang demikian maka dia pun menjerit sambil berkata : “ Kalau macam ini bilakah aku dapat menjerumuskan anak Adam?”.

Lihatlah bagaimana Allah s.w.t begitu sayang kepada kita sehingga memberi kita begitu banyak peluang untuk kita berfikir, contohnya apabila kita membuat satu kejahatan maka kita cuma akan dicatit satu dosa tetapi apabila kita membuat satu kebaikan maka kita akan dicatit 10 kebaikan.

Allah s.w.t memberi peluang kepada kita dengan memanjangkan usia kita supaya kita akan bertaubat dan kembali menyembahNya. Dan Allah s.w.t juga sentiasa menerima taubat kita.

Jadi, ayuh bersama kita memperbaiki iman, menyusuri jalan menuju cintaNya yang Agung..

Sunday, September 18, 2011

Kehebatan Jendela Hati, 'Asiah'

                                                                                                 

Assalamualaikum w.b.t,

          Alhamdulillah dengan izinNya dapat juga ku luangkan masa untuk menulis dalam blog ini. Sejak kebelakangan ini, hidupku dipenuhi dengan buku-buku yang di atas meja belajarku, maklum la tengah final exam. Namun, ku terfikir adakah dengan kesibukan ini, mampu menguatkan imanku terhadap Allah? Di saat inilah semua pergantungan di letakkan kepadaNya. Siapa yang mampu memberi ingatan yang kuat kepada ku dalam menghafal ilmu-ilmu dariNya? Pastinya Allah s.w.t.

Pembaca yang Allah kasih sekalian,

          Iman adalah sebab manusia selamat dari azab neraka. Orang-orang mukmin selalu berusaha memegang teguh agama mereka, bahkan dengan mengorbankan jiwa dan raga. Namun demikian, kaum muslimin mendapat keringanan dalam hukum mengucapkan kalimah kufur pada keadaan terpaksa, dengan catatan bahawa iman tetap terpahat dalam  hati mereka.

          Allah s.w.t berfirman :

žwÎ) ô`tB on̍ò2é& ¼çmç6ù=s%ur BûÈõyJôÜãB Ç`»yJƒM}$$Î/

Maksudnya :

“ …kecuali orang yang dipaksa kafir, padahal hatinya tetap tenang dalam keimanan…”
( An-Nahl : 106 )

          Betapa indahnya sejarah mencatat wanita-wanita teladan yang lebih memilih kematian berbanding harus kafir, meskipun hidup di bawah bayang-bayang kekuatan yang zalim. Di sini, ana nak ambil contoh isteri Firaun, Asiah.

          Allah s.w.t berfirman :

šUuŽŸÑur ª!$# WxsVtB šúïÏ%©#Ïj9 (#qãZtB#uä |Nr&tøB$# šcöqtãöÏù øŒÎ) ôMs9$s% Éb>u Èûøó$# Í< x8yYÏã $\F÷t/ Îû Ïp¨Yyfø9$# ÓÍ_ÅngwUur `ÏB šcöqtãöÏù ¾Ï&Î#yJtãur ÓÍ_ÅngwUur šÆÏB ÏQöqs)ø9$# šúüÏJÎ=»©à9$# ÇÊÊÈ

Maksudnya :

 Dan Allah menjadikan isteri Firaun sebagai perumpamaan bagi orang-orang mukmin, ketika dia berkata, ‘ Ya Tuhanku, dirikan untukku sebuah rumah di sisi-Mu, dalam syurga. Selamatkanlah aku dari Firaun dan perbuatannya dan kaum yang zalim.”
( At-Tahrim : 11)

          Sayyid Qutb berkata, “ Lihatlah isteri Firaun, badai kekafiran tidak menggoyahkan keimanannya sedikit pun. Dia hidup di istana Firaun, sendiri meraih keselamatan. Tatkala terbebas dari ikatan istana kufur Firaun, dia memohon kepada Tuhannya untuk mendirikan rumah baginya di syurga. Dia melepaskan diri dari hubungannya dengan Firaun dan perbuatan-perbuatan terkutuknya , kerana rasa takut dan keimanannya kepada Allah. Asiah adalah wanita yang paling rapat dengan Firaun, namun mampu selamat dari pengikutnya justeru pada saat dia hidup di tengah-tengah mereka.

          Munajat dan sikap Asiah adalah teladan terindah dalam kehidupan. Menjadi isteri Firaun, salah satu raja paling berkuasa pada saat itu, adalah impian orang ramai. Kedudukannya sebagai ratu dalam sebuah istana yang megah adalah kenikmatan yang selalu didambakan wanita. Seindah-indah istana tersebut, Asiah lebih memilih keimanannya. Pesona kenikmatan hidup tidak membuatnya leka. Sebaliknya, dia menganggap semua hal tersebut sebagai ujian dan musibah, yang membuatnya harus meminta pertolongan kepada Allah.

          Asiah adalah seorang wanita yang berada di puncak sebuah kerajaan besar dan berkuasa. Wanita biasanya lebih mudah terpengaruh oleh norma-norma masyarakat sekelilingnya. Luar biasanya, Asiah lebih memilih untuk bersendirian, di tengah-tengah tekanan masyarakat, kekuasaan, raja dan kehidupan sosial, menadah ke langit mengusung keimanannya. Dia adalah teladan dalam pencapaian persendirian kepada Allah di tengah-tengah pengaruh dan tekanan segala penjuru kehidupan. Oleh kerana itu, dia patut disebutkan dalam Al-Quran, yang selalu dibaca dan didengar di seluruh penjuru alam. Para malaikat di langit akan selalu membacanya dalam munajat-munajat.”

          Dari Abu Musa bahawa, Rasulullah s.a.w bersabda :

“ Ramai lelaki yang sempurna, dan tidak para wanita yang kecuali Maryam binti Imran dan Asiah, isteri Firaun. Dan keutamaan Asiah dibanding dengan wanita-wanita lain seperti keutamaan bubur roti ( tsard ) atas makanan-makanan lain.”
( HR. Bukhari dan Muslim )

          Dari Anas, Rasulullah s.a.w bersabda :

“ Telah cukup bagi kamu, dari wanita-wanita di dunia ( sebagai teladan ), iaitu Maryam binti Imran, Khadijah binti Khuwailid, Fatimah binti Muhammad dan Asiah, isteri Firaun dari seluruh wanita di dunia.”

**********

          Di sini, kita dapat lihat betapa hebatnya keimanan yang telah ditonjolkan oleh Asiah, isteri Firaun. Walaupun diuji pelbagai ujian, namun imannya tetap teguh dan meletakkan semua pergantungannya terhadap Allah s.w.t. Jadi, ayuh sahabat-sahabat sekalian, kita bersihkan hati, mantapkan iman !

Wassalam.

Saturday, September 10, 2011

Manfaat Ilmu- Orang Yang berilmu


                                                           
Assalamualaikum w.b.t,

          Kita sekarang majoritinya berada di IPT yang telah menjadi pilihan kita bagi kita meneruskan pencarian kita dalam pelbagai ilmu. Namun, sejauh mana kita mengutip mutiara-mutiara ilmu yang berada di sana? Adakah kita manfaatkan ilmu yang kita dapat? Adakah hanya sekadar disimpan jauh di lubuk hati atau bagaimana?

          Apabila bergelarnya seorang mahasiswa, pelbagai perasaan yang timbul dalam sanubari. Kadang-kadang ada yang merasakan dirinya terlalu hebat, sudah menjadi orang berilmu..

          Orang yang berilmu??? Adakah kita orang yang berilmu? Mari kita semak kembali..

Orang yang berilmu itu ialah :

ü     Selalu takut kepada Tuhan pada waktu sendirian ataupun di muka umum.

ü     Berlaku adil pada waktu sedang marah ataupun dalam keadaan tenang.
ü     Cermat dalam keadaan miskin mahupun kaya.

ü     Selalu menyambung persaudaraan.

ü     Memberi kepada orang yang tidak suka memberi.

ü     Memberi maaf kepada orang yang telah menganiayanya.

ü     Pada waktu diam dipergunakannya untuk berfikir.

ü     Bicaranya berisi nasihat.

ü     Apa yang dilihatnya selalu dijadikannya contoh dan pelajaran.

ü     Selalu mengenangkan kebaikan orang dan melupakan kesalahan orang lain.


Dalam surah Al-Mujadilah, Allah berfirman :

$pkšr'¯»tƒ tûïÏ%©!$# (#þqãZtB#uä #sŒÎ) Ÿ@ŠÏ% öNä3s9 (#qßs¡¡xÿs? Îû ħÎ=»yfyJø9$# (#qßs|¡øù$$sù Ëx|¡øÿtƒ ª!$# öNä3s9 ( #sŒÎ)ur Ÿ@ŠÏ% (#râà±S$# (#râà±S$$sù Æìsùötƒ ª!$# tûïÏ%©!$# (#qãZtB#uä öNä3ZÏB tûïÏ%©!$#ur (#qè?ré& zOù=Ïèø9$# ;M»y_uyŠ 4 ª!$#ur $yJÎ/ tbqè=yJ÷ès? ׎Î7yz ÇÊÊÈ

“Allah akan meninggikan (mengangkat) orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang berilmu pengetahuan dengan beberapa darjat” .

*********
Rasulullah Saw., bersabda:

"Menuntut ilmu itu diwajibkan bagi setiap orang Islam"

 (Riwayat Ibnu Majah, Al-Baihaqi, Ibnu Abdil Barr, dan Ibnu Adi, dari Anas bin Malik)

          Moga kita semua dapat memanfaatkan ilmu yang telah kita pelajari. Jadilah orang yang berilmu.

Wassalam.