Assalamualaikum
w.b.t,
Apa
khabar iman para pembaca ketika ini? Jom ketuk iman.
Pembaca
yang soleh/ah,
Apabila makanan terjatuh dari tangan
kita ketika makan, adakah kita mengambilnya atau membiarkannya? Ramai antara
kita akan membiarkannya, betul atau tidak?
Jom
kita tengok hadis dari Riwayat Muslim,
Diriwayatkan
Jabir bin Abdullah r.a. Rasulullah s.a.w bersabda :
“Apabila jatuh makanan seseorang, maka hendaklah dia
mengambilnya dan membersihkan kotoran yang ada padanya kemudian dia memakannya.
Jangan ditinggalkan makanan itu untuk syaitan. Jangan membersihkan tangannya
dengan sapu tangan sebelum dia jilat jari-jarinya. Kerana dia tidak mengetahui
pada makanan mana yang mengandungi keberkatan”.
Jangan kita biarkan syaitan ada
kesempatan untuk mengambil makanan dari makanan kita dengan sengaja.
Terbaca buku Adab-Adab Dalam Islam dalam bab adab
makan. Dalam bab ini, ada ia menceritakan bahawa pengarang kitab Raudlatun
Nadiyah menukil perkataan salah seorang ulama yang menyebutkan:
“Suatu hari kami dikunjungi oleh salah seorang
sahabat, saya menghidangkan makanan kepadanya. Ketika dia makan, terjatuhlah
makanan dari tangan dan bergolek ke lantai. Beliau cari ke sana ke mari,
sehingga membuat orang ramai yang hadir kehairanan dengannya. Beliau terus-menerus
mencarinya sampai dia mendapatkannya kemudian memakannya. Beberapa hari
kemudian ada seseorang yang dirasuki syaitan (jin) dan berbicara dengan
lisannya. Di antara perkataan syaitan tersebut adalah, “Saya pernah melewati
Fulan yang sedang makan dan saya tertarik dengan apa yang dia makan, namun dia
tidak mahu memberiku makan sedikitpun, maka saya sambar dari tangannya namun
dia kembali mencabut dari tanganku dan mengambilnya.”
(Ta’liiqaat Raudlah, 3/81)
Jadi
para pembaca sekalian,
Lepas ni, jika ada makanan jatuh, kita
ambillah. Namun, pendapat ana, ikut keadaan la. Contoh andai jatuh dalam
longkang ke, atau jatuh pada tempat yang teramat kotor dan risau boleh buat
kita keracunan, tidak perlulah ambil.
Jom
terus mara melangkah ke arahNya.
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment