Pernah
suatu ketika, penghulu orang miskin mengadu kepada Rasulullah s.a.w:
“ Wahai
Rasulullah, orang kaya sudah memborong semua pahala dan tingkat yang tertinggi
serta kesenangan yang abadi.”
Rasulullah
s.a.w bertanya:
“Mengapa
demikian?”
Mereka
berkata:
“ Mereka
solat seperti kami, berpuasa seperti kami dan mereka bersedekah sedangkan kami
tidak dapat bersedekah, mereka memerdekakan hamba sedangkan kami tidak mampu.”
Rasulullah
s.a.w bersabda:
“ Sukakah
kamu, aku ajarkan kepada kamu amal perbuatan
yang dapat mengejar mereka, dan tidak ada seorang yang lebih utama
daripada kamu melainkan yang berbuat seperti perbuatanmu?”
Mereka
menjawab:
“ Baiklah,
wahai Rasulullah.”
Rasulullah
s.a.w bersabda:
“ Bertasbih,
bertakbir dan bertahmid selepas sembahyang 33 kali.”
Kemudian
mereka kembali dan berkata:
“ Wahai
Rasulullah, saudara kami orang kaya mendengar perbuatan kami, maka mereka
melakukannya juga.”
Rasulullah
bersabda:
“Itulah
kurniaan Allah yang diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya.”
(HR
Bukhari dan Muslim)
*********
Lihatlah betapa orang-orang fakir
miskin itu mengadu kepada Rasulullah bahawa mereka tidak mampu untuk sedekah,
memborong pahala seperti orang-orang kaya. Namun, Rasulullah memujuk dengan
memberitahu amal perbuatan yang dapat mengejar orang-orang kaya itu.
Oleh yang demikian, jika kita ada
peluang untuk bersedekah, walau sedikit, ambillah peluang itu. Jangan ingat,
kita tidak kaya, maka kita tidak mampu untuk bersedekah. Maksud sedekah itu
luas kerana sedekah itu dalam pelbagai bentuk. Hakikatnya kita kaya jika
betul-betul tahu bagaimana untuk jadi orang yang kaya yang bukan sahaja pada
zahirnya, malah batinnya jua.
Jom jadi kaya dengan borong pahala! Dan buat amal perbuatan yang dapat
mengejar orang kaya.
Bertasbih – Subhanallah
Bertakbir – Allahukabar
Bertahmid – Alhamdulillah
Jom borong pahala!
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment