Bismillahirrahmanirrahim,
Memandangkan
kebiasaan pelajar sering mengantuk di dalam kelas. Jom ana kongsikan tips yang
ana dapat daripada seorang ustaz:-
1) Jangan sandar
Apabila kita lebih banyak mendengar daripada bercakap,
fokus kita kadangkala dicuri. Pada awalnya pembelajaran semangat kita sungguh
berkobar-kobar. Namun, lama-kelamaan mata yang tadi tidak berkelip akhirnya
berkelip-kelip dan akhirya perlahan-lahan ia menutupi bebola mata.
Sebenarnya, posisi kita semasa belajar amatlah
memainkan peranan penting. Dengan bersandar, ia memang mampu buat kita rasa
lebih selesa, tetapi selesa itu akhirnya mengawal diri kita hingga terlentok.
Jadi, cuba luruskan badan dan cuba elakkan dari
bersandar.
2) Niatkan belajar seperti
zikir
Mesti tertanya-tanya bagaimana niat belajar seperti
zikir, kan?
Apa maksud zikir?
Mengingati Allah dengan hati, lisan dan perbuatan.
Selalu kita diwar-warkan agar memperbaharui niat,
betul tak?
Pernah terfikir kenapa?
Sebab….
Kadangkala kita tidak sedar bahawa niat kita itu
terlari atau dicuri di tengah jalan. Maka, cuba dapatkan ia kembali. Namun,
jika niat awalnya kurang jelas, maka jelaskanlah.
Sabda Nabi s.a.w:
“Sesungguhnya setiap
amalan itu bergantung kepada niat, dan setiap orang hanya memperolehi apa yang
ia niatkan…”
(Hadis Bukhari dan Muslim)
Ilmu itu milik Allah. Maka marilah kita hargainya. Menuntut
ilmu kerana Allah akan buat kita lebih tenang dan semangat.
3) Cuba bergaduh dengan
syaitan
Apabila kita rasa mengantuk, cubalah berimaginasikan
bahawa syaitan suka melihat kamu dari mendapat ilmu Allah itu.
Puas dia memujuk-mujuk kita. Lantas, pantaskah kita
membiarkan kita tertewas dengan bisikan-bisikan syaitan itu?
Lawanlah sedaya upayamu.
Firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Mukminun, 97-98:
“Dan katakanlah, “Ya
Tuhanku, aku berlindung kepada Engkau dari bisikan-bisikan syaitan, dan aku
berlindung (pula) kepada Engkau ya Tuhanku, agar mereka tidak mendekati aku.”
Jom
sama-sama pertingkatkan kualiti menuntut ilmu. Ilmu Allah itu sangat luas. Moga
Allah redha. Aamin. Wallahualam.
No comments:
Post a Comment