Assalamualaikum
w.b.t,
Apa
khabar imanmu?
Pembaca
yang dikasihi Allah,
InsyaAllah, hajatku ingin berkongsi
tentang seorang tokoh wanita zaman Rasulullah s.a.w. Siapa? Siapa tahu wanita
pada zaman Nabi yang amat mementingkan silaturrahim?
………………………………
Dialah
Maimunah Binti Al-Harits.
Namanya ialah Maimunah binti Al-Harits
bin Hazn bin Bujair, Al-‘Amiriyah Al Hilaliyah. Nasabnya berakhir ke Qais
‘A’ilan bin Madhar. Maimunah termasuk antara tiga bersaudara yang memeluk Islam
dalam keluarganya.
Maimunah dilahirkan enam tahun selepas
kenabian, sehingga dia dapat tahu tentang sebab-sebab orang berhijrah ke
Madinah. Selepas mengetahui ia, Maimunah terpengaruh dengan peristiwa hijrah
ini.
Maimunah pernah berkahwin sebelum
berkahwin dengan Rasulullah s.a.w. Sebahagian besar riwayat mengatakan bahawa
nama suaminya adalah Abu Rahm bin Abdul-Uzza, seorang musyrik yang mati dalam
keadaan syirik.
Maimunah memang berhajat untuk
berkahwin dengan Rasulullah s.a.w lalu disampaikannya kepada saudaranya, Ummu
Al-Fadhl, isteri Abbas bin Abdul Muthalib.
Isteri
Abbas pula menceritakan kepada suaminya. Kemudian Abbas menulis surat tentang
hajat Maimunah kepada Rasulullah s.a.w. Dan Allah menurunkan ayat kepada
nabiNya:
“Dan perempuan mukmin yang menyerahkan dirinya kepada
Nabi kalau Nabi mahu mengahwininya, sebagai pengkhususan bagimu, bukan untuk
semua orang mukmin. Sesungguhnya Kami telah mengetahui apa yang Kami apa yang Kami
wajibkan kepada mereka tentang isteri-isteri mereka dan hamba sahaya yang
mereka miliki supaya tidak menjadi kesempitan bagimu. Dan adalah Allah Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang.”
Sungguh suatu hal yang amat menggembirakan bagi
Maimunah tatkala Rasulullah s.a.w menerima tawaran Abbas dan meminang Maimunah
dengan mahar sebanyak 400 dirham.
Apa
kata saidatina Aisyah terhadap Maimunah?
“Demi Allah, Maimunah adalah wanita yang baik kepada
kami dan selalu menjaga silaturrahim di antara kami”.
Maimunah ini terkenal dengan
kezuhudannya, ketakwaannya, dan sikapnya yang selalu ingin mendekatkan diri
kepada Allah.
Berkaitan dengan masa meninggalnya,
para ulama berselisih pendapat. Sebuah pendapat mengatakan bahawa Maimunah
meninggal dunia pada tahun enam puluh satu Hijrah pada masa kekhalifahan Yazid
bin Muawiyah. Maimunah adalah isteri Rasulullah s.a.w yang terakhir meniggal
dunia ketika usia lapan puluh tahun.
*******
Pembaca
yang hatinya milik Allah,
Apa yang anda dapat dari kisah isteri
Rasulullah ini? Jika ditanya pada ana, ana paling tertarik dengan “menjaga
silaturrahim”. Kebiasaannya kita mengetahui tokoh seseorang dengan
ketaqwaan, zuhud, perawi hadis. Namun kali ini, ditambah dengan menjaga
silaturrahim. Subhanallah.
Ana yakin, oleh kerana Maimunah selalu
untuk dekat dengan Allah, maka lahirlah sikap suka menjaga silaturrahim ini.
Maimunah menjaga hubungan dengan Allah dan manusia.
Kita
kini….
Jauh
dengan silaturrahim,
Disapa
bagi yang kenal sahaja,
Walhal
kita ini bersaudara.
Dalam
surah Al-Hujurat, ayat 10, Allah berfirman:
“Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara”.
Akhir
kalam..jom jadi seperti Maimunah juga..menjaga silaturrahim.
Wallahualam.
Rujukan:
82 Wanita Idola Sepanjang Zaman
Rasulullah s.a.w, Dr. Muhammad Al-Qaisy, Pustaka Ibnu Katsir Sdn.Bhd.
No comments:
Post a Comment