Sejenak, fikiranku melayang terhadap perkara yang berlaku kepadaku sebentar tadi. Perkara itu….buat jari jemari ini cuba berkongsi rasa.
********
Hari ini merupakan hari ketiga untuk peperiksaanku. Maka,
hari ini ku menghadapi paper ketiga untuk diduduki.
Setelah hari-hari sebelum ini, banyak menguji secebis
keimanan hati, namun ku gagahkan jua hati untuk menghadapi hari-hari yang
mendatang.
Semalam, setelah menghadapi paper kedua, langkahku
teruji. Rasa ingin saja membiarkan langkah ini terhenti. Namun, ku temui
kekuatanku, ALLAH. Lantas, langkah ini terus maju dan mara ke hadapan.
Semalaman, ku cuba bersama dengan kekuatan itu. Harapan
bertunas untuk esoknya..dan…….
HARI
INI…
Ketika
menjawab soalan tadi, rasa tenang,
Tiba-tiba,
saat akhir, yang ketika itu hanya berbaki beberapa orang sahaja dalam kelas…
“Allah….aku
salah point ni, macam mana ni? Sempat ka nak tulih balik?”, monologku
sendirian.
Dalam
masa yang sama, pensyarah bertubi-tubi mendesak untuk dihantar jawapan
kepadanya.
ALLAH….ALLAH….ALLAH….
Otakku
ligat berfikir, jari jemari semakin kaku, degupan jantung semakin pantas
berlari.
Akhirnya….
Ku
pujuk hati, puas ku mendesak jari jemari ini untuk menari di kertas jawapan. Ku
tahu..ia berdebar. Maka pujukku…
“Jariku..bantulah
aku…tulislah apa yang sempat, Allah bersama kita.”
Jari
jemari terus cuba menari di kertas jawapan,
Mulut
pula terkumat kamit berselawat dan zikir,
Mata
pula cuba menahan air yang sedang bertakung,
Hati
pula terus berharap pada Yang Esa.
Tidak sampai lima minit, akhirnya
jawapan dihantar. Ku tahu, walaupun jawapanku tidaklah begitu memuaskan dek
kerana masa yang terhad malah fikiranku seolah-olah sedang melayang, apalah
kudrat ini. Hanya Allah sahaja tempat ku berserah.
Mata….akhirnya,
ia tidak mampu menahan takungan air itu.
“Kau menangis sebab xdapat jawab ka?”
“TAK! Tapi aku menangis sebab…Allah itu amat Pengasih.
Tangisanku kerana KasihMu. Boleh ja sebenarnya andai Allah tidak bagi aku sedar
kesilapanku, tapi..Allah sayangkan aku lagi dan menyedarkan aku walau di saat
akhir”.
********
Saat ku berjalan pulang dari universiti,
Allah hadirkan seorang adik yang dapat menemaniku. Dialah Fatin Ikmal. Seorang yang
mempunyai semangat yang tinggi. Sepanjang berjalan bersamanya, hatiku
tersentuh.
“Atin..akak tahu..walau keputusan akan nanti kurang
memuaskan, akak redha”, kataku
padanya.
“Akak…siapa akak untuk cakap macam tu?”, katanya tegas.
Allahu..benar adikku. Akak tak ada hak
untuk buat sebarang keputusan atau untuk menilai, hanya Allah yang berhak.
Terima kasih ingatkan akak.^_^
Ketika berjalan, baru ku sedar, ku
tiada duit tambang untuk pulang menaiki coaster. Alhamdulillah, Allah hadirkan
adik ini untuk membantuku.
********
Allah itu, amat Maha Mengetahui. Allah tidak akan
membebani seseorang dengan ujian yang dia tidak mampu. Allah berfirman dalam
Surah Al-Baqarah, ayat 286:
“Allah tidak membebani seseorang melainkan dengan
kesanggupannya..”
Percayalah….Allah hadirkan ujian untuk
menguji keimanan kita. Untuk mendekatkan lagi kita denganNya.
Macam
mana dengan exam yang lalu?
Kita
sudah usaha, maka tawakal dan doa berbaki.
Yakin
dengan rencanaNya.
Pasti
diri akan tersenyum.
Jom
cari sesuatu dalam setiap hari yang dapat buat kita lebih cinta pada kekasih
hati..ALLAH.
Allah…kekasih
yang paling hebat yang akan kau temui.
Dan….
“esok akan merekah bunga yang layu, mengusir segala
kegundahan hati”
Bunga-bunga sekitar Universiti Mu'tah, Jordan
*terima kasih buat Hani Wahab
*terima kasih buat Hani Wahab
Maknanya..di sebalik kesedihan akan menyusul
kegembiraan. Jom hadirkan rasa teruja
dengan semua rahsia Allah untuk kita. Wallahualam.
*terima
kasih buat semua insan yang langsung atau secara tidak langsung menyokongku,
mendampingiku, menasihatiku, memberi sokongan dan macam-macam lagi. Moga Allah
sahaja membalas jasa kalian.
ukty mahbub...
ReplyDeletesemoga kuat!
nabilah doa dari jauh untuk mu ^_^
jazakillah...^_^
Deletesalam ukhuwah dari saya :)
ReplyDelete안녕하세요! This is twinscraftlife. We are handcrafters! pls visit our blogshop~ We sell handmade bags, pouch, phonecase, bookmarks, notes and many more! 감사합니다~ 꼭오세요~ twinscraftlife.blogspot.com
ReplyDelete