Tautan Ukhwah

Wednesday, April 2, 2014

Cara Jadi Kaya

                                                                        
Pernah suatu ketika, penghulu orang miskin mengadu kepada Rasulullah s.a.w:

Wahai Rasulullah, orang kaya sudah memborong semua pahala dan tingkat yang tertinggi serta kesenangan yang abadi.”

Rasulullah s.a.w bertanya:

Mengapa demikian?”

Mereka berkata:

Mereka solat seperti kami, berpuasa seperti kami dan mereka bersedekah sedangkan kami tidak dapat bersedekah, mereka memerdekakan hamba sedangkan kami tidak mampu.”

Rasulullah s.a.w bersabda:

Sukakah kamu, aku ajarkan kepada kamu amal perbuatan  yang dapat mengejar mereka, dan tidak ada seorang yang lebih utama daripada kamu melainkan yang berbuat seperti perbuatanmu?”

Mereka menjawab:

Baiklah, wahai Rasulullah.”

Rasulullah s.a.w bersabda:

Bertasbih, bertakbir dan bertahmid selepas sembahyang 33 kali.”

Kemudian mereka kembali dan berkata:

Wahai Rasulullah, saudara kami orang kaya mendengar perbuatan kami, maka mereka melakukannya juga.”

Rasulullah bersabda:

Itulah kurniaan Allah yang diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya.”

(HR Bukhari dan Muslim)

*********

          Lihatlah betapa orang-orang fakir miskin itu mengadu kepada Rasulullah bahawa mereka tidak mampu untuk sedekah, memborong pahala seperti orang-orang kaya. Namun, Rasulullah memujuk dengan memberitahu amal perbuatan yang dapat mengejar orang-orang kaya itu.

          Oleh yang demikian, jika kita ada peluang untuk bersedekah, walau sedikit, ambillah peluang itu. Jangan ingat, kita tidak kaya, maka kita tidak mampu untuk bersedekah. Maksud sedekah itu luas kerana sedekah itu dalam pelbagai bentuk. Hakikatnya kita kaya jika betul-betul tahu bagaimana untuk jadi orang yang kaya yang bukan sahaja pada zahirnya, malah batinnya jua.

Jom jadi kaya dengan borong pahala! Dan buat amal perbuatan yang dapat mengejar orang kaya.

Bertasbih – Subhanallah

Bertakbir – Allahukabar

Bertahmid – Alhamdulillah

Jom borong pahala!

Wallahualam.

 

Friday, March 28, 2014

Tips Hilangkan Mengantok Dalam Kelas

                                                                            
                                                              
 
Bismillahirrahmanirrahim,

Memandangkan kebiasaan pelajar sering mengantuk di dalam kelas. Jom ana kongsikan tips yang ana dapat daripada seorang ustaz:-

1)  Jangan sandar

Apabila kita lebih banyak mendengar daripada bercakap, fokus kita kadangkala dicuri. Pada awalnya pembelajaran semangat kita sungguh berkobar-kobar. Namun, lama-kelamaan mata yang tadi tidak berkelip akhirnya berkelip-kelip dan akhirya perlahan-lahan ia menutupi bebola mata.

Sebenarnya, posisi kita semasa belajar amatlah memainkan peranan penting. Dengan bersandar, ia memang mampu buat kita rasa lebih selesa, tetapi selesa itu akhirnya mengawal diri kita hingga terlentok.

Jadi, cuba luruskan badan dan cuba elakkan dari bersandar.

 

2)  Niatkan belajar seperti zikir

Mesti tertanya-tanya bagaimana niat belajar seperti zikir, kan?

Apa maksud zikir?

Mengingati Allah dengan hati, lisan dan perbuatan.

Selalu kita diwar-warkan agar memperbaharui niat, betul tak?

Pernah terfikir kenapa?

Sebab….

Kadangkala kita tidak sedar bahawa niat kita itu terlari atau dicuri di tengah jalan. Maka, cuba dapatkan ia kembali. Namun, jika niat awalnya kurang jelas, maka jelaskanlah.

 

Sabda Nabi s.a.w:

“Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan setiap orang hanya memperolehi apa yang ia niatkan…”

 (Hadis Bukhari dan Muslim)

Ilmu itu milik Allah. Maka marilah kita hargainya. Menuntut ilmu kerana Allah akan buat kita lebih tenang dan semangat.

 

3)  Cuba bergaduh dengan syaitan
 
                                   

Apabila kita rasa mengantuk, cubalah berimaginasikan bahawa syaitan suka melihat kamu dari mendapat ilmu Allah itu.

Puas dia memujuk-mujuk kita. Lantas, pantaskah kita membiarkan kita tertewas dengan bisikan-bisikan syaitan itu?

Lawanlah sedaya upayamu.

Firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Mukminun, 97-98:

“Dan katakanlah, “Ya Tuhanku, aku berlindung kepada Engkau dari bisikan-bisikan syaitan, dan aku berlindung (pula) kepada Engkau ya Tuhanku, agar mereka tidak mendekati aku.”

 

Jom sama-sama pertingkatkan kualiti menuntut ilmu. Ilmu Allah itu sangat luas. Moga Allah redha. Aamin. Wallahualam.

 

 

 

Sunday, March 23, 2014

Sesungguhnya Allah Dekat

                                                                    
Bimillahirrahmanirrahim,

Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Baqarah, ayat 186:

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepada-Ku, agar mereka memperoleh kebenaran.”

 

Allah…Allah…Allah.

          Tatkala membaca berulang kali makna ayat ini, hati seolah direntap kesayuan.

“…sesungguhnya Aku dekat..”

Allah itu dekat dengan kita. Allah itu tidak pernah lari daripada hamba-hambaNya. Malangnya, kita yang lari daripada Allah. Ketikamana diri merasakan jauh daripada Allah, sedarlah Allah sangat dekat denganmu. Allah sentiasa ada untuk dirimu.

“…Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku…”

Berapa kali sehari kita berdoa kepada Allah? Adakah hanya setelah usai menunaikan solat? Kadangkala, ada yang risau tentang doanya pada Allah samaada dikabulkan atau tidak. Siapa kita untuk memberi jawapannya? Stop it!

Mulai saat ini, hakiskan perasaan ragu itu. Banyakkanlah berdoa kepada Allah. Letakkan seluruh pengharapan pada-Nya. InsyaAllah, hati akan tenang.

Abu Hurairah ada menyebut, Nabi Muhammad s.aw: berkatanyya:

“Tidak ada sesuatu yang lebih mulia di sisi Allah daripada doa.”

(Riwayat Ibnu Al-Tirmizi dan Ibnu Majah)

Jom banyakkan doa.^_^

Wallahualam.

Tuesday, March 4, 2014

Pembubaran Khilafah-3 Mac 1924


                                                                          

3 Mac 1924?
Tahu tak tarikh apa ni?
Pada tarikh ini, pembubaran Khilafah pada pemerintahan Atartuk.
Pada ketika ini, masyarakat-masyarakat yang mundur seperti mongol dan eropah masih berada dalam zaman gelap (dark ages).
*boleh cari lagi tentang kejadian di sumber-sumber lain untuk menambahkan pengetahuan dan ambil ibrahnya.
                                                            

Pembaca yang dirahmati Allah,
          Ayuh kita fikirkan sejenak…Bermula dengan Nabi s.a.w yang bersungguh-sungguh berdakwah dan akhirnya dikurniakan Allah Madinah (sebuah negara Islam). Kemudian, diikuti pula dengan khalifah Islamiah (penguasaan politik). Lantaran itu, lahirnya sebuah tamadun hadhari. Namun, akhirnya berpunca dari keadaan umat Islam sendiri, Islam jatuh.
          Rasulullah s.a.w menerapkan pengukuhan aqidah dan iman terhadap sahabat-sahabat.  Al-Quran menjadi pegangan. Mantapnya aqidah dan iman sahabat-sahabat sehingga mampu memartabatkan Islam.
          Tidak sedihkah kita dengan peristiwa ini? Siapa yang akan mengembalikan Khalifah Islamiah ini? KITA!!!
          Mungkin tidak terus pada zaman kita..tapi bermula dari kita dan seterusnya generasi yang akan datang. Namun, sayang sekali, kita masih terleka dengan dunia kita kini.
          Perkara yang kecil lebih diutamakan dari perkara besar.. teringat kata ustazah waktu zaman diploma dahulu:
“ketepikanlah dahulu untuk terasa/sensitif dengan perkara-perkara kecil sebab banyak lagi perkara besar yang perlu kita sensitifkan.”
          Allahu…jom berhijrah jadi lebih baik..tidak ada orang yang tidak pernah buat silap dan lalai. Namun, Allah itu Maha Pemurah..menerima taubat hamba-hambaNya.
          Mari kita lebih tadabbur Al-Quran..supaya Al-Quran sentisasa di hati kita. ayuh lakukan perubahan, bermula dengan kita.
  
Wallahualam.
Siti Nabilah Azman,
3/3/2014,
Mutah, Jordan.
 
 

Sunday, March 2, 2014

Perasaan itu...

                                                                                    
Perasaan itu…

Hadir tanpa ku pinta,

Mula tumbuh di sanubari,

Puas ku cuba tepis,

Hanya air mata yang menjawab.

 

Perasaan itu…

Sering menganggu hidupku,

Sering meninggalkan persoalan di benakku,

Sering buat ku rasa betapa lemahnya diriku.

 

Perasaan itu…

Kadangkala buat ku resah,

Namun, kasih Allah melebihi segalanya,

Hati tenang apabila mengingati-Nya.

 

Perasaan itu…

Mencabar secebis keimananku,

Mencabar segersang kesabaranku,

Mencabar jalan mujahadahku.

 

Perasaan itu…

Buat ku terus bangun,

Buat ku terus melangkah,

Buat ku terus mara,

Mengejar cinta Allah yg utama.

 

Perasaan itu…

Meresap di sanubari ini,

Berlegar-legar di jiwa ini,

Mengharapkan satu jawapan yang pasti.
 

Perasaan itu…

Hanya diserahkan padaNya,

Hanya pengharapan dariNya,

Kerana hati ini dan hati itu milikNya.
 

Siti Nabilah Azman

9.05pm,

Mutah, Jordan.

Monday, February 17, 2014

Sanah Helwah Nabilah ^_^

                                                                    
Pic 1 yang dapat drpd Atiqah,jzkk dik.
 
“Sanah Helwah!”

“Sanah helwah ukhti, semoga dipnjgkn umo..dimudahkan rezeki serta sentiasa dlm jagaan Allah..”

Antara ucapan-ucapan yang ku dapat pada hari ini. Bertubi-tubi msg wasap, wechat & fb yang ku terima. Satu ukiran senyuman terbina di bibirku. Namun, jauh di sudut hatiku…….

Hatiku sayu, pilu….umurku sudah menjejaki 22 tahun? Cepatnya masa berlalu…mm..maka cepat juga dengan kematianku. Allah…Setiap detik ini, umurku semakin bertambah.

Saat ku memerhati mejaku, jauh mataku melontarkan pandangan pada diariku 2014. Di sebelahnya, diari 2013 yang masih mampu menarik perhatian pandanganku. Dulu, awal 2013, diari pink itu hanyalah kertas kosong. Namun kini, ku telah menulisnya setiap hari di setiap helaian yang dahulunya kosong. Monologku sambil mataku masih belum beralih pada diari 2013:

“ Nabilah…jika selama ini kau telah menulis pelbagai kisah dalam hidupmu, maka sekarang adalah saat yang tepat untuk mengisahkan masa-masa yang indah kau bersamaNya.”

 

Setiap hari dari usia kita adalah lembaran baru yang mampu menutup kegagalan kelmarin dan menyambut kemenangan hari ini. Ye…sebelum ini, ku kira ku masih gagal dalam istiqamahkan sesuatu, malah ada ketikanya, aku tersungkur di lembah mujahadah. Namun, ku tidak akan mengalah untuk menutup kegagalan itu.

Hatiku berkata-kata…

“Setiap detik dari umurmu adalah sumber kebahagiaan yang baru. Oleh itu, kita mampu menghilangkan kesedihan dengan segera..”

Hatiku hiba…mengenangkan detik-detik lalu. Setiap detik yang berlalu adalah penyesalan, kecuali memanfaatkannya dengan sebaik mungkin. Terkesan dengan ayat ini:

“Meskipun sejarah hidupmu ada dicalari dengan keburukan-keburukan dan umurmu ada satu minggu lagi, satu minggu itu lebih dari cukup untuk bertaubat, dan memperbaiki segala kekusutan yang terjadi” 
Pic 2 drpd Salimah, jzkk shbtku.  
 

Teman,

Aku bukanlah insan yang sempurna,

Penuh dengan kekurangan-kekurangan yang kau tidak sangka,

Aku bukanlah sehebat yang kau sangkakan,

Ada masanya, kau ternampak aibku,

Maka, ku harap kau berlapang dada,

Terus bersabar dan menasihatiku,

Teman,

Terimalah daku dengan berbagai kekurangan,

Kerana engkaulah yang melengkapi kekuranganku,

Tetaplah bersamaku.
                                               Pic 3 drpd Hani, jzkk shbtku.   

*jzkk buat semua shbt2 yg sudi terima segala kekurangan nabilah..teruslah menasihati sahabtmu ini…peganglah dan pimpinlah tanganku untuk bersamamu memasuki SyurgaNya. Maafkanlah segala kesalahanku padamu.

********

          Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..hari lahirku ini disambut dengan:

1)    Hari pertama pengajian sem baru..^_^ tajdid niat!

2)   Titisan hujan yang seolah-olah ingin memberitahuku bahawa inilah kuasa Allah…Basahilah dirimu dengan semua tentangNya.

3)   Lampu bilik rosak? Hmmm…mula-mula sedih..tapi..ada sesuatu yang buat ku tersenyum. Kegelapan? Ayuh..mulakan umurmu dengan kecerahan dengan cinta Allah.

4)   Berjalan-jalan sekitar universiti dan sekitar Mutah, Jordan bersama teman seperjuangan, Salimah Shiro. Jazakillah sahabatku..moga Allah merahmatimu & moga ukhwah kita berkekalan.

********

          Buat semua, terima kasih ku ucapkan atas ucapannya, nasihatnya, dan doanya buat diri ini. Hanya Allah sahaja yang membalas kebaikan kalian. Teruskan mendoakan Nabilah ye? ^_^
                                                              

Wallahualam.

 Siti Nabilah Azman
16/2/2014, 10.40pm
Mutah, Jordan.

                 

 

Monday, February 3, 2014

Explorace tarbawi & Muhasabah

                                                                                    
Gambar Hiasan
 
Bismillahirrahmanirrahim..

          Kedengaran hembusan angin yang kuat sedang beraksi di luar sana. Kedinginnya cukup terasa pada diriku. Patuhnya angin ini terhadap Allah s.w.t.

          Hembusan angin yang nampak hanya seperti membimbangkan, namun di sebaliknya itu, taatnya pada penciptanya. Sejenak hatiku diketuk bertalu-talu,

“Wahai diri, taat dan patuhkah dirimu pada penciptaMu?”

          Perlahan-perlahan ada mutiara yang sedang memenuhi ruang mataku. Rasa kerdilnya dan hinanya diri ini.

Pembaca yang dirahmati Allah,

          Pernah tak main explorace? Rata-rata antara kita yang pernah merasainya kan? Ye…..ku juga merasainya…namun, ada satu explorace ini yang cukup buat hatiku disentuh teramat sangat. Jom..ana nak share sikit tentang explorace ni. Explorace ini ada 5 checkpoint dan ahli kumpulan yang dapat, baru dikenali dalam beberapa jam sebelum itu.

*********

Explorace 1:

Setiap ahli kumpulan ditanya tentang sirah. Jika tidak dapat menjawab, kaki perlu diangkat sebelah. Namun, sekiranya jika sahabat sebelah mampu menjawab, maka sahabat tadi, boleh menurunkan kaki. Akhirnya, kumpulan kami, banyak soalan tidak terjawab, maka perlu berjalan dengan kaki sebelah sahaja untuk sampai ke tempat explorace yang seterusnya.

Muhasabah:

Betapanya hina diri ini. Sirah hanya dianggap biasa, malah boleh dilupakan. Mungkin pernah tahu, namun sejauh mana keseriusan kita mengetahui dan mendalami sirah Islam? Allahu..Allah.

 

Explorace 2:

Pilih satu bentuk kertas dan pada kertas itu mempunyai nombor. Setiap nombor yang kita dapat, ada soalannya.

Soalan yang ku dapat:

Apa harapan/impian kamu dan bila kamu ingin merealisasikannya?”

Muhasabah:

Subhanallah…terdiamku seketika. Soalan yang amat memeranjatkan. Jelaskah matlamatku sekarang? Adakah benar ku berada di jalan yang betul? Adakah benar tindakan ku ke arah harapanku itu? Allah…

 

Explorace 3:

Kami diberikan satu lukisan hati yang besar dan berkotak-kotak dalamnya. Kemudian, kami diberikan satu pen merah dan hitam. Arahannya, jika soalan itu, jawapannya ya..maka dilorekkan merah pada kotak dalam hati itu, jika tidak lorekkan dengan pen hitam.

Antara contoh soalannya:

Adakah hari ini dah istighfar 100x?

Dah baca al-mathurat hari ini?

Ada tadabbur Al-Quran sekurang-kurangnya 5 page hari ini?

Ada baca bahan ilmiah hari ini?

Qiam tak pagi tadi?

Muhasabah:

Allah..Allah..Astaghfirullah…

Akhirnya…lukisan hati itu..majornya warna HITAM. Allah……

Sedarkah diri? Bagaimana hatimu kini? Tidak malukah pada pemilikNya?

 

Explorace 4:

Kami diberikan  satu ayat Al-Quran. Ditanyakan tajwidnya dan diminta hafal sekaligus mentadabbur ayat itu.

Muhasabah:

Adakah dalam sehari, kita ada mentadabbur Al-Quran? Tajwidnya betul tak? Rata-rata antara kita, boleh membaca dengan betul, namun tidak tahu hukumnya atau lupa. Allah….Astaghfirullah..

 

Explorace 5:

Perlu memperkenalkan sahabat di sebelah.

Muhasabah:

Adakah sepanjang aktiviti, kita hanya di alam kita dan tidak mempedulikan orang sekeliling? Nak masuk Syurga, bukan sorang-sorang, tetapi beramai-ramai.

*******

Pembaca yang setia,

          Ini baru explorace di dunia..bagaimana pula explorace ke akhirat? Jika dilihat explorace tadi, ada checkpoint yang tidak lulus. Bagaimana mungkin ke seterusnya? Bagaimaan explorace akhirat? Adakah kita LULUS ke Syurga?

Allah…Allah…Allah.
                                                              

Jom berhijrah jadi lebih baik dari sekarang…

Hijrah tidak terputus selagi taubat tidak terputus,

Taubat tidak terputus selagi matahari tidak terputus.

          Mari kita semua teruskan mara tanpa gentar dalam mencari cinta yang Esa. Moga Allah meredhai perbuatan kita. Aamin.

Wallahualam.

 

Siti Nabilah Azman

12.40am

Mutah, Jordan.