Tautan Ukhwah

Thursday, October 10, 2013

Muhasabah di Makam Abdullah Rawahah



                                                        
                                       inilah makam Abdullah Rawahah


Bismillahirrahmanirrahim..

          Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad s.a.w serta keluarga baginda.

          Jari ini laju menaip selaju hatiku berdegup. Perasaan tika ini sukar untuk ku ungkapkan. Hati ini menangis, diketuk bertalu-talu.

          Alhamdulillah, ku diberi kesempatan kali ke 2 untuk menziarahi makam Jaafar bin Ali Talib, Zaid bin Harithah dan Abdullah Ruwahah. Tetapi kali ini sungguh rasa kelainannya.

          Pada mula-mula ku ziarah makam-makam ini, jauh di sanubariku tertanya-tanya kenapa makam Abdullah Ruwahah jauh dari makam Jaafar bin Ali Talib dan Zaid bin Harithah.

                                                               


          Allah hadirkan seorang pakcik Arab menemani kami ke makam Abdullah Rawahah. Ketika di pintu makam Abdullah Rawahah, ada di antara kami yang bertanya, kenapa ada jarak makam Abdullah Rawahah daripada yang lain?

          Pakcik itu bertanya kepada kami, berapa anggaran jarak dari tempat makam Jaafar bin Ali Talib dan Zaid bin Harithah. Namun, anggaran kami semua tidak menepati jawapan. Kata pakcik itu, jaraknya 500 meter.

Apa kaitan antara jarak itu dengan makam Abdullah Rawahah?

       Abdullah Rawahah adalah orang terakhir yang wida’ (ucapan selamat tinggal)  pada Nabi Muhammad s.a.w. Hatinya terasa berat untuk berpisah dengan Nabi Muhammad s.a.w kerana merasakan beliau tidak akan berjumpa lagi dengan Nabi Muhammad s.a.w. Kemudian, beliau solat dan dikatakan jarak beliau dengan sahabat yang lain adalah 500 meter untuk pergi berperang.

                                                     
                                   antara syair Abdullah Rawahah


Pembaca yang dikasihi sekalian,

       Nampak tak? Beratnya hati Abdullah Rawahah untuk meninggalkan negerinya malah berpisah dengan Rasulullah s.a.w. namun, demi menegakkan Islam, beliau terus melangkah ke hadapan.

Apa kaitannya dengan kita?

Ø  Pernah atau tidak kita berfikir, kenapa kita sanggup keluar dari rumah dan ada yang melangkah jauh untuk menuntut ilmu?

Ø  Adakah dengan hijrahnya kita ke sesuatu tempat hanya belajar semata-mata?

Ø  Sanggupkah kita buat sesuatu untuk mendapatkan redhaNya?

Ø  Adakah kita belajar semata-mata untuk exam? 

Ø  Adakah kita belajar sekarang untuk membantu Islam?

Ø  Jika ia, terfikirkah kamu bagaimana dengan apa yang kita belajar kini mampu menolong Islam?

Ø  Bersungguh-sungguhkah kita dalam belajar?

Astaghfirullahal’azim (3x)

          Sahabat-sahabat yang dikasihi kerana Allah. Marilah kita sama-sama muhasabah. Untuk apa kita memasuki ipt? Tidak kira sama ada dalam dan luar negara. Jelaskah matlamat kita? Benarkah ilmu yang dipelajari sekarang ini semata-mata kerana Allah dan demi Islam?

          Allah…Allah..Allah..Bila disoal begini, ku merasakan hati ini diketuk dengan kuat sekali. Perjuangan sahabat yang hebat dalam meningkatkan iman malah berkobar-kobar menegakkan Islam.

          Ayuh..kita perbaharui niat. Jelaskan matlamat. Kuatkan langkah kita dalam menggapai redha dan cinta-Nya. 

Wallahualam.

*jika ada kesilapan pada cerita di atas, mohon perbetulkan.


      

1 comment: